Yang Ikut

Wednesday, 1 September 2010

Misi bermula lagi

Reactions: 
Semua orang sudah berhenti bercakap hal merdeka. Aku juga.

Kita kembali kepada rutin biasa.

Besok atau lusa - projek kutipan data aku akan bermula lagi. Ini kali ke-6 aku melakukan kutipan data. Data yang dulu, ada yang songsang, ada yang terbarai. Ada yang bagus, ada yang berguna.

Mengapa bidang sains sosial hanya mengutip data dengan menghimpunkan jawapan orang. Bukankah itu hal yang tidak tepat. Mengapa tidak melakukan kajian eksperimen. Mengaapa tidak hal ulangkaji.

Satu hal yang perlu anda tahu - memang kajian sains sosial bersandar kepada persepsi manusia. Tetapi persepsi itulah yang telah membawa kepada tingkahlaku. Dari mata turun ke hati - kata orang tua kita. Katakan 1,000 orang berkata bahawa orang yang tertekan akan menyebabkan rumahtangga kacau bilau - hakikatnya itu jugalah tindakan yang diambil oleh manusia dalam dunia realiti. Semua ini bermula dengan persepsi atau andaian tadi.

Tidakkah ada kajian makmal untuk bidang psikologi? Sebenarnya ada. Ini juga sebenarnya minat kecenderungan aku. Tetapi kerana kajian experimen ini memerlukan pakar yang lain untuk menyelianya, sukar untuk bertemu dengan penyelia yang arif dalam bidang ini.

Apa persepsi anda terhadap orang di sekeliling anda? Itulah juga tindakan anda akhirnya. Kalau anda melihat orang di Kuala Lumpur tidak boleh dipercayai, maka anda akan menutup pintu rumah dengan rapat, dengan dikunci oleh 3 pasang mangga, dan beberapa jaring pagar. Anda akan memenjarakan hidup anda dalam penjara yang dibuat sendiri.

Semuanya bermula dengan pandangan anda mengenai manusia lain. Itulah psikologi.

2 comments:

isuzu_aizu said...

kalau perlukan bantuan utk data tu, esok ym saya ye (saya always invisible)

Anonymous said...

Ada orang kata Kedah tak pernah di Jajah. Kita patut sambut Hari Kemerdekaan ke dak ?

Hasni

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails