Yang Ikut

Sunday, 5 September 2010

Seminggu menjelang raya

Reactions: 
Berbuka apa petang ini. Sudah bershoppingkah? Sudah membeli kueh raya. Sudah membeli tirai baru. Sudah membeli baju Melayu? Berapa kotak mercun sudah dibeli untuk anak? Duit siling bagaimana? Sampul wang raya sudah siap? Raya di mana tahun ini? Kampung isteri atau suami. Atau hanya beraya di dalam pejabat seorang diri?

Cukupkah duit untuk balik kampung? Sudah dihitung berapa anak saudara yang ada. Belum termasuk anak jiran. Juga jangan lupa dibilang berapa banyak tol sebelum sampai ke kampung. Berapa hari bercuti? Cukupkah?

Inilah soalan yang selalu ada setiap kali berhari raya. Ia muncul setiap kali mahu menjelang hari raya.

Soalan yang jarang kita tanya - mungkin aku salah seorang yang akan ditimpa kemalangan di jalanraya.

Memandu berhati-hati. Agar semua selamat sampai.

Bagaimana raya di Adelaide?

Kami tak berfikir semua itu.

2 comments:

ihsan_huhu said...

kawan skolah aku baru eksiden tadi. suami dia meninggal.

berhati2 di jalan raya.

ajaq said...

kat sini tak kufikir langsung benda2 tu...teringat anak aku kat sana

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails