Yang Ikut

Sunday, 19 September 2010

Ingin belajar di luar negara?

Reactions: 
Beberapa hari dulu, aku terserempak dengan satu keluarga Melayu di kampus universiti. Mereka datang untuk melihat universiti sebelum mahu mendaftarkan seorang ahli keluarga mereka untuk belajar ijazah sarjana muda di sini. Khabarnya, pelajar itu akan dibiayai oleh ahli keluarga.

Tidak kisahlah aku hal itu.

Bagaimana pun, kalau orang bertanya aku - aku akan cadangkan agar pelajar kita hanya membuat ijazah sarjana muda di dalam negara sahaja, melainkan kalau pengajian itu adalah ditaja atau bagi bidang kritikal, atau ingin melanjutkan pengajian ijazah tinggi.


Bagi ijazah pertama, sebenarnya tidak ada apa yang lebihnya belajar di luar negara dibandingkan dengan apa yang ditawarkan di dalam negara. Ijazah pertama hanyalah pengajian bersifat asas. Ia tidak menjurus kepada sesuatu yang bersifat spesifik. Jadi, daripada digunakan wang yang besar untuk belajar di luar negara, adalah lebih baik belajar di dalam negara sahaja. Wang yang ada itu boleh disimpan bagi mengikuti pengajian ijazah lanjutan yang tempohnya lebih pendek.

Di sini - sesekali aku juga masuk ke kelas mengajar. Melihat kepada anak muda barat yang duduk di dalam bilik kuliah, aku tidak melihat bahawa mereka akan lebih pandai dibandingkan anak muda kita. Sama sahaja perangainya. Mereka mendengar dan mengambil nota. Mereka juga tidak berani bertanya. Mereka juga sama tidak fahamnya seperti anak-anak muda kita di bangku universiti.

Semua ini kerana apa yang mereka dengar itu ialah hal yang baru. Hal yang asas.

Ijazah pertama hanyalah kelas pendedahan sahaja. Ia sekadar zaman peralihan dari sekolah menengah ke satu bidang lain yang banyak dipandukan oleh konsep dan teori. Lebih sedikit hanyalah kerana mereka menggunakan bahasa Inggeris. Atau cara layanan pensyarah dan anak murid yang agak berbeza. Itu sahaja.

Selebihnya - budaya plagiat juga cerita biasa. Mencari sumber akademik dari sumber yang tidak dibenarkan, seperti dari wikipedia juga adalah hal yang sama seperti kita. Budaya malas ke kelas juga hal yang biasa. Jadi untuk dikatakan belajar di luar negara sebagai sesuatu yang istimewa sebenarnya tidaklah selalu betul.

Yang menjadikan belajar di luar negara seperti istimewa hanyalah kerana 'glamour' sahaja. Ia dilihat hebat kerana memang kita selalu mengagungkan sesuatu dari luar. Pelajar luar negara dipandang tinggi kerana mereka berupaya berbahasa Inggeris dengan baik - walaupun aku tidak pernah percaya bahawa keupayaan bahasa Inggeris mengukur darjah intelektual seseorang. Malangnya, itulah cara kita berfikir sejak sekian lama. Yang luar tetap dipandang tinggi.

Bagi bidang kritikal seperti sains, kejuruteraan atau perubatan, mungkin ada wajarnya belajar di luar negara kerana banyak teknologi baru boleh dipelajari.

Begitu juga bagi ijazah lanjutan. Ada banyak pakar yang boleh kita mendapatkan ilmu baru.


Tetapi bagi bidang sains sosial seperti media, psikologi atau sosiologi - tidaklah perlu pergi terlalu jauh hingga ke luar negara. Anda akan berjumpa dengan ilmu yang sama juga, kerana ia hal yang asas sahaja. Anda akan diajar dengan perkara yang sama juga.

Melainkan kalau ada pihak lain yang menawarkan penajaan. Itu hal yang lain.


Selain itu - pendedahan hidup di luar negara pada usia yang terlalu muda adakalanya tidaklah begitu 'menyihatkan' bagi sesetengah orang. Mereka ini, apabila pulang nanti, ada yang gagal berkomunikasi dalam masyarakat. Ada yang tidak mampu mengadaptasi dalam persekitaran yang baru - yang lebih mencabar dan ganas. Masa setahun dua diperlukan bagi belajar memahami sistem dan norma di negara kita.

Semua ini perlu difikirkan juga.

Siri berikutnya: aku akan cuba ulas pengamatan aku tentang aktiviti persatuan pelajar luar negara.

4 comments:

mangkuk statik said...

Sokong. Tapi enginering dan medik, pon boleh buat kat Malaysia. Like u said. The asas is the same.
Walaupun kedai aku akan bankrupt sebab takde undergrad.
Postgrad perut dah boroi2 sebab di jamu bini. So tak larat makan kedai dah.
Tapi saudara FakirFikir berjaya menten slim sebab kecacingan saya rasakan.

ajaq said...

setuju bro

HAFIZ said...

owh..begini certia disebaliknya....terima kasih d atas perkongsiannya.....

Anonymous said...

ooh begitu ,ok mcm saya baru habis belajar di politeknik dalam bidang architecture saya bercadang nak belajar luar negara di australia..agak2 klau kos mcm saye ni yang 5 tahun lagi tempoh beljar sesuaikan ke luar negara :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails