Selama ini, kita menyangka bahawa pembunuhan bersiri hanya berlaku dalam filem. Bagaimana pun, melihat kepada pelbagai kejadian pembunuhan kejam yang berlaku dalam budaya kita - ada baiknya kita juga perlu sedikit sebanyak mengetahui apakah sebenarnya yang dikatakan pembunuh bersiri.
Melihat kepada beberapa kes terbaru, pelbagai teori muncul. Teori semata-mata tanpa sedikit asas pengetahuan tidak berguna.
Terdapat beberapa jenis kategori pembunuhan bersiri yang patut anda tahu.
Visionary type - pembunuh melakukan siri pembunuhan kerana dorongan halusinasi atau bisikan halus. Ia sama ada menyifatkan pembunuhan itu sebagai sesuatu yang diyakininya sebagai betul, atau menganggap mangsa sebagai manusia jahat yang patut dibunuh.
Mission-Oriented type - menggunakan kelopok sasaran tertentu. Jack the Ripper hanya menumpukan kepada manusia pelacur. Bagi pembunuh seperti ini, mereka menganggap mangsanya sebagai manusia durjana. Sabai pula hanya menyasarkan wanita tua berusia 70 tahun ke atas.
Hedonistic type - pembunuh membunuh mangsa untuk mendapatkan keseronokan, sama ada yang bersifat lust killer, atau thrill killer. Lust killer membunuh untuk mendapatkan keseronokan seks, walaupun tidak semestinya hubungan seks berlaku. Sebagai orang awam, lust killer ini dapat difahami dengan menonton filem Draculla atau Cannibal Holocaust. Ini adalah bentuk keseronokan.
Thrill killer pula lebih kepada pembunuh yang suka melihat mangsa menderita sebelum mati. Mereka akan menyiksa dahulu mangsa. Sebaik sahaja mangsa terbunuh, keseronokan tadi berakhir. Mangsa baru perlu dicari.
Dalam kebanyakan kes pembunuhan bersiri, kebanyakan pembunuh adalah manusia yang sakit jiwa. Mereka walaupun melakukan kejahatan, tetapi sebenarnya mental mereka tidak betul lagi.
Bagaimana dengan kes pembunuhan yang sekarang hangat diperbualkan? Adakah pelakunya waras. Menurut pakar psikitiari seperti yang dilaporkan di akhbar, pelakunya adalah manusia waras. Aku sependapat dengan pakar tersebut. Ia bukan dorongan halusinasi, atau seperti kecenderungan oleh Sabai dalam siri sebelumnya.
Kalau begitu, apakah kategori yang sesuai dengan kes tadi. Mungkin tidak ada satu pun kategori yang sesuai. Bagaimana pun, ahli psikologi mengkelaskan beberapa kategori lain. Antaranya ialah crime spree killer - membunuh untuk keseronokan dan manfaat kewangan.
Nanti kita sambung dengan profil pembunuh bersiri. Itu pun kalau ada masa.
Semoga anda boleh tahu siapa mereka.
Yang Ikut
Showing posts with label pembunuhan bersiri. Show all posts
Showing posts with label pembunuhan bersiri. Show all posts
Thursday, 16 September 2010
Wednesday, 15 September 2010
Serial killer - Part 1
“I am down on whores and shan’t quit ripping them",
(Jack the Ripper, dalam suratnya kepada media).
Sejak beberapa tahun ini, kita mendengar begitu banyak kes pembunuhan tragis di Malaysia. Terbaru ialah pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawija dan 3 orang yang lain. Pembunuhan ini dikatakan dilakukan oleh suspek yang dikaitkan dengan beberapa siri pembunuhan lain. Aku tidak berminat mengulas hal ini.
Kita ulas hal lain. Kita ulas personaliti pembunuh bersiri.
Salah satu kes besar pembunuhan bersiri berlaku di Itali pada tahun 1995-1997 oleh Ben Mohammed Ezzedine Sabai, seorang pendatang Tunisia. Dia dikatakan telah membunuh 15 wanita, kesemuanya berusia 70 tahun ke atas. Kecuali tiga mangsa, kebanyakan mangsa ditikam di bahagian leher, terutamanya pada bahagian kiri.
Mengapa membunuh wanita tua yang tidak ada hubungan dengannya?
Sabai dikatakan mempunyai kecelaruan anti sosial, dan sexual sadisme. Atau dalam kata lain, ia mempunyai rangsangan seks yang pelik iaitu ingin melihat mangsa meronta-ronta. Kebanyakan perogol dikatakan mempunyai personaliti ini - mereka suka melihat mangsa meminta simpati mereka. Inilah yang dikatakan sadisme. Begitu juga dengan pembunuh.
Mengapa dia menikam leher pada bahagian kiri? Ini bermaksud pembunuh mungkin menggunakan tangan kanannya.
Sekitar lewat tahun 1950-an, Garvey Glatman, dikatakan sebagai pembunuh bersiri pertama yang suka mengambil gambar mangsanya. Ini juga satu pengalaman yang pelik bagi manusia normal seperti kita.
Walaupun banyak sebab yang boleh menyebabkan terjadinya pembunuhan bersiri ini - termasuk faktor mendapatkan wang - bagaimana pun kajian psikologi mendapati bahawa kepuasan utama bagi pembunuh bersiri ini bukanlah ganjaran luaran.
Sebaliknya ia didorong oleh kepuasan dalaman yang ada dalam minda manusia itu sendiri. Mereka merasa lega dengan membunuh manusia. Motif utama bukanlah wang, sebaliknya bagi memuaskan kehendak psikologinya. Kalau wang adalah motifnya, orang yang sudah kaya tidak akan membunuh. Penjenayah mungkin perlu merompak sahaja. Mereka juga tidak akan membunuh berkali-kali.
Pembunuhan bersiri juga didapati mempunyai modus operandi yang sama oleh pelaku yang sama. Ini bermaksud ia berlaku secara terancang. Jarang pembunuhan bersiri ini berlaku secara tidak sengaja.
Bagaimana dengan kes yang sedang hangat di Malaysia sekarang ini? Kita tidak tahu.
Kita sambung. Ini baru pengenalan. Kita akan sambung dengan tajuk kategori atau jenis pembunuhan bersiri. Kalau sempat, kita juga perlu tahu siapa Jack the Ripper.
Subscribe to:
Posts (Atom)