Yang Ikut

Friday, 16 January 2009

Maksud stress dan burnout

Reactions: 
Esok, 17 Januari 2007 kajian aku berkaitan manusia yang stress di tempat kerja akan berlangsung lagi. Ia adalah kajian kali ke-2. Kajian kali pertama dilakukan bulan September 2008 lalu. Ada dua kali lagi kajian yang akan menyusul selepas ini. Ia kajian yang lebih besar.

Kajian yang besar itu akan berjalan dari satu rumah ke satu rumah. Jumlah semua peserta kajian nanti ialah 536 orang setiap kali kajian. Kalau anda orang Selangor, mungkin anda akan terlibat. Ia dipilih secara rambang. Mungkin bulan April atau May 2009 nanti. Jangan terkejut kalau tiba-tiba ada orang mengetuk pintu rumah anda dan bertanya: Encik, stress tak?

Terima kasih juga di atas respons yang diberikan pengunjung terhadap iklan dalam posting sebelum ini. Ada yang terpilih, ada yang tidak. Bagaimana pun terima kasih di atas minat yang diberikan. Memandangkan kajian ini perlu mengambil kira pelbagai faktor - khususnya jenis pekerjaan, jadi tidak semua orang dapat dirangkumkan bersama.

Mengapa stress. Penting sangat ke topik ini? Stress sepertinya hal biasa sahaja di negara kita. Ia juga hal biasa di negara sedang membangun yang lain. Tak ada orang ambil tahu pun. Bukan sekadar stress, kalau sakit fizikal pun majikan tak layan sangat. Silap haribulan, kita akan dibuang kerja. Orang putih lain. Stress pun boleh claim Work Cover. Boleh dapat cuti dan bergaji penuh.

Sebenarnya banyak orang yang mati sebab stress. Stress menyebabkan sakit jantung, darah tinggi, dan pelbagai penyakit kronik lain. Stress juga sebabkan rumahtangga kacau bilau. Tapi sebab kita tak begitu ambil peduli sangat, banyak yang tiba-tiba mati mengejut. Kita cuma berkata: Oh, si anu itu dah mati. Sakit jantung kata orang. Malangnya punca sakit jantung itu tak diambil peduli, maka kita tak layan sangat sama ada stress atau tidak. Stress belum menjadi sebahagian daripada perkara yang dianggap penyakit dalam budaya kita. Kita cuma salahkan rokok sebagai sebab sakit jantung. Belum tentu lagi hanya sebab rokok.

Stress yang sedikit memang diperlukan. Tapi jangan simpan stress lama sangat. Ia membawa kerosakan diri dan tubuh badan. Ibarat pegang botol air mineral 2 liter dengan dua jari. Seminit dua memang boleh pegang. Memang ringan. Cubalah pegang selama satu atau dua jam. Boleh pegang atau tidak? Itulah stress. Semasa botor air mineral itu jatuh, dan air di dalamnya tumpah - itu kita panggil burnout - simptom yang lebih bahaya lagi.

Budak-budak yang pernah mengaji dengan aku di UniKL tentu tahu hal ini. Aku bawa dua botol air mineral untuk mengajar!

3 comments:

Abang Ben said...

burnout dalam bahasa struktur (civil engineering) ialah fatigue. Andaikata sebatang besi diberi bebanan secara konstan, by time besi tersebut akan hilang strengthnya.

Jom buat PhD kombinasi Structures dan Psychology!

FakirFikir said...

Dah. Jangan dok tambah stress lagi!

mangkuk statik said...

Aku tau kau ni jenis cakap banayak. Tu bawak sampai 2 botol air tu. Kalau ader 6 tangan dah 6 botol dah kau bawak.
Cuba maser mangajar kau lebih banyak tanaya pelajar. MEsti tak perlu cakap banayak dan tak payah bawak air banyak2. muahahahha...pandai sungguh aku

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails