Yang Ikut

Friday, 9 January 2009

Mengimbau 30 tahun lalu

Reactions: 
Sekarang sudah masuk tahun 2009. Cepat sungguh masa berlari. Zaman banyak berubah. Yang belum hanya diri kita. Mengimbau semula beberapa peristiwa 30 tahun yang lalu.

1979
Tahun aku mula bersekolah di SK Dato' Wan Kemara, Changlun. Masa itu Changlun masih pekan kecil. Bangunan kayu. Masih lagi tersenarai dalam kawasan hitam. Rumah aku masih pakai pelita minyak tanah.

Untuk masuk ke pekan Changlun, kami terpaksa menunggu sehingga pintu pagar dibuka jam 6.30 pagi. Ayah aku menghantar ke sekolah yang jauhnya 3 batu naik basikal mengikut jalan tanah merah becak. Melalui hutan, bendang dan kebun getah. Harimau pun masih ada agaknya. Sekarang semua itu dah tak ujud. Dah jadi taman perumahan. Jalan tanah merah sudah jadi highway.

Tahun berikutnya ayah aku meninggal dunia. Aku jadi anak yatim.

1989
Aku mula mengambil Sijil Pelajaran Malaysia di Sekolah Menengah Jitra. Terpengaruh dengan Rock N Roll. Seluar sekolah pun ada poket depan belakang macam seluar jean. Style 'bell bottom'. Rambut pun serabai.

Baju sekolah pun ada dua poket macam baju koboi. Rosak hidup waktu itu. Pernah kena tampar dengan warden asrama 5 kali tampar sekaligus. Bukan aku seorang yang kena. Ada dua orang lagi yang kena. Bukan salah kami. Pengawas asrama yang belia itu salah beri information. Tak mengapalah. Anggap itu sedekah menghapus dosa.

Guard asrama yang gemuk itu selalu kejar kami. Kawan-kawan baik masa itu - Hasni, Mat Jun, Najmi, Mie Wajab, Man Koboi, Anuar Go dan beberapa orang lagi. Kebanyakan sekarang dah jadi orang besar. Ada yang dah jadi mejar komando, ada yang jadi orang besar kastam. Harap mereka tidak rasuah.

Tahun itu aku dapat Pangkat 3 SPM. Cuma BM dan Agama dapat A1. Yang lain semua kantoi. Hanya aku, Mat Jun dan Anuar Go masuk tingkatan 6. Yang lain semua masuk universiti awal. Tahun terakhir aku duduk asrama.

1999
Masa itu zaman reformasi sedang membiak. Pertelagahan politik antara Tun Mahathir dan DS Anwar Ibrahim merancakkan gelombang. Sesekali ke Jalan Tunku Abdul Rahman untuk tengok reformasi. Aku bukan orang reformasi - cuma nak tengok orang berlari. Masjid India dan Masjid Jamek dah jadi port orang marah.

Tahun itu juga aku pertama kali naik kapalterbang dan ada pasport. Ke Bangladesh 5 hari. Di depan hotel, para pengemis beratur panjang. Istimewanya banyak orang Bangla boleh bertutur bahasa Melayu.

Tahun itu aku berkahwin dengan isteri aku sekarang. Masih teringat ketika ke rumah pengantin, aku terlupa berstokin dan berbutang baju Melayu. Pinjam dari pengapit. Semasa balik ke rumah aku - stering kereta pula tercabut.

Tahun itu juga aku lulus Master dalam Psikologi.

2009
Masih dalam proses. Kalau ada umur panjang, 10 tahun lagi boleh kita cerita.

6 comments:

niesa.imana said...

salam wbt..

huhu.. semakin meningkatnya usia, pengalaman makin bertambah..

sy agak gusar ntuk meniti usia, kerna amal sy masey dlm proses pembaikian jek dari dulu..

master dalam psikologi?? waaa, bidang yg sebenarnya sy nak ceburi, still alhamdulillah kerna DIA dh bg course OT yg menarik ntuk diceburi.. +)

FakirFikir said...

Kata orang umur hanya angka..

najmi said...

Assalamualaikum wahai sahabat lama ku...semoga berbahagia...pengalaman tuan amat menakjubkan..bersyukur&berterima kasih kepada tuhan.komen komen tuan amat membina dan bertenaga..walaubagaimanapun setiap kritikan itu perlu ada sempadan dan fakta serta bertanggungjawab bukan sekadar persepsi semata2.chewah aku cong je..hang dok buat apa?ambik phd ke kat sana tahniah...najmi

FakirFikir said...

Hah itu kawan lama aku, Najmi Ba*** dah muncul. Apa cerita? Dia ini geng lama. Seperti biasa, kawan lama memang lama tak jumpa. Mungkin 15-20 thn dulu. Tak berapa nak ingat. Selamat datang ke laman ini.

najmi said...

Dah 20 thn kita tak jumpa bro...bila bro balik cuti?nanti kita boleh jumpa...blog bro ada umph la..tapilagi best bila tambah kicap sos cili dan sebagainya...

FakirFikir said...

Lama sungguh. Last sekali aku telefon hang 2 atau 3 tahun lalu. Cuti tak ada kot. Tapi akan balik dalam bln 4 atau 5 nanti. Ada kerja mengaji yang tak sudah. Mengaji orang tua nampaknya tak ada orang kacau, tapi lebih payah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails