Yang Ikut

Tuesday, 6 January 2009

Gendang pilihanraya sudah bermula

Reactions: 
Di Kuala Terengganu orang mula berpesta. Pesta pilihanraya. Seperti biasa, akan ada keji mengeji, puji memuji dan janji menjanji. Itu hal biasa politik Malaysia. Banyak orang kampung yang akan dilawati oleh orang-orang yang tak dikenali. Pengayuh beca di Pasar Payang juga akan ditanya khabar oleh orang besar. Cuma kita berharap - setelah sekian lama berpilihanraya, kali ini kita mulakan dengan janji-janji yang mudah sahaja:-

1. Berjanjilah kita akan menjaga Pantai Rantau Abang dengan baik agar penyu akan kembali singgah. Tidak ada orang boleh menyentuh telur penyu, apatah lagi memakannya. Sesiapa yang berani, akan dihukum berat.
2. Pantai Batu Buruk akan menjadi destinasi bersih sampah. Tidak ada penjual yang boleh sewenang-wenangnya berjaja di situ agar kebersihan terpelihara.
3. Pasar Payang akan termasuk dalam ikon pelancongan negara.
4. Akan diadakan banyak jeti untuk memudahkan para pemancing singgah. Jangan lupa juga untuk menyediakan kemudahan seperti tandas, parkir percuma, dan tempat duduk untuk berehat.
5. Setiap rumah di Kuala Terengganu akan disediakan 3 jenis tong sampah - kuning, hijau dan merah untuk memudahkan masyarakat mencintai kebersihan bandar. Sesiapa yang membuang sampah di bandar Kuala Terengganu akan didenda berat.
6. Akan dibina tempat singgah atau 'spot' untuk pencinta foto dan pelancong mengambil gambar. Misalnya di atas jambatan bagi memudahkan mereka mengambil gambar masjid kristal.
7. Papantanda billboard tidak lagi bercakap hanya soal Islam Hadhari - tetapi banyak memfokuskan kepada kebersihan, kemalangan jalanraya, dan penagihan dadah.
8. Keropok lekor Losong akan menjadi produk yang mampu diekspot ke dunia luar.
9. Bandar Terengganu akan menjadi bandar pelancongan pertama negara yang mengikut citra dunia moden.

Hanya itulah janji-janji yang kita harapkan dari wakil rakyat kita. Hah, siapa yang akan bercakap hal ini. Ia tidak pernah ada dalam agenda kita. Kalau begitu, teruslah bercakap apa sahaja.

1 comment:

isuzu_aizu said...

saye baru ke masjid kristal minggu lepas dan terkejut + sedih tengok tandas baru ( area halaman masjid) yang sangat kotor. penuh dengan pampers2 baby yang busuk atas lantai dan berbau hancing. saya pergi ke tandas tu utk elakkan sesak di tandas dalam masjid. sedangkan masa tu cuti tahun baru dan tentunye pihak pengurusan dah aware yang akan ramai pengunjung masjid time tuh. hmm, sayang tengok masjid cantik2, toilet lawa2, tp yang menggunakannya masih kurang kesedaran.

-saye tak sempat lama di sana, sbb hujan dan nak gerak balik ke paka tempat yang di sewa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails