Yang Ikut

Sunday, 25 January 2009

Australian Day

Reactions: 
Australian Day jatuh pada Isnin, 26 Januari. Ini bermakna kami bercuti 3 hari, Sabtu sampai Isnin. Aku cuba menjeling-jeling kalau-kalau ada orang yang menggantungkan bendera Australia.

Nampaknya tidak seperti Malaysia. Adalah beberapa buah kereta meletakkan bendera kecil. Tetapi itu pun dalam 1,000 kereta mungkin terjumpa satu. Di rumah dan di bangunan tidak pula terpacak apa-apa bendera menunjukkan mereka sedang menyambut Australian Day.

Tidak patriotikkah mereka? Hah, patriotik bukan hanya letak pada bendera seperti yang orang kita bangga sangat. Menggantung bendera yang banyak pun mungkin tidak patriotik kalau bendera itu banyak dimport dari China.

Patriotik juga letaknya pada perkara lain. Kita patriotik kalau tidak rasuah. Kita patriotik kalau bercakap benar walaupun pahit mengenai hal-hal yang tidak patut. Kita patriotik kalau melaksanakan pekerjaan dengan jujur. Kita patriotik kalau berjuang demi bangsa dan agama. Kita patriotik kalau marah dengan orang yang memandang remeh bahasa kebangsaan. Kita patriotik kalau tangkap orang luar yang masuk negara tanpa ikut jalan betul. Kita patriotik kalau bising-bising ada orang curi balak.

Hah banyak. Tapi nampaknya patriotik kita mudah sangat. Pacak bendera biar tinggi-tingi. Kalau boleh setinggi pohon kelapa. Kereta pula berselimutkan bendera. Sudah jadi trend masakini. Tak faham makna merdeka tak mengapa, asal kita ikut trend. Yang untungnya orang jual bendera!

Ini bukanlah pula bermakna kita tidak patut mengibarkan Jalur Gemilang bila menyambut Hari Kebangsaan. Tetapi kita kena faham makna sebenar nasionalisme dan patriotik. Tidak guna hanya sibuk dengan bendera di depan dan belakang motosikal, tetapi malamnya merempit pula. Tidak guna hanya sibuk membeli bendera, kalau makna warna bendera pun kita tak tahu.

Patriotik itu ada di dalam diri. Jangan hanya pandai sebut sahaja. Dah berapa tahun merdeka pun mungkin kita dah lupa.

5 comments:

FakirFikir said...

Ini komen dari Mangkuk Statik. Aku kena edit balik. Banyak sensor. Itu style dia menulis. Aku tak kisah sangat.

mangkuk statik has left a new comment on your post "Australian Day":

Hang betul. Hanyer ader braper kerat jer org2 kiter yg benar2 patriotik bro fakir.

Nak patriotik camner kalau
1.rambut dah blonde, pakai kontek lens biru/hijau etc
2.bola sokong ENgland, MU, chelsea,
3.name kan anak2 bunyi kene cam mat salleh
4. layan muzik indon/mat salleh
5. dah abis idea dah...
6. sanggup bayar kopi mahal2 kat starbuck/cafe apekejada, tapi biler mamak naik 20sen kecoh 6 bulan.
7. tulis blog lam english..konon2 kelas dan english power la..baru nampak macho/modern.
8.malu naik keta malaysia..kena naik keta obersea
9. Bangga biler artis kiter kawin mat salleh. Padahal drpd pengalaman aku, majority drpd perempuan melayu yg matsalleh minat (atas dasar rupa yer...bukan atas dasar agama)

Abang Ben said...

hehehe... mat gersang tu bang... biarkan la...

Abang Ben said...

Lupa lagi satu...

tak patriotik la bukak restoran kat Adelaide... hehehe...

mangkuk statik said...

Wei barua kerajaan! Kau censor komen aku. Rupe rupenyer kau anjing SB..ciss.
Abg ben: Satu lagi tak patriotik buat kumpulan muzik main instruments mat salleh. Sedarlah diri sket!!. MAinlah alat tradisi melayu cam gong ker, kompang ker, serunai ker, caklempung ker, rebana ubi ker.

FakirFikir said...

Aku tau hang tengah gersang! Tak apa, kali ini aku masukkan hang punya comment.

Macam mana komen hang nak masuk kat blog Che Det, blog aku pun tak lepaih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails