Yang Ikut

Tuesday, 20 July 2010

Di pagi jernih aku menulis

Reactions: 
Di pagi yang jernih ini aku terasa ingin menulis hal ini dari lubuk hatiku sendiri.

Setiap kali mereka yang kita gelar pemimpin - membeli pen Mont Blanc yang beribu harganya, atau minyak wangi Idole Armani, atau mesin rod memancing Abu Garcia buatan Sweden ternama - adakah mereka juga berfikir sama ada orang seperti kita mampu membelinya. Tatakala mereka singgah tidur di hotel mewah melepas penat, berfikirkah mereka tentang kita yang tidur di bawah bumbung atap zink yang bocor di sana sini.

Tidaklah dipastikan sama ada mereka juga tahu tentang istilah 'Pantang Lalu Ulur Selalu' yang disebutkan orang kampung apabila melewati laluan lebuhraya bertol. Pernahkah mereka terfikir bagaimana orang kampung selalu mencuka mukanya walaupun harga sebungkus kopi hanya naik 10 sen sahaja. Pastilah mereka tidak tahu betapa tebalnya buku tiga lima hutang orang kampung di kedai runcit yang belum berbayar. Jumlah hutang mungkin tidak lebih dari $200, tetapi ia sangat besar bagi penduduk kampung di pinggir pekan Changlun.

Semua ini adalah cerita masyarakat yang selalu terpadam dalam korpus berita utama media nasional. Orang hanya bising dengan pembangunan mega atau koridor baru. Orang juga lebih ambil tahu tentang bail-out billion ringgit syarikat gergasi. Berita Sime Darby rugi lebih diributkan - dari sukarnya ibu tua memberikan seringgit wang sekolah anak.

Sebab itu - sesiapa sahaja yang bergelar pemimpin - baik yang kerjanya menyokong, atau tidak sudah-sudah membangkang, perlu jiwa jernih yang tahu membaca payaunya hidup masyarakat sekeliling. Hidup dalam banglow mewah sambil menonton berita CNN tidak akan mengkhabarkan cerita di balik tabir orang kampung. Bercakap tentang lobi projek baru tidak akan melambangkan maksud sebenar kekayaan negara.

Hari ini - kita banyak jutawan. Kita berbangga kerana jutawan itu orang kita. Cuma sesekali kita berasa pelik mengapa banyak jutawan ini adalah saudara mara kepada orang tertentu. Mengapa bukan Hasni kawan aku yang bijak komputer, yang tahu segala hukum komputer - CISCO, Oracle, PHP, Java dan Linux. Mengapa bukan Rahman kawan aku yang sudah lebih 20 tahun meniaga kilang perabut dengan rekaan seni terbaik. Mengapa bukan Khalid, teman aku yang meniaga ayam panggang Sarawak.

Mengapa hanya orang yang sama - dari kelompok yang sama tiba-tiba menjadi jutawan segera. Hasni akan terus menjadi kuli makan gaji di syarikat orang asing kerana bapanya hanya bekas peniaga kantin, dan bukan 'orang itu'. Rahman akan terus membungkus dirinya dengan habuk kayu selama 20 tahun lagi - kerana bapa atau abangnya bukan sesiapa. Khalid akan terus dibusukkan asap ayam panggang kerana dia tidak bakal menjadi jutawan.

Tetapi beberapa orang kawan aku yang lain - kerana mereka bijak bermain politik - ada kenalan rapat dengan orang besar - pasti mereka akan menjadi usahawan berjaya kalau nasib percaturan mereka betul.

Australia bukanlah negara yang baik dari segi hak asasinya. Orang aslinya sudah lama menjadi kambing yang berkeliaran di taman-taman. Tetapi ada beberapa hal yang boleh kita pelajari. Mereka ada banyak lebuhraya. Di South Australia - lebuhraya adalah percuma. Di Victoria - manusia diberi pilihan sama ada mahu menggunakan lebuhraya berbayar atau percuma (freeway). Kedua-duanya sama sahaja kualitinya.

Mereka yang menjadi rakyat - bahkan penduduk tetap boleh belajar di universiti dengan percuma. Hospital dan perubatannya agak mahal - tetapi rakyat perlu membeli insuran untuk menanggung kos kesihatan.

Harga barangnya mahal. Tetapi harga sayuran dan makanannya masih murah. Kalau kita terserempak dengan harga seguni kentang AUD15, jangan beli lagi kerana beberapa hari lagi ia akan turun menjadi AUD 5 sahaja. Atau pergilah ke tempat lain - kerana harganya tidak akan sama. Ada barang yang di sana mahal, tetapi di sini pula murah. Harga petrolnya turun naik setiap hari - jadi isilah minyak ketika harga merudum jatuh.

Kalau semua ini ada dalam korpus penglihatan setiap daripada kita - pastilah kita semua akan berasa begitu bahagia. Mungkin sangat mustahil untuk menjadi Umar Abdul Aziz - tetapi tidak mustahil untuk kita semua terjun ke lubuk hati derita manusia.

Alangkah indahnya kalau setiap yang dipilih menjadi pemimpin - baik yang di peringkat kampung, negeri atau negara mempunyai hati yang penuh insaf dan rasa sedar. Memimpin dengan cara yang baik maknanya kita tidak berniaga. Memimpin dengan cara yang jujur maknanya kita tidak hanya menolong rakan-rakan baik kita. Memimpin dengan hati murni maksudnya setiap hari kita akan menangis mendengar keluhan rakyat.

3 comments:

ismadiyusuf said...

selagi aku, dia, kamu dan mereka digelar manusia putaran itu akan berputar, cuma putaran itu berputar juga tapi putaran yang diputar oleh mereka yang bertaqwa...jadi carilah mereka itu...

ziarah76 said...

Umar al-khattab r.a mengkahwinkan anak lelakinya dgn gadis yg merupakan anak seorang ibu tunggal penjual susu lembu.
Bapa gadis ni syahid di medan perang.
gadis dan ibunya menjual susu di bandar, tapi waktu tu, peniaga menipu dgn mencampurkan air ke dlm susu utk dijual murah.
Maka semua penduduk membeli susu murah dri peniaga lain manakala susu gadis dan ibunya ini tak laku kerana harga mahal sedikit krn yg asli.
Peniaga memaksa mereka juga menipu mencampurkan air dlm susu, gadis dan ibu enggan menipu.
Berlalu tempoh masa yg panjang hingga susu si ibu dan gadis tak laku hingga mereka kerugian, hingga hendak makan utk hidupun mereka tiada apa-apa untuk dimakan di rumah. setiap hari adalah penat berniaga di pasar dan rumah ke rumah, tapi tidak berhasil.
Dlm keadaan begitu terdesak ini, hati ibu sedih dgn kelaparan anaknya, maka tiba2 ibunya dibisik oleh syaitan lalu terdetik dlm hatinya untuk mengikut saja iaitu menjual susu yg dicampurkan sedikit air, kerana bukan orang tahupun.
Lalu ibunya memberitahu cadangannya kpd anaknya, maka dgn tegas anak gadisnya memberitahu:
"Allah sentiasa melihat," sambil menolak mentah-mentah cadangan itu.
Maka tersentak ibunya bahawa, syaitan sedang cuba menipu dayanya maka dia beristighfar.
Maka dengan kuasa Allah, komplen mengenai susu bercampur air sampai ke pengetahuan khalifah Umar alkhattab.
Maka khalifah membuat siasatan, lalu beliau pada satu malam terdengar secara tak sengaja perbualan si gadis menenangkan perasaan ibunya berhubung masalah itu mengenai kekuasaan Allah, Allah Maha Melihat dan Allah Pemberi Rezeki, Allah Maha Pemelihara.
Maka keesokkannya, Umar al-Khattab dtg dgn meminangkan anak lelakinya dgn gadis itu.
Daripada keturunan gadis ini dan anak lelaki umar ini lah nasab keturunan Umar Abdul Aziz, seorang pemerintah yg adil lagi bertaqwa.

Ini lah iman... Allah berjanji membela orang yg beriman, bertaqwa beramal soleh.

Atas perkara iman lah jemaah dakwah dibentuk dan dihantar ke merata tempat semata2 kerana redha Allah, tiada kepentingan lain.

Insya-Allah, ayuh... lapangkan masa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails