Sepanjang perjalanan dari bandar ke universiti, anda akan dapati rumah-rumah yang dibangunkan sama konsepnya dengan apa yang anda lihat di Malaysia. Ada rumah yang berdinding papan dua tingkat, atau rumah setingkat yang dindingnya di'plaster'. Memang, ia sebuah wilayah Asia. Tidak ada ciri-ciri Australia di sini. Kelihatan lebih Asianya dengan adanya pokok mempelam yang sedang berbunga, pokok asam, mengkuang, malah pokok petai angin pun ada di sini. Cuacanya memang seperti kita. Panas dan melekit.Bagusnya, bas di sini percuma untuk pelajar. Tunjukkan sahaja kad pelajar, anda terus diminta duduk. Jadi, tidak perlu tiket. Jimat $2 dolar hari ini! Duit itu diambil dari mana? Itulah wang yang dicukaikan dari orang kaya bagi membantu orang susah. Bukan mencukaikan orang susah bagi membantu orang kaya.
Sebelum ke universiti, aku bersiar-siar di kedai cenderamata. Jangan harapkan apa-apa. Aku tidak membeli satu apa pun. Aku hanya menemankan beberapa rakan dari Malaysia yang datang berseminar. Motif aku hanya mengambil gambar. Ini gambar kedai cenderamata.
Ini pula lukisan aborigin - yang dikenali sebagai 'mandala'. Apa mandala? Itulah lukisan yang dilukis berulang-ulang. Lihat gambar itu. Ia seni orang asal di sini. Cantik dan memikat. Ini memang antara bidang aku ketika mengambil kelas lukisan dahulu.
Ini pula gambar beg bermotifkan mandala. Ia beg tulen buatan Australia. Ada sesiapa yang hendak membelinya? Datanglah ke sini.
3 comments:
Assalamualaikum
thnks for sharing abg
sronok baca ALHAMDULILLAH
doakan kami di malaysia
moga abg sekeluarga
bersama rakan2 seperjuangan slmt di sana
doakan kami
ASSALAMUALAIKUM
blog abg ada di list :
http://blogkarkun.blogspot.com/
aku mungkin nk apply kje sane r. tgh pk2 lg nih
menarik sungguh pengalaman jenjalan camni...
Post a Comment