Hari ini aku bentang lagi. Bagus kali ini. Pesertanya ialah ahli dalam bidang. Ada dari Jerman, New Zealand, Australia dan Jepun. Kebanyakan ialah ahli metodologi dan teori. Dari Malaysia pun ada. Siap aku bentang, profesor dari Jepun datang tanya aku bab kajian. Dia ajak aku tulis artikel bersama. Aku rasa ini peluang yang baik. Kawan aku tentu tahu siapa orang ini. Aku pernah hantar artikel profesor ini tidak lama dulu.Ada beberapa orang bertanya soalan. Seperti biasa, aku menjawabnya. Sebelum menutup topik, aku dengan penuh mesra melontarkan ayat penutup paling mudah: "If you have any hard questions, please forward them to my supervisor''. Tengahari - waktu rehat aku berjalan ke bandar seorang diri. Ronda-ronda. Kalau aku tunggu pun, apa yang boleh aku makan. Orang putih makannya pelik sikit. Yang halal cuma sayur. Yang lain entah apa-apa yang dia makan.Sambil jalan aku ambil gambar.
Ini gambar apa? Ini sebuah rumah yang dibina lewat tahun 1880-an. Mengapa mereka tidak buang? Mengapa tidak ada orang berkata bahawa rumah ini tidak ada nilai sejarah? Sebabnya mudah sahaja. Budaya masyarakat yang bertamadun akan menyimpan sesuatu dari tamadun lalu. Ia tidak bakal dimusnahkan begitu sahaja untuk membangunkan hotel dan supermarket.
Ini sedikit deskripsi berkaitan bangunan ini. Aku tak sempat baca. Aku cuma ambil gambar dan beredar.
Ini gambar tempat sekitar bangunan bersejarah ini.Aku berjalan lagi seorang diri membelah cuaca panas. Sampai satu tempat, ternampak monumen untuk mengingatkan tragedi Darwin dibom. Aku ambil gambar lagi. Tidak tahu siapa yang megebom. Tidak tahu juga bila dibom. Aku malas untuk membuang masa di situ. Ambil gambar, dan berjalan lagi membelah lorong pekan.
Cerita ini mungkin menamatkan perjalanan aku di Darwin. Besok malam aku akan naik kapalterbang balik ke Melbourne. Mungkin tidak sempat meng'update' blog. Di Melbourne, aku akan berjalan-jalan bermain salji, melewati Great Ocean Road dan pulang ke Adelaide.
Oh. Tadi aku jumpa seorang anak muda Melayu di bandar Adelaide ini. Orang Negeri Sembilan. Aku bertanya sama ada dia pelajar atau berkerja. Katanya dia berkerja sebagai akauntan. Aku tanya sama ada dia lulusan universiti di Australia. Katanya tidak.
Lulusan mana dia?
UiTM. Siapa kata universiti kita tidak berkualiti?
Terima kasih kepada yang membaca catatan ini.
Beberapa hari ini tidak ada banyak masa. Semalam aku bentang kertas aku di Asia Psychology Conference. Banyak jumpa orang Malaysia. Seperti biasa, ada yang belia, ada yang 'kerek'. Banyak juga yang baik. Tapi kelihatannya ini persidangan yang dipenuhi orang Indonesia.
Kalau ada yang bertanya aku, sama ada aku akan sertai persidangan ini lagi pada masa hadapan - aku jawab belum tentu.Kalau orang bertanya sebabnya - mungkin kualitinya kurang. Orang tak ambil hirau sangat hal metodologi dan statistik. Konseptual juga tak diambil berat. Hal persampelan. Jadi, bila kita dengar orang bentang - terasa tidak ada benda baru sangat.
Aku balik tengahari tadi. Bersama-sama dengan supervisor aku, menaiki bas awam terus ke Vibe Hotel. Ini hotel mewah depan laut. Aku cuba buat pembetulan kertas jurnal. Aku repair, dia baca. Aku repair da baca. Akhirnya siap dan dihantar.Besok aku ke Expert Workshop Psychosocial Risk Factors at Work. Aku kena bentang kertas aku yang lain. Aku rasa ini mungkin ada kelas yang lain. Kebanyakan yang datang ialah profesor dalam bidang job stress. Cuma aku seorang budak sekolah. Tadi, sempat berbual-bual dengan Prof Akihito dari Jepun. Aku kenal dia. Dia tak kenal aku. Aku selalu 'cited' dia punya pandangan dalam tulisan aku. Hari ini aku berjumpa.Jumaat malam aku balik ke Melbourne. Tunggu siri perjalanan musim sejuk pula
Hari ini aku ke Charles Darwin University. Tahu siapa Charles Darwin? Itulah tokoh yang menyatakan asal manusia dari primat sebelumnya. Betulkah Charles Darwin berkata begitu, atau itu hanya dikatakan oleh pengikutnya sahaja. Anda patut membaca buku bagi hal ini. Aku tidak mahu bercerita hal itu. Aku ingin bercerita hal Darwin sahaja.
Sepanjang perjalanan dari bandar ke universiti, anda akan dapati rumah-rumah yang dibangunkan sama konsepnya dengan apa yang anda lihat di Malaysia. Ada rumah yang berdinding papan dua tingkat, atau rumah setingkat yang dindingnya di'plaster'. Memang, ia sebuah wilayah Asia. Tidak ada ciri-ciri Australia di sini. Kelihatan lebih Asianya dengan adanya pokok mempelam yang sedang berbunga, pokok asam, mengkuang, malah pokok petai angin pun ada di sini. Cuacanya memang seperti kita. Panas dan melekit.Bagusnya, bas di sini percuma untuk pelajar. Tunjukkan sahaja kad pelajar, anda terus diminta duduk. Jadi, tidak perlu tiket. Jimat $2 dolar hari ini! Duit itu diambil dari mana? Itulah wang yang dicukaikan dari orang kaya bagi membantu orang susah. Bukan mencukaikan orang susah bagi membantu orang kaya.
Sebelum ke universiti, aku bersiar-siar di kedai cenderamata. Jangan harapkan apa-apa. Aku tidak membeli satu apa pun. Aku hanya menemankan beberapa rakan dari Malaysia yang datang berseminar. Motif aku hanya mengambil gambar. Ini gambar kedai cenderamata.
Ini pula lukisan aborigin - yang dikenali sebagai 'mandala'. Apa mandala? Itulah lukisan yang dilukis berulang-ulang. Lihat gambar itu. Ia seni orang asal di sini. Cantik dan memikat. Ini memang antara bidang aku ketika mengambil kelas lukisan dahulu.
Ini pula gambar beg bermotifkan mandala. Ia beg tulen buatan Australia. Ada sesiapa yang hendak membelinya? Datanglah ke sini.
Bandar Darwin tidaklah sebesar Adelaide. Bangunannya juga tidaklah cantik. Tidak kelihatan bangunan klasik penjajah Inggeris. Ia bangunan baru yang tidak ada nilai estetika. Bagaimana pun bandarnya hidup. Ia seperti bandar pelancongan yang dipenuhi hotel, motel dan backpacker. Ada bas khusus untuk membawa pelancong terus ke hotel. Juga ada bas untuk membawa penumpang ke gudang membeli belah.Di satu jalan, malamnya penuh dengan kedai kopi dan bar. Orang masih penuh di sana. Mungkin kerana cuacanya yang tidak sejuk seperti tempat lain di Australia. Darwin ialah bandar bercuaca tropika. Ini musim orang lari dari cuaca sejuk, dan Darwin menjadi lokasi paling dekat.Aborigin, seperti biasa bertenggek seperti makhluk yang tidak diperlukan. Ada yang menjadi pengamen mengetuk-negetuk dua batang kayu membunyikan muzik sambil meminta sedekah orang ramai. Kasihan mereka.
Itu pula pemuzik jalanan warga kulit putih. Tiga anak muda sedang membuat persembahan di satu pohon. Ada beberapa orang yang menonton. Aku duduk di hujung sebelah ini. Suaranya agak merdu. Tetapi, tentulah tidak mampu mengalahkan suara Siti Nurhaliza.
Malamnya masih bernyala. Masih ada orang lalu lalang si sana sini. Darwin, bandar yang bagus untuk mereka yang sukakan cuaca kita. Bagaimana pun - kerana ketiadaan bangunan klasik, ia tidak menampakkan ciri kota Inggeris. Ia seperti bandar lain di Asia sahaja. Tidak apa yang berbeza. Cuma yang tidak ada ialah kedai mamak. Itu sahaja.Aku masih belum menemui dan berpeluang meminum kopi di bandar ini. Hidup tanpa kopi adalah kehidupan membosankan. Seperti hidup seorang soldadu tanpa senjata.
Setelah melewati penerbangan selama 6 jam dari Melbourne, aku tiba di bumi Darwin. Ia bumi yang asing untuk aku. Cuma, sebaik sahaja memijak kaki keluar dari lapangan terbang, aku berasa lega. Aku berjaya lari keluar dari cuaca sejuk Melbourne dan masuk ke dalam cuaca kita. Aku tidak berapa pasti apa yang ada di Darwin. Lagi pula, jam 1 pagi - tidak banyak yang dapat aku lihat. Suasana di lapangan terbang tetap sama. Warga kulit putih ada di merata tempat. Aku mengutip beberapa keping flyers dan buku panduan pelancong. Aku cuba membelek apa yang ada di sini. Melihat kepada lukisan 'Mandala' yang ada di sekitar lapangan terbang - ia seolah-olah mahu menceritakan Darwin ialah bumi Aborigin. Bagaimana yang dikatakan lukisan 'mandala'. Aku cuba mengambil gambar. Tetapi memandangkan suasana malam, dan kamera yang aku ada hanyalah 'handphone' yang aku pinjam dari isteri - aku batalkan dulu hasrat mengambil gambar di waktu malam.
Aku membeli tiket bas dari lapangan terbang. Harganya tidaklah mahal. Cuma $ 13.00 dolar. Dalam bas itu, rasanya semuanya pelancong yang tidak tahu apa-apa seperti aku. Aku cuma beritahu drebar bas- aku mahu menuju ke hotel - Mantra Pandanas. Hotel mewah juga. Ia bukanlah sebab aku ini orang kaya.
Hotel ini didiami Habib, seorang pemuda Myanmar yang dahulunya belajar PhD di University Adelaide. Tapi, kerana dia sakit - lantas berhenti. Kini berkerja sebagai jurutera di Darwin. Hotel ini dibayar oleh majikannya. Dia orang Islam seperti kita, mungkin ketekunan agamanya lebih baik.
Gambar dari Tingkat 11 Hotel Mantra Pandanas
Habib - dahulunya belajar di UIA. Dari matrikulasi sampai ke sarjana. Pernah mengajar di sana juga beberapa tahun. Dia fasih bahasa Melayu. Jarang dia bercakap bahasa Inggeris dengan anak Melayu. Aku selalu juga melepak dengan beliau sambil merokok di sempadan Universiti Adelaide dan UniSA dahulu. Jadi, siapa kata merokok tiada faedah? Cerita hidupnya sebagai manusia Muslim di Myanmar juga panjang. Kalau ada masa, nanti aku tulis.Sepanjang menaiki bas, yang aku lihat kebanyakan pokok pinang yang ditanam berderetan sepanjang jalan. Pokok pinang yang ditanam di laman universiti kita, yang buahnya tidak boleh dimakan. Bandarnya juga kelihatan masih bernyala. Jam 2 pagi - anak-anak muda masih penuh di tepi jalan. Berjalan kemabukan. Ia seperti suasana jam dua pagi di Jalan Bukit Bintang. Seorang lelaki tua yang duduk sebelah aku merungut - melihat anak muda yang masih berkeliaran waktu itu. Suasana ini sangat berbeza dengan Adelaide. Adelaide jam 2 pagi - warganya sudah mati.Aku buka televisyen, aku tonton bola. Kita sambung lagi besok pagi.