Esok ada dua berita tidak gembira dalam hidup aku.
Pertamanya - esok genaplah 37 tahun umur aku. Bila usia semakin tua, maksudnya peluang untuk mati semakin tinggi.
Keduanya - esok poster aku akan dibentangkan di Sydney.
Ia tidak menggembirakan kerana pagi tadi - 6.50 waktu Malaysia, Kak Ton yang akan membentangkan poster aku memberitahu poster yang sepatutnya dibentangkan tidak sampai ke tangannya lagi. Poster yang sudah siap dicetak 3 hari lalu sepatutnya dihantar kepada penyelia aku semalam. Tetapi, khabarnya ia tidak sampai dan tidak pun menerimanya.
Pagi ini pula - penyelia aku akan naik kapal terbang jam 9.30 pagi.
Jadi, aku anggap itu hadiah hari jadi tahun 2009 ini. Hadiah lain termasuklah kertas jurnal yang diusahakan 6 bulan lalu sudah jadi kertas suratkhabar lama.
Benar kata Azam, kita perlu ada 'back-up'. Itu istilah akademik. Istilah pembuat karipap seperti aku ialah 'frozen'. Kita perlu ada karipap yang dibekukan yang boleh jadi makanan segera saat yang penuh kecemasan.
7 comments:
selamat ulang tahun ke 37... kubur kata.... mariiiii mariiiiii...
salam wbt...
selamat hari jadi yang ke-37.. insyaAllah, semoga usia yang masih ada diberkati dan segala urusan dipermudahkan-NYA.. ameen..
selamat hari lahir!! itu berita gembira..yg lain tu confirm tak gumbira..tumpang simpati! apa2x pun usaha perlu diteruskan..
itu cabaran sebelum bergelar Pensyarah.
Nanti InsyAllah anak murid hang akan menghadapi masalah yang sama
Hasni
didoakan semuanya baik2 saja untuk abg awang dan keluarga..
tibalah masanya untuk tambah ...satu lagiii...satu lagiii
Benar kata sdr fakirfikir, bila usia semakin tua, peluang mati semakin tinggi bak dalam suatu perjalanan, semakin jauh berjalan, semakin hampir destinasinya.
- Dalam apa-apa pun, saya doakan semoga semuanya baik belaka untuk sdr berserta rahmat Allah sentiasa dilimpahkan keatas sdr dan keluarga sdr.
Post a Comment