Yang Ikut

Tuesday, 23 June 2009

Anda pergi tuisyen

Reactions: 
Kalau anda suka memerhatikan di sekeliling anda, kita dapati terlalu banyak pusat tuisyen di Malaysia. Ia ada di setiap bandar dari Changlun sehingga ke Johor Bahru. Ia fenomena positif. Kita semua berusaha untuk pastikan anak-anak kita cemerlang dan berjaya. Ia fenomena bagus. Ia memunculkan usahawan baru.

Tapi aku tidak mahu bercakap hal itu. Aku jadi tertanya-tanya, tidak cukupkan pendidikan yang ada di sekolah sehingga kita perlukan latihan di luar bilik darjah? Tidak cukup baguskah guru yang ada di sekolah? Atau, kita semua begitu cenderung untuk berjaya hingga sanggup melakukan apa sahaja.

Soalan ini aku timbulkan bukan untuk salahkan sesiapa. Melihat kepada sibuknya anak-anak kita, pergi pagi pulang petang, menjelang malam ke tuisyen pula, jadi apa yang sebenarnya mereka cari? Ia bukan budaya seorang dua. Ia telah jadi fenomena semua orang. Semua keluarga kini wajib menghantar anak-anaknya ke tuisyen.

Inilah masalahnya bila kita semua telah melukis semula kitar hidup kita dengan cara mendarjatkan hierarki masyarakat. Yang lulus periksa jadi terbilang, yang gagal kita buang. Yang lulus diberi gaji mahal, yang gagal kita jadikan mereka buruh kilang, pembina bangunan dan pemungut sampah. Jadi semua orang telah dengan semulajadinya terpaksa bermatian-matian untuk pastikan anak lulus periksa.

Atau ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem pendidikan kita? Kita terlalu banyak sukatan pelajaran atau terlalu banyak subjek? Kita ingin belajar semua perkara di dunia ini. Kita sibuk ingin tahu semua perkara - penanaman gandum di Kanada, penteranakan lembu di New Zealand, cuaca sejuk di Antartika. Semuanya kita ingin tahu - kerana kita ingin jadi manusia sempurna.

Bila banyak masa dihabiskan di sekolah dan di pusat tuisyen, bila waktunya kita mendidik mereka menjadi manusia. Mereka merempit di jalanan, melepak di lorong dan menagih di laman orang.

Pernahkah anda melihat ada pusat tuisyen di Adelaide.

2 comments:

ainishamsi said...

pusat tuisyen tu takdela, tapi yang kelas untuk belajar math tu ada.

saye pun setuju dengan post ni.bila semua orang berlumba-lumba nak masukkan tuisyen, adekah maksudnya cikgu tak cukup bagus? ataupun apa yang dipelajari tak cukup bagus?

yang lebih menghairankan, yang mengajar kat tuisyen tu adalah cikgu yang sama yang mengajar kat sekolah.

kadang-kadang, rasa kesian dengan budak-budak sekarang, kena perah otak sampai habis, tak sempat nak rasa zaman budak-budak pun.

Abang Ben said...

kesian kanak2 dah tak jadi kanak2... dah jadi macam buat PhD semuanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails