Yang Ikut

Wednesday, 24 June 2009

Bila semuanya tidak menjadi

Reactions: 
Semalam, entah apa malang yang menimpa. Ia datang berulang-ulang.

Aku keluar rumah seawal jam 9 pagi. Menunggu di depan cyber cafe di Changlun jam 9.30 yang biasanya dibuka jam 10. Jam 10 aku masuk cyber bagi tujuan mengedit beberapa halaman kertas jurnal yang WAJIB dihantar sebelum menjelang malam. Pukul 2 petang aku pulang sebentar untuk mengambil isteri dan membawanya ke pekan Changlun. Aku kembali ke dalam cyber cafe. Dia menunggu dalam kereta.

Jam 3.30 petang semuanya sudah selesai. Jadual baru telah siap dibina. Format bibliografi telah siap disemak. 100 peratus siap.

Jadi, aku terus meng'upload' fail ke dalam sistem penerbit jurnal. Setiap kali aku cuba upload, server down. Ini masalah biasa di Malaysia. Internet kita masih seperti kura-kura cuba bertanding olahraga 100 meter dunia. Beberapa kali cubaan gagal, aku berfikir ada baiknya aku mencari kedai lain.

Cabut thumb drive, bayar duit aku memecut kereta ke kedai lain di seberang jalan. Hari siang memang panas. Aku memang sedang cemas.

Masuk kedai, cuba upload lagi. Tiba-tiba semua fail word dalam folder aku sudah bertukar format exe. Aku mencuba beberapa kali membuka fail jurnal. Gagal. Aku jadi ragu-ragu. Fail yang lain boleh dibuka, mengapa tidak yang ini?

Aku pun menjalankan kerja-kerja scan virus. Lega. Semua virus dipadam. Ia hilang semua. Termasuk fail aku. Ulang. TERMASUK FAIL AKU. Hah. Ini hari paling gila dalam hidup. Rasa semacam hendak menangis pun ada. Hendak bakar cyber cafe pun ada. Yang pasti, aku terasa semacam hendak patahkan thumb drive. Marah bercampur hangat.

Terus masuk kereta, memecut laju. Balik rumah. Ambil air sembayang. Solat. Merokok. Duduk termanggu. Diam. Kaku. Isteri aku pun tak berani lagi nak bermesraan dengan aku.

Akhirnya, aku tahu semua ini ditentukan Allah. Aku pergi ke cyber lagi petang itu. Cyber cafe yang ketiga hari itu. Memulakan lagi kerja-kerja aku. Membuka email dan mengambilnya dari fail yang dihantar oleh supervisor. Semuanya dimulakan lagi. Hampir maghrib ia siap. Tapi tidak lagi sempurna. Seadanya sahaja. Jadualnya sudah bertukar baru. Angkanya mungkin sudah terpelencong. Rajahnya bergaris lain.

Aku hantar juga kepada penerbit. Apa nak jadi, jadilah. Balik rumah dan diam. Tawwakal jalan akhirnya.

Aku perlu melupakannya. Nasib baik aku ada dua lagi bengkel dalam sehari dua ini. Jadi aku perlu sibukkan dengan hal yang lain. Jangan dirisaukan dengan kertas jurnal. Ia bukan kitab. Ia bukan menulis hadis. Ia hanya sumbangan kita dalam percaturan ilmu sekular.

3 comments:

Abang Ben said...

Ini betul malang tak berbau...

mangkuk statik said...

bro..bro.
Itu gua cakap...bekap dan bekap dan bekap.
Satu lagi trik backup. Kau simpan lam internet la bro. Kau ade email lain dak? Kau email ke email yg satu lagi attachement tu la.
SO kalau kene pekejadah, kau ada satu copy on the net!!
AKu sekarang ni pon tengah cemas!!Tengah cari bini bekap..

ainishamsi said...

gile la abang awang. kalau saye mmg dah meroyan seminggu.

mmg kagum habis la dengan ketabahan. haruslah dicontohi begini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails