Yang Ikut

Sunday, 7 June 2009

Jangan hanya marah mat rempit

Reactions: 
Aku kembali semula ke Changlun setelah beberapa hari di Kuala Lumpur dan Pantai Remis. Aku kembali semula ke dalam riuh warganya. Mereka riuh dengan banyak perkara.

Mereka riuh dengan sakit sendi. Mereka riuh kerana lampu isyarat di jalan masuk kampung aku berfungsi dengan baik. Yang tidak berfungsi ialah akal manusia. Mereka tidak pernah melayan lampu isyarat dengan baik. Merah, hijau atau kuning semuanya sama sahaja. Lori, bas, kereta semuanya sama sahaja. Pemandunya sama ada yang berkerja swasta atau kerajaan juga sama sahaja pendek akalnya. Minggu lepas ada seorang yang mati kerana dilanggar di simpang itu. Beberapa tahun sebelumnya ada seorang wanita dilanggar di lampu itu juga. Dia koma sampai sekarang.

Kadang-kadang, yang menjadikan kita semua hidup dalam riuh kesengsaraan bukan sahaja kerana kita tidak berdisiplin. Kita juga tidak menyediakan prasarana yang sempurna. Sepatutnya lampu isyarat itu disediakan cermin besar bagi membolehkan pengguna melihat pemandu lain yang datang dari bawah jambatan.

Kita memang pandai menyediakan jalan dan lebuhraya. Tapi, kita tidak pandai menyediakan lorong pejalan kaki, orang cacat dan pemandu basikal dan motosikal. Tadi, ketika aku menaiki motosikal di lebuhraya dari arah Bukit Kayu Hitam ke Changlun, ada sebuah bas besar membunyikan hot tepat di sebelah aku. Dia tidak salah. Dia mungkin mengharapkan aku tidak ke tengah jalan. Tetapi, aku juga tidak boleh ke tepi lagi. Tidak ada lorong untuk penunggang motosikal cabuk seperti aku.

Sebenarnya banyak kemalangan bukan hanya kerana memandu laju atau tidak mengikut papan tanda. Banyak kemalangan kerana kita hanya berbangga dengan banyaknya tol, tetapi tidak cukup melihat keperluan keselamatan lain. Akhirnya kita hanya membisingkan budak-budak rempit semata-mata. Kita terlupa kita juga tidaklah sebaik mana dalam merangka pembangunan jalan.

2 comments:

Abang Ben said...

politik is bad for the country. Diktator je senang takde orang nak rebut2 kuasa. Alang2 nak sengsara, biar nyata hahahah...

mangkuk statik said...

1.pergh..Sebijik kau bagik. Canteek!!
2.Pemimpin detached drp realiti. Depa tak tau dan tak kisah pasalpon rakyat. Kau agak2 menteri maner atau YB maner (kerajaan tau pembangkang) yg naik motor cabuk kat lebuhraya? Inggat tak sorng ex-menteri arituh kata, "saya dulu tak terasa pon sakit bayar tol ni. Sekarang bila dah bukan menteri baru saya tau".
3. Hmm..sapelah bangang yg lantik mamat ni jadi menteri ntah? Ape nak buat ....Sudah nasib badan.
4.Saudara fakirfikir, jaga2 naik moto. Baca doa dan ngucap selalu. Aku tak nak baca kisah kau lam Metro. Apa2 hal...0-0 yer aku ngan kau.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails