Yang Ikut

Monday, 6 July 2009

Mengapa tidak update

Reactions: 
Beberapa hari ini tidak sempat update.

Orang yang mengaji PhD memang sangat sibuk. Manusia ini akan sibuk dengan penyelidikan, membaca buku, menganalisis, persidangan dan bermacam-macam sibuk. Juga sibuk berfikir. Di atas mejanya akan tersusun ratusan buah buku.

Itu mungkin benar. Tetapi tidak benar untuk aku.

Aku sibuk memancing haruan dan puyu. Beberapa hari lalu aku mendapat haruan besar. Ikan puyu jangan dibilang lagi.

Malamnya pula, kadang-kadang 'mengelau'. Ia berbeza dengan memancing. Walaupun alatnya hampir sama. Cuma batang jorannya panjang, dan kaedahnya juga lain. Umpannya juga lain. Tidak boleh bercakap. Kena diam dan senyap. Lampu tidak boleh dibuka.

Itulah sibuknya aku sekarang ini. Banyak lubuk baru yang sedang diterokai. Biasanya ada anak-anak sungai yang berada jauh dalam hutan dan tidak diketahui pemancing lain. Itulah tumpuan aku sekarang.

Sebab itulah tidak sempat update.

3 comments:

Anonymous said...

salam,
jealousnya dengar!!!!!!kak aisyah gi mancing jugak ke? bila nak balik ni...liza miss u all.
jgn lupa bawa ikan kering ok

zara said...

laa..ingat kut dah frust menonggeng pasal entry sebelum nih! mmm...

ihsan_huhu said...

jgn kne ngap ngn buaya dah la

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails