Yang Ikut

Thursday, 23 July 2009

Bila ramai sangat 'pejuang' bahasa

Reactions: 
Kalau anda di Malaysia, anda akan melihat satu fenomena baru. Anda akan melihat begitu ramai yang menyokong pemansuhan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Ia boleh dilihat dalam kenyataan di akhbar, televisyen atau debat langsung yang dianjurkan. Ia menyebabkan kita melihat begitu banyak tokoh yang membuat ulasan. Mereka ini boleh jadi ahli akademik, pemimpin masyarakat dan politik atau sesiapa sahaja.

Malah seolah-olah ada usaha dijalankan bagi menerangkan mengapa dasar yang telah dimansuhkan itu harus dimansuhkan.

Kelihatannya seperti bagus. Mulus. Lunak.

Bagaimana pun, kita tertanya-tanya mengapa kumpulan 'pemikir' ini hanya muncul selepas isu ini selesai. Kecuali tokoh seperti Datuk Hassan Ahmad, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan beberapa orang lagi, mengapa dahulu mereka ini tidak sekelumit pun bersuara. Media juga seolah-olah tidak memberikan ruang kepada golongan pejuang bahasa, dan adakalanya dilihat seperti anti kemajuan. Sekarang ini nampak terbalik.

Ini yang pelik. Kumpulan ini muncul seperti cendawan selepas hujan. Harapnya mereka ini pejuang bahasa yang tulen, bukan memperjuangkan agenda tersembunyi lain. Jangan jadi tentera yang muncul setelah perang sudah tamat. Seolah-olah merekalah wira sebenar. Yang sebelum ini tertembak, patah dan luka seolah-olahnya dilupakan.

Kalau ingin memperjuangkan bahasa, lakukanlah sesuatu untuk berdebat dengan isu yang baru diajukan pemerintah. Isu mewajibkan lulus bahasa Inggeris dalam Sijil Pelajaran Malaysia sepatutnya diberikan ruang diperdebatkan.

Kalau tanya aku, aku akan kata jangan diteruskan hasrat mewajibkan bahasa Inggeris. Kita selesaikan dahulu persoalan mutu pengajaran bahasa itu sendiri.

2 comments:

Muhammad Teja said...

(saya cuba menghubungi abang awang melalui emel, namun, emel itu nampaknya tak dapat dihantar. maka, saya menggunakan ruang ini sebagai alternatif untuk komunikasi saya dengan abang)

Aleykumsalam wbt,

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Lingkaran Sahabat Sastera Adelaide
yang menjadi urusetia Malam Kemerdekaan ingin menjemput abang untuk
menjadi salah seorang panel forum kemerdekaan.

Tema yang ingin kita bincangkan pada forum tersebut adalah mengenai
kemerdekaan dengan memberi fokus tentang erti sebenar kemerdekaan.

Forum tersebut akan diadakan pada 29/8 dan tempatnya masih belum ditetapkan.

Terdapat 2 panel lain yang akan bersama-sama menyertai forum
kemerdekaan ini, iaitu seorang dari kalangan siswa dan seorang lagi
dari rakyat Malaysia yang telah menetap lama di sini.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai forum ini, boleh hubungi saya
melalui emel ini.

Kami menanti balasan dari abang untuk pengesahan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Muhammad Syukri Rosli
Ketua Pengarang LSS

FakirFikir said...

Hah. Ini topik yang baik. Nanti 7 August saya balik sana, saya akan contact.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails