Yang Ikut

Monday, 18 May 2009

Nota untuk para penyelidik

Reactions: 
Nota untuk para pembantu penyelidik.

Ada orang yang e-mel bertanyakan bila kajian akan dimulakan. Aku jangkakan paling cepat ialah awal Jun 2009 nanti. Sekarang ini pun, aku masih berada di bumi Australia. Jam 10 malam ini baru terbang ke Perth. Besok petang, jam 4 petang baru terbang ke Kuala Lumpur. Sampai di Kuala Lumpur jam 10 malam, tentu perlu balik kampung dahulu untuk bertemu sanak saudara dan membahagi cenderahati.

Itu pun kalau semuanya lancar. Passpot aku pun ada 7 hari nak mati. Aku harap tidak ada masalah yang berlaku.

Bila di Malaysia nanti, perlu pula cetak soalselidik dan bermacam-macam dokumen. Kemudiannya perlu pula cari rumah untuk duduk di Kuala Lumpur. Perlu juga singgah di universiti untuk tunjuk muka. Jadi macam-macam hal yang perlu diselesaikan. Hah, siapa kata buat PhD senang.

Jadi, untuk para pembantu penyelidik - harap bersabar. Aku juga tentu ada cenderahati untuk mereka.

3 comments:

Evi said...

Apa kabar Pak Awang....kangen juga nih sama Bu Aishah. Semoga gelar PhD cepat selesai.....maju terus pantang mundur (kata lagu perjuangan Ind).... Rintangan adalah awal menuju kesuksesan..goodluck ya Pak

Muhammad Teja said...

salam abang awang.
kami ingin meminta jasa baik abang awang untuk mengarang berkenaan 'keterbukaan fikiran' utk buletin ketupat. Barangkali boleh sentuh dari aspek psikologi dan isu-isu semasa. Karangan abang akan digunakan untuk isu fokus untuk ketupat edisi kali ini. Panjangnya.. erm, boleh buat 1500p/p.

apa-apa pun, selamat bercuti di Malaysia.

Sekian,
Syukri
Ketu Pengarang Ketupat

butterflytwinlove said...

akhirnya ada khabar juga about this job..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails