Yang Ikut

Thursday, 21 May 2009

Chikunkunya sedang menunggu

Reactions: 
Aku sudah berada di Malaysia 2 hari ini. Semalaman tidur di rumah seorang kawan di Perth, aku menaiki pesawat MAS ke KLIA (Nota untuk Kremaut: kawan ini geng UTP la). Setelah 6 jam, aku menjejak kaki ke KLIA yang sedang sibuk dengan selsema babi. Semua petugas memakai topeng. Sepertinya memasuki zon perang kimia. Aku bimbang juga dengan selsema aku, takut-takut tersangkut dan dikuarantin.

Sampai di KLIA jam 10 malam, aku terus balik ke Taiping. Aku yang pandu kereta baru Bento. Penuh barang termasuk pinggan Corelle dan bekas tupperware. Melintasi tol Sungai Besi, jadi pening juga melihat banyak perubahan jalan dengan lorong bawah tanah. Memandu masih macam orang Adelaide. Slow sahaja. Ikut undang-undang konon. Jam 4 pagi baru sampai rumah mertua aku. Kalau ikut gaya pemanduan aku dahulu, tentu tak selambat itu aku sampai.

Isteri aku sempat singgah McDonald pula malam itu. Lepas gian makan burger dulu. Aku tak tahu apa yang sedapnya. Aku memang tak akan makan.

Sampai rumah, anak aku meraung-raung pula nak balik rumah di Adelaide. Hah. Dia ingat Adelaide kampung dia gamaknya. Dia tak kenal lagi dengan sanak saudara di kampung. Dia tak mahu tidur. Dia kira nak balik Adelaide juga. Inilah anak zaman sekarang. Kalau macam ini, aku nak kena minta PR Australia.

Petang kelmarin aku balik ke Changlun. Isteri dan anak aku masih di Taiping. Malam tadi sempat lepak kedai kopi. Tadi pula sempat singgah kedai kopi lagi. Minum dan borak-borak dengan orang kampung.

Tapi - ada sesuatu yang sebabkan aku kena balik dan lari dari kampung ini. Petang ini aku ingat nak kena balik Taiping dulu. Kampung aku sedang diserang wabak demam chikunkunya. Namanya sedap. Macam nama kedai buku Kinokuniya. Ini bukan demam biasa. Ini demam sendi dan urat. Banyak yang sudah kena. Seminggu dua baru boleh hilang. Itu pun tak sepenuhnya. Nak bergerak pun payah. Ada yang letih-letih. Bangun pun ada yang tak mampu.

Aku kena lari dulu. Kalau tidak, bila nak boleh buat research.

5 comments:

ihsan_huhu said...

demam urat

isuzu_aizu said...

welcome home abg awang & kak aisyah. hehe, mesti luqman macam terpinga2 gak kan pelik2 tgk malaysia ni tempat apa ntah kan. demam chiku melanda area kampung saya masa saya menganggur dulu, alhamdulillah, walaupun 4 org ahli keluarga saya terkena berderet2 dan saya yang jadi nurse peribadi, syukur saya tak terkena jangkitan demam yang menakutkan tu. ada satu masa adik saya panas sangat2 badan dia, sampai menakutkan kami sekeluarga, dan demam tu tak ada ubat, pergi ke hospital canggih macam mana pun, doktor cuma bagi panadol di mana2.

jadi semoga kepulangan abg awg sekeluarga selamat semuanya :)

-

zainulm said...

taiko adelaide ... Spider-Man tak leh cari makan la kat Mesia... nangis nak balik Mile End ... hang kene kasi makan msk rebung 7 jenis buluh baru oky tueee....

Anonymous said...

salam, call le saya 0122810768, boleh pekena teh tarik ke

Abang Ben said...

comel nama chikunkunya... macam nama baby Jepun...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails