Yang Ikut

Wednesday, 9 February 2011

Sekalipun Hosni berundur, dunia tetap begitu

Reactions: 
Rusuhan di Mesir dan turunnya presiden Tunisia menunjukkan kerajaan anak beranak sudah tidak lagi menjadi hal yang sesuai di dunia moden ini. Rakyat perlukan sebuah kepimpinan dan kerajaan yang telus, yang kekayaannya dibahagi bersama dengan rakyat, dan tidak lagi saudara mara dan suku sakat mereka yang berkuasa.

Apakah apa yang sedang berlaku di Tunisia dan Mesir mampu mengubah apa-apa?

Barang tentu, ramai yang sedang menunggu dengan penuh ghairah berundurnya Hosni Mubarak dari tampuk pemerintahan. Ia ditunggu bukan sahaja warga Mesir yang setiap hari berdemontrasi, tetapi juga warga dunia yang mengharapkan kerajaan demokrasi yang telus.

Sekalipun, kita mungkin antara yang sedang ghairah menunggu, hakikatnya sekalipun Hosni berundur, ia tidak mengubah apa-apa pun. Yang patut diubah ialah nafsu serakah manusia. Yang patut diubah ialah sikap tamak dan gila kuasa.

Kita telah memerhatikan semuanya. Pemimpin di mana-mana dunia pun, baik di Asia, Afrika dan banyak negara mundur - pemimpinnya datang dan pergi. Tetapi isu yang sama tetap juga muncul. Isu bagaimana saudara mara dan sahabat handai menguasai kekayaan negara. Isu bagaimana saudara mara dan sahabat handai tiba-tiba menjadi orang yang berkuasa. Tidak semena-mena mereka berada dalam senarai orang terkaya dunia. Ia berada di mana-mana sahaja.

Ketamakan manusia tidak mengenal batas geografi dan ideologi politik. Ia sama sahaja.

Sebab itu, dalam keterujaan kita membaca berita di Mesir, atau di Tunisia - percayalah ia tidak mengubah apa pun. Bentuk dan sosok manusia boleh berubah setiap tahun. Tetapi syaitan yang berkeliaran menggoda dan menghasut itu tetaplah objek yang sama.

Kita hanya mampu mengubah dunia dengan cara kita semua mengawal hawa nafsu dan serakah ketamakan.

1 comment:

ajaq said...

sembayang hajat selepas solat jumaat diseluruh masjid di malaysia utk pelajar di mesir....bagaimana pula pelajar malaysia yg dilanda banjir tiada berita pun.

aku sudah boleh selak blog setiap hari. dgn ada broadband celcom dgn harga RM48 sebulan 215kbp minit.

Tapi kenapa gajet broadband jenama yes optus dgn iklan australia dijual di celcom dgn harga RM210......apa kah yg terjadi di celcom.

Sabar buat teman2 di mesir

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails