Bagaimana agaknya orang di luar negara berbuka puasa? Adakah mereka juga ada tepung seperti kita. Bagaimana dengan pulut Siam. Buah petai ada dijual atau tidak? Kasihan mereka. Mereka tentu sangat kempunan untuk memakan rebung.
Aku tidak tahu di tempat lain. Di Adelaide, semuanya ada terjual. Yang belum aku jumpa hanya buah jering sahaja. Buah petai jeruk ada dijual. Rebung dalam tin juga ada di kedai Asean Grocery. Apalah sangat dengan pulut Siam atau buah durian. Semuanya ada.
Yang tidak ada hanya pasar Ramadhan. Yang tidak ada hanya emak dan ayah. Yang tidak ada hanya bunyi mercun. Selainnya, tidak ada apa yang kurang.
Bagaimana kami berbuka puasa?
Sebenarnya, aku rasa hidup di sini sebenarnya lebih meriah. Kadang-kadang dijemput berbuka puasa di rumah teman yang lain. Kadang-kadang kita menjemput orang lain. Ia mungkin tidak sempat kalau kita hidup di Malaysia. Jalan yang sesak. Hidup yang sibuk. Semua ini tidak mungkin.
Kalau tidak ada berbuka puasa di mana-mana, kami berbuka di rumah.
Bagaimana pun, selepas berbuka - biasanya kami akan bertandang ke rumah teman yang lain untuk bersolat isyak dan terawih. Ia bergilir sesama kami beberapa orang ini. Aku tidak tahulah orang lain. Aku tidak begitu ambil 'port' sangat.
Jadi - sekali lagi akan ada temasya makan. Aku tidak dapat menamakan semua jenis kuih yang dimasak itu. Ia seperti di Malaysia juga. Ada laksa, pulut durian, popiah, karipap, puteri ayu dan segala macam. Tanya isteri aku. Aku tidak tahu nama makanan. Aku tahu nasi dan ikan goreng.
Selepas makan - yang perempuannya akan bersembang tentang fesyen tudung terkini. Yang lelakinya akan menghabiskan beberapa batang rokok sambil berbual isu politik masakini.
Aku? Aku lelaki pendiam. Aku tidak bercakap.
Petang ini apa menunya. Tadi aku telah memintakan isteri aku membuat cendol. Ini bukan cendul yang dibeli. Ini cendul buatan sendiri.
4 comments:
aku berbuka kurma 3 bijik dan biskut 3 keping
berbuka time kerja
pendiam konon... ko la tekong masa bersembang hahah...
Bak kata rakyat Adelaide, tiada Awang - tiada seri majlis sembang.
piiiraaaahhhh pendiam konon!
Bak kata pepatah rakyat Adelaide:
Hilang seri sesi berborak jika tiada Awang Changlun.
salam, kami dah puas berbuka puasa di luar negara. memang seronok sebenarnya. bila di luar negara rindukan bazaar ramadhan dan masakan mak.
selamat berbuka puasa!
Post a Comment