Yang Ikut

Sunday, 26 October 2008

Selamat datang musim bunga

Reactions: 

Selamat datang musim bunga. Musim bunga datang lagi. Kali ini Adelaide telah dilanda wabak baru. Selain wangi bunga mawar, segelintir warga Adelaide juga sedang dilanda selsema akibat terhidu debunga. Sakit kerongkong, sesak nafas dan selsema adalah simptom bagi mereka yang alah dengan debunga.

Musim bunga mungkin waktu yang sesuai untuk mereka yang ingin datang melancong. Banyak sebab. Satunya - iklimnya yang tidaklah sejuk, tetapi tidak pula terlalu panas sesuai untuk mereka yang patriotik dengan iklim di tanahair.

Setiap kelaziman setiap tahun - yang mampu akan melancong ke luar negara. Yang tak mampu - akan berangan-angan untuk melancong ke luar negara. Ramai yang impikan sesuatu yang pelik dilihat dan janggal untuk dirasa. Ada yang ingin untuk menyentuh salji. Mungkin yang ingin 'melencong', hasrat berbinikan wanita mat salleh berambut blonde juga ada. Kalau bermain judi, itu pasti ada. Dulu dalam suratkhabar tersiar berita VIP berhutang judi di sebuah negara Barat.

Bagaimana kalau kita impikan untuk melihat bunga anggur sahaja? Itu yang mampu. Kalau yang tak mampu, boleh lihat bunga anggur di sini. Tak payah pergi jauh-jauh. Buah anggur dah selalu kita tengok - dan harganya lebih murah dari buah nangka. Jadi lebih baik lihat bunganya sahaja.

Atau pernah berangan-angan buah yang spesis ini.

Kata tuan rumah aku, buah ni namanya 'Malberry'. Betul ke ejaannya? Aku pun tak pasti sama ada ini ejaannya betul - seperti mana aku juga tak begitu yakin dengan nama buah ini. Yang pasti, spesis ini tak ada di Malaysia. Nanti aku tanya Azam kedai Swinging Bowl. Dia dah lama dok Adelaide ni. Dah jadi lebih dari Aborigin dah tauke kedai ni. Aborigin pun kenal dia.

3 comments:

mala hasni said...

salam, nak pi melancong boleh?

FakirFikir said...

Mai la. Tunggu bulan 1@2 baru buah2an banyak. Sekarang ni boleh makan bunhga sahaja. Bulan 7 sesuai utk main salji, tapi di Melbourne.

mangkuk statik said...

Wei mengumpat aku. Tapi aku dah tau dah tak jadi mengumpat.
Itu namernyer pokok "marlboro" sebenarnyer. Dier tak berbuah mcm pokok biaser. Dia menghasilkan rokok marlboro sepuntung2. Asal dari perkatatn aborigine tenggara
"mai borrow satu pam rokok hang" dipependekkan jadi marlborro.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails