Yang Ikut

Friday, 24 October 2008

Minggu yang sibuk

Reactions: 
Minggu yang sibuk. Masalahnya, tidak tahu apa yang disibukkan. Sesekali cuba cari puncanya, tapi tak berjumpa. Sibuk belajar, tak juga. Tak pernah ke library pun. Nak buka buku atau artikel pun malas. Sibuk analisis data pun tak juga sebenarnya. Kadang-kadang, cuma boleh transcribe satu temuduga sehari. Jadi apa yang sibuk sangat ni?

Kadang-kadang, bila fikir balik, hidup kita ini jadi tak keruan bukan kerana kerja fizikal. Banyaknya ialah kerana mental kita mentafsir hal yang bukan-bukan. Kita tak sibuk, mental kita definisikan sebagai sibuk. Kita tak tension, tapi minda kita mengacah-acah rongga fikir agar jadi kecamuk. Jadi, yang kacaunya bukan diri kita. Minda itulah yang tak betul. Sebab itu ada istilah sakit mental.

Akhirnya - aku dah jumpa satu petua untuk hilangkan keceramukan ini. Ke West Lake untuk mengail ikan bream atau weating. habis cerita.

1 comment:

isuzu_aizu said...

betul jugak tu abg awang. mcm saye hari tu sblm balik runsing saja mcm banyak sangat benda yang nak diuruskan. tapi bila di tanya, takd ela apa sangat yang di bizikan. alhamdulillah, ada pembantu2 iaitu kwn2 serumah yang tolong sort kan ape yang berselirat kat fikiran, dan bila dibuat satu persatu, akhirnye setel jugak tanpa bengong2. heheh. anyway, best jugak jd abg awang bleh pegi memancing kat west lake tu, hehe merasa jugak kitorg ikan bream bakar di cicah kuah asam. nyiamm

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails