Sila baca analisis sebelumnya
Nota: ketika artikel ini ditulis, saya mendapat berita bahawa bekas MB Kedah, Ust Azizan sedang koma di hospital.
Kelantan sejak tahun 1990 dikuasai oleh PAS. Sudah 2 dekad berlalu, UMNO dan BN tetap gagal untuk memujuk pengundi Kelantan menyokong mereka. Banyak tekanan dilakukan, termasuklah isu royalti bagi melemahkan pentadbiran Kerajaan Negeri, tetapi nampaknya gagal.
Setelah lebih 20 tahun BN gagal, adakah metod yang sama harus digunakan untuk memujuk rakyat Kelantan?
Satu perkara utama dalam politik - pernah saya tulis di Kosmo ialah bagaimana kempen negatif akan lebih mudah mempengaruhi pengundi. Orang tidak begitu terpedaya dengan janji manis yang bakal ditawarkan, kerana manusia berpegang kepada apa yang ada sekarang.
Secara teorinya, inilah yang dihujahkan dalam Social Exchange Theory (SET, Blau). Umumnya teori ini mendakwa bahawa orang akan membalas kebaikan apabila mereka diberikan kebaikan. Orang akan berkerja bersungguh-sungguh kalau ketuanya baik, kerana dengan membalas kebaikan mereka akan berasa puas. Sebaliknya, kejahatan akan dibalas dengan keburukan juga.
Satu lagi konsep lain, boomerang effects - semakin ditekan, semakin melawan. Ia hal yang mudah sahaja untuk difahami. Tidak perlu diulas lebih panjang. Saya pernah menulis hal boomerang di blog ini lama dahulu.
Lebuhraya dan Royalti
Mungkinkah lebuhraya dan royalti antara senjata yang boleh digunakan oleh UMNO bagi menawan semula Kelantan.
Dengan begitu banyak sekatan, secara politiknya ia hanya memberikan gambaran buruk mengenai kerajaan BN (baca Pusat). Semua halangan ini akan dijadikan mentera untuk membusukkan lagi imej BN. Sekalipun mungkin PAS juga ada kekurangan di sana sini, tetapi dengan meletakkan semua beban ini di bahu Kerajaan Pusat, ia akan menyebabkan pengundi akan terus memilih PAS.
BN sendiri tidak mempunyai banyak modal untuk menjinakkan pengundi Kelantan. Sekalipun dijanjikan royalti bakal dikembalikan, atau ada pembangunan mega yang bakal dijalankan, sekali lagi - kempen negatif lebih mudah dipercayai. Jadi, kempen negatif mampu mematahkan segala janji positif.
Tidak kisah anda di sebelah mana, kempen negatif akan digunakan untuk menjatuhkan lawan. Kempen positif mengenai diri sendiri hanya sekadar penyedap rasa.
Sebab itulah, Kerajaan Pusat perlu membuat pelaburan.
Mungkin isu royalti bukanlah hal mudah untuk diselesaikan. Bagaimana pun, dengan membina lebuhraya baru menghubungkan Kelantan ke Terengganu atau Perak mungkin sudah cukup untuk memberitahu bahawa kerajaan Pusat bukanlah kerajaan yang menghukum.
Mereka tetap membuat kebajikan sekalipun kepada mereka yang tidak memberikan sokongan.
Sekurang-kurangnya, ia bakal memberikan 'modal' kempen untuk BN di masa depan. Mereka ada sesuatu untuk ditonjolkan.
Sekiranya BN tidak merangka mekanisma yang sesuai, selama-lamanya ia tidak bakal memulangkan Kelantan kepada mereka.
Bagaimana kalau strategi ini gagal?
Tidak mengapa.
Kos yang digunakan untuk menawan semula Kelantan selama ini pun mungkin lebih banyak daripada membina lebuhraya baru.
Keberanian memulangkan royalti kepada Kerajaan Negeri tentulah berisiko tinggi. Seperti biasa, politik ialah risiko, dan pulangannya juga tentu tinggi.
Jika tidak, PAS pula dengan kekuatan yang sedia ada, bakal terus menjadikan Kelantan sebagai sebuah kubu yang tidak bakal diterobos oleh sesiapa pun. BN tidak lebih dilihat sebagai parti yang hanya sekadar menabur janji manis.
Pada akhirnya, politik ialah persepsi manusia. Politik juga ialah kebaikan. Sesiapa yang mampu membawa kebaikan, merekalah yang terus berkuasa. Janji-janji kebaikan hanyalah konsep yang tidak kelihatan. Tetapi menzahirkan kebaikan itulah yang dinantikan oleh pengundi di era baru ini.
Berakhirlah siri Analisis Rumah Sudah Siap Pahat Baru Berbunyi.
Yang Ikut
Wednesday, 8 May 2013
Tuesday, 7 May 2013
Siri Analisis Politik 2: Parti tidak bakal menjadi entiti yang bermakna lagi
Lanjutan dari Siri Analisis Politik 1
Manusia baru - keperluan baharu.
Tidak seperti corak pengundian politik di masa lalu, di mana kejayaan calon ditentukan oleh parti yang diwakilinya, kini nama parti mungkin tidak memberikan kesan besar lagi. Calon ternama boleh kalah di kubu kuatnya sendiri, sekalipun bertarung dengan orang muda sahaja. Malah, yang berjawatan menteri pun boleh tersungkur. Beberapa orang menteri dan 2 orang bekas menteri besar tewas dalam PRU-13 ini.
Walaupun dikatakan bahawa 'tsunami Cina' telah mengubah lanskap PRU-13 ini, aku tidak fikir begitu. Undi di Saluran 1 (yang merupakan pengundi warga emas), seolah-olahnya menggambarkan sekiranya mereka mengundi seorang calon dari parti A di peringkat DUN, mereka juga mungkin bakal mengundi parti A di peringkat Parlimen. Ia bagaimana pun tidak begitu terjadi Saluran 2 - yang rata-ratanya pengundi berusia 40-an. Mereka boleh memilih calon dari parti A di peringkat ADUN, tetapi calon dari parti B di peringkat Parlimen.
Ini bermakna, pengundi generasi baru ini telah memilih calon berbanding dengan parti. Mereka berfikir beberapa kali sebelum membuat keputusan. Mereka tidak lagi taksub tidak tentu arah kepada parti tertentu. Mereka mungkin mengharapkan parti tertentu memerintah negeri, tetapi mengharapkan parti lain menguasai kerajaan persekutuan.
Inilah yang selalu terjadi dalam pemilihan politik di Barat.
Pada masa depan, 10 atau 20 tahun lagi, aku jangkakan bahawa orang tidak lagi fanatik dengan parti. Mereka boleh mengundi sesiapa sahaja. Mereka boleh memilih parti yang mereka rasakan mampu memenuhi kehendak mereka. Mereka tidak lagi peduli dengan nostalgia lama, atau apa yang disirahkan kepada mereka.
Mengapa semua ini boleh berlaku?
Semua ini berlaku kerana golongan baru ini terdedah dengan pelbagai maklumat. Google dan YouTube telah mengubah proses mereka berfikir. Mereka mungkin mempunyai lebih banyak maklumat berbanding dengan calon yang cuba mempengaruhi mereka dengan data dan statistik.
Golongan ini juga mungkin tidak lagi bergantung kepada ceramah untuk mempengaruhi corak pengundian mereka. Sekarang ini pun, fungsi perayu undi kelihatannya tidak lagi penting bagi golongan muda. Perayu undi tidak perlu bercerita panjang tentang seseorang calon. Bagaimana pun, perayu undi mungkin mampu mempengaruhi warga tua yang tidak tahu bagaimana untuk bermain twitters dan facebook.
Perayu undi mungkin berperanan penting di kawasan luar bandar yang pengundinya kurang terdedah dengan Internet. Sebab itulah, banyak isu 'remeh temeh' seperti huru hara dan kacau bilau ini hanya dipercayai oleh orang kampung, tetapi tidak mereka yang tinggal di bandar, atau yang mempunyai pengetahuan. Golongan baru ini juga tidak ambil tahu sekalipun diberitahu bahawa subsidi mereka akan ditarik balik dan sebagainya. Mereka tidak lagi bertani.
Pertembungan Kelas
Kemungkinannya, pertarungan politik pada masa depan ialah di antara masyarakat bermaklumat dengan yang tidak. Masyarakat bermaklumat ini mungkin tidak memerlukan parti untuk menyokong agenda hidupnya. Kumpulan ini terdiri dari kelas pertengahan (middle class) yang merupakan lulusan universiti yang bergaji lebih RM 5000 ke atas.
Golongan ini sekalipun ditawarkan dengan wang BR1M misalnya, mungkin tidak mengubah siapa yang bakal mereka undi. Ini kerana mereka ada keperluan wang yang memadai. Bagaimana pun, sekiranya mereka ditawarkan dengan penurunan cukai pendapatan, harga rumah yang lebih rendah, janji untuk mengurangkan tol atau membasmi jenayah, mereka mungkin berfikir semula. Kebebasan akhbar mungkin tidak penting untuk orang kampung, tetapi sangat penting untuk kumpulan ini.
Mereka ini golongan baru yang berfikiran baru. Inilah yang dikatakan masyarakat berpengetahuan seperti yang dibincangkan oleh Peter Drucker lama dahulu.
Pada akhirnya, apabila orang sudah tidak lagi melayan 'kewujudan' parti, mereka tidak bakal menjadi ahli. Mereka mungkin sekadar pengundi sahaja, dan boleh memilih sesiapa yang mereka suka, atau parti yang mereka rasa mampu membawa mimpi mereka pada satu-satu masa.
Pada waktu itu, parti politik perlu mengupah pakar promosi untuk membantu menjenamakan kempen politik seperti yang banyak terjadi di Barat.
Malah sekarang ini pun, di kawasan bandar bendera parti tidak lagi dipasang oleh ahli parti, tetapi telah dikontrakkan kepada syarikat tertentu. Syarikat ini pula akan memasang bendera sesiapa sahaja yang mengupah mereka.
Bilik gerakan juga kosong di sesetengah kawasan, walaupun peratusan keluar mengundi tetaplah besar.
Bagaimana untuk menjinakkan golongan ini? Itu kerja ahli politik untuk berfikir.

Siri Analisis Politik 1: Rumah Sudah Siap Pahat Baru Berbunyi
Tahniah kepada Barisan Nasional yang menang dalam politik era baru ini. Walaupun kemenangannya tidak besar, dan tidak mampu mendapat majoriti 2/3, tetapi itulah hakikat politik era moden. Di Australia beberapa tahun dulu, Parti Buruhnya perlu menunggu beberapa hari untuk membentuk kerajaan kerana jumlah perwakilannya tidak mencukupi di parlimen. Hanya setelah seorang calon parti bebas menyertainya, barulah kerajaan boleh dibentuk.
Bagaimanapun, tsunami politik kali ini kelihatannya berubah sama sekali. Ia dianggap 'tsunami Cina' yang menunjukkan pengundi Cina tidak lagi memilih BN dan MCA, sebaliknya memilih Pakatan Rakyat, khususnya DAP. Orang Melayu pula umumnya memilih untuk kembali kepada UMNO, kecuali di beberapa negeri dalam keadaan PAS mempunyai pengaruh.
Politik berdasarkan kaum ini dianggap oleh Perdana Menteri sebagai satu kebimbangan.
Mengapa orang Cina memilih DAP dan bukan MCA, dan mengapa orang Melayu kembali kepada UMNO khususnya di Kedah?
MCA sendiri sebenarnya tidak dilihat sebagai parti yang memiliki kesungguhan politik, apabila Presiden partinya tidak bertanding dalam pilihanraya. Jadi, apa diharapkan kepada MCA.
Bagaimana pun, kempen pilihanraya kali ini sangat ketara dengan sentimen perkauman. Di kawasan majoriti Melayu, isu 'huru-hara' telah menjadi modal meraih sokongan. Ia hal yang tidak patut berlaku. Sentimen anti Melayu pula dikatakan berlaku di kawasan pengundi Cina. Jadi apa bezanya?
Semua ini menjadikan politik berdasarkan polarisasi kaum ini telah menjadi satu trend baru politik Malaysia.
Isu kalimah Allah, gereja, murtad dan 'kepala babi' telah menjadi isu dominan media arus perdana sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ia dibungkuskan dengan cara penulisan politik perkauman yang cukup tidak menyenangkan bagi mereka yang berfikir. Terbaru, , Utusan menyiarkan tajuk utama "Apa Lagi Cina Mahu?".
Ia sepatutnya bukan lagi satu cara pemberitaan di zaman maklumat ini. Ia bakal menjauhkan lagi pengundi Cina dengan parti pemeintah. Ia juga bakal merenggangkan hubungan harmoni sesama kaum. Ia sepatutnya ditulis 'Kemahuan orang Cina akan dilihat semula'.
Dengan menukar beberapa patah kata, ia bakal mengubah cara orang melihat dan membaca. Bayangkan kalau suratkhabar Cina pula menulis dengan tajuk yang sama. Bukankah ia akan memburukkan lagi keadaan?
Kewujudan NGO yang mempopularkan ultra Melayu pula menyumbangkan kepada trend perkauman baru. Di kalangan bukan Melayu, mereka juga ada NGO mereka sendiri, yang banyaknya berkisar dengan pendidikan orang Cina. Mereka ini juga memainkan peranan dalam pembentukan politik perkauman.
Kerana kewujudan NGO ini ada pengaruhnya, ia dihimpit pula oleh pemain politik. Tatkala NGO Melayu dikaitkan dengan pemerintah, parti pembangkang pula mendekatkan diri dengan NGO berasaskan etnik Cina.
Sesekali, akan ada berita rusuhan kaum yang kononnya dikatakan berlaku di sana sini. Ia mungkin tidak terjadi secara nyata, tetapi khabar angin liar ini tersebar melalui sms. Misalnya, setahun lalu ada berita kononnya pemuda India bertelagah dengan kumpulan pemuda Melayu di Taiping. Ia mungkin tidak terjadi pun. Tetapi, pesanan sms menakutkan orang ramai.
Inilah yang terjadi beberapa tahun terakhir ini. Akhirnya membentuklah dua blok pengundian. Orang Cina bersimpati kepada parti yang didominasi kaum Cina, dan orang Melayu mula menunjukkan sokongan semula kepada UMNO.
Bersambung siri selanjutnya -
Parti tidak bakal menjadi entiti yang bermakna lagi.
Bagaimana UMNO boleh meraih sokongan rakyat Kelantan dan Selangor

Monday, 29 April 2013
Pilihanraya: Siapa yang bakal menang?
Mungkin tidak ada pilihanraya lain yang lebih menarik minat para pengkaji politik, melainkan pilihanraya yang sedang bakal kita hadapi 5 Mei ini.
Dalam sejarah pilihanraya Malaysia, hanya ada beberapa sahaja pilihanraya yang mungkin dianggap panas. Antaranya tahun 1999 - kerana ia berlaku di celah-celah rasa kecewa banyak pihak kerana DS Anwar Ibrahim dipecat pada tahun sebelumnya, yang melahirkan golongan pro-reformasi. Rata-rata orang muda, dan kumpulan profesional bersimpati dengan Anwar Ibrahim yang dianggap sosok terbaik untuk memperjuangkan reformasi dan keadilan.
Bagaimana pun, BN tetap menang. Tidak ada apa yang berubah.
Pilihanraya tahun-tahun sebelumnya, hanya PAS dan DAP yang dianggap mampu memecahkan homogeni Barisan Nasional. Itupun, dalam banyak keadaan sekalipun BN meletakkan calon tidak mampu menang, partui itu tetap akan mampu menang juga.
Bagaimana pun, PAS di era sebelumnya, masih lagi dianggap parti kampung yang dikuasai oleh golongan agama. PAS pula sering dimomokkan dengan kumpulan anti pembangunan, dan selalu sangat mempromosi hal-hal yang bertentangan dengan idealisme anak muda. Yang banyak dibisingkan waktu itu ialah isu konsert dan hiburan. Isu kafir mengkafir juga menyesakkan.
DAP pula dianggap sangat cauvanism - sangat ke'Cina'an, dan bertentangan dengan jiwa orang Melayu.
Era terbaru - tahun 2004, BN tetap menang besar.
Tahun 2008 - Imej DS Abdullah Ahmad Badawi selalu dipalitkan dengan kumpulan penasihat 'di Tingkat 4' yang entah ada, entah kan tidak. Ia juga nampaknya tidak sehaluan lagi dengan Tun Mahathir - sosok besar untuk BN dan juga negara. Menjadikan BN tidak lagi pilihan terbaik. Ia kalah teruk dan tidak menang besar. Kalah di beberapa buah negeri.
Bagaimana tahun ini?
Walaupun kawan aku - Dr Ben menyatakan sokongannya terhadap BN dengan tema Lain Kalilah, tetapi tema Ini Kalilah yang menjadi mesej Pakatan juga sedikit sebanyak ada kesan terhadap kempennya. Politik adalah seni mempengaruhi.
Walaupun idea gabungan antara parti-parti dalam Pakatan tidak semestinya tidur sebantal mimpi bersama, tetapi dengan kemampuan mereka menguasai beberapa buah negeri, setidak-tidaknya mereka mempunyai sumber kekuatan yang cukup untuk berkempen.
Undi anak muda mungkin bakal menjadi penentu pilihanraya kali ini. Anak muda, dalam apa juga zaman pun, mereka akan selalu bersikap menentang apa yang ada sekarang. Ia sifat biasa. Mereka ini tidak akan peduli dengan apa mesej sekalipun. Kerana anti apa yang ada sekarang ialah imej 'cool' anak muda. Sebab itulah, anak muda selalu berasa 'cool' kalau boleh merokok di belakang bangunan sekolah, atau melompat pagar di waktu malam.
Siapa yang bakal menang? Ini persoalannya.
Kalau ditanya aku - seperti mana tidak ada jalan mudah untuk BN, ia juga bukan jalan senang untuk Pakatan.
BN menguasai media perdana, manakala media alternatif pula dikuasai Pakatan.
Tetapi, tidak ada sesorang pun yang tahu siapa yang mampu membeli hati manusia.
Pengundi selalu bakal menjadi raja dalam keadaan tidak menentu ini.
Selamat mengundi. Pilihlah sesiapa yang anda rasakan mampu memberikan anda kebaikan dan mampu melunaskan mimpi anda.

Thursday, 18 April 2013
Adelaide I
![]() |
| Ia ketika hari Ahad. Supian, teman baik aku membawa aku ke ladang epal. Macam-macam buah ada. |
Wednesday, 10 April 2013
Tunggu aku Adelaide
Apa khabar Adelaide - kota kecil yang sepi. Ia kota yang aman tanpa bangunan pencakar langit dan bebas hangit asap kenderaan. Ia kota yang menyenangkan. Sesekali kita melihat itik belibis berenang siang di Sungai Torrent, sama indahnya melihat biru langit di bawah sinar matahari yang garang.
Di musim luruhnya, dauh-daun mula berguguran mengingatkan hayat kita yang tidak akan bertambah panjang. Bunga-bunga yang mekar mengingatkan kita warna hidup yang sesekali resah, sesekali meriangkan. Di musim dinginnya menjadikan hidup ini terasa begitu panjang. Membungkus di bawah selimut adalah nikmat terindah. Musim panasnya menginsafkan kita bahawa neraka tentu sangat memeritkan. Apalah sangat panas di dunia ini.
Hah, Adelaide hanyalah kota batu lama. Dikelilingi pohon hijau yang cantik. Ia bertukar rupa setiap kali musim berubah. Bukitnya yang memanjang dan berliku ialah pengalaman perjalanan yang sangat menyeronokkan.
Apa pun Adelaide, ia hanya kota tamadun manusia. Ia tidak ada apa-apa tanpa warga manusianya.
Nizam - temanku yang semakin tua - memburuh sekian lama di sana. Dia antara manusia yang tetap ada di sana. Ia tidak pernah berubah sekalipun musim bertukar. Ia tidak pernah bertukar sekalipun warga Malaysia pelajar datang dan pulang. Dia tetap ada di situ. Dia berjuang dengan caranya.
Adelaide, sudah lama aku tidak bercerita. Sudah lama aku kehilangan kompas jalannya. Sudah lama kita tidak menyapa mesra.
Tunggu aku Adelaide. Nanti kita menyapa lagi di Aroma Cafe sambil menghirup secawan kopi. Kita ceritakan kisah lelahku. Kita ceritakan lagi kisah hilangku. Kita berbual panjang tentang hiruk pikuk Kuala Lumpur yang kian ditenggelamkan cerita sakit hati dan lara manusia.
Tunggu aku Adelaide.
Masih ada lagikah gadis penjual sayur itu?

Saturday, 6 April 2013
Reviews paper: not too bad
Hari ini aku menerima penilaian makalah. Ia antara gembira dan tidak. Kalau diterima, ia mungkin antara kejayaan aku terbesar abad ini, sebab ia jurnal yang besar. Kalau tidak, hidup ini seperti ini juga.
-----------------------------
Dear Dr. Idris:
The reviews of your paper, XXXX to my office. I am sorry to inform you that the Journal of Occupational Health Psychology is not able to publish this study in its current form.
However, because it is possible that many of the problems cited in the reviews could be addressed in a major revision, and given the interest expressed by the reviewers, we would consider a re-submission. You should consider preparing a revision only if you are confident that you can address all of the comments and criticisms detailed in the reviews. The reviewers' concerns and a number of constructive recommendations are clearly described in the reviews, so I will not reiterate them individually.
If you undertake a revision, please send the electronic version of the revised manuscript* to our editorial office, along with a cover letter in which you indicate how you have responded to each of the reviewers' criticisms. In order to facilitate locating your changes in the revised text, please indicate them in the text by using a red font. We shall then arrange for it to be re-reviewed as promptly as possible. As a matter of policy, any manuscript returned after a delay of more than two months will be treated as a new submission. Of course, you may contact me directly if there are reasons why more time is needed to complete the revision. Thank you for giving us the opportunity to consider your paper.
Sincerely,

Thursday, 4 April 2013
Gema pilihanraya bermula
Sudah lama aku tidak mengundi. Bukan protes. Bukan juga tidak berdaftar.
Tahun 2008 aku di Adelaide. Tiada pula kedengaran ujudnya undi pos waktu itu seperti warga Indonesia.
Pilihanraya sebelumnya aku di Jakarta. Tiada juga kedengaran ada undi pos waktu itu.
Jadi kedua-dua kalinya, aku tidak mengundi.
Undi aku mungkin ada harga. Mungkin juga tidak berguna.
Untuk PRU kali ini, aku cuba untuk membuat liputan (kalau sempat).
Bagaimana pun, liputan aku mungkin tidak merangkumi gosip atau khabar politik.
Aku hanya ingin merakamkan gambar bendera, poster atau apa sahaja imej yang ada hubungkait dengan pilihanraya sahaja. Ia mungkin bakal menjadi rakaman senario politik masyarakat.

Wednesday, 3 April 2013
Anda sokong siapa?
Parlimen sudah dibubarkan. Ramai peminat politik sedang rancak meramalkan siapa yang bakal menang dan siapa yang bakal kalah. Penyokong parti mula bersiap sedia dengan cakap-cakap politik. Ia bakal mengasapkan lagi kopi panas di kedai kopi. Pemimpin politik - baik yang berada di atas, atau yang berada di bawah, mula merangka strategi kempen.
Anda menyokong siapa?
Sebenarnya, ia tidaklah begitu penting. Anda boleh menyokong sesiapa sahaja. Anda boleh memuji calon parti yang anda suka, dan mencela calon yang anda tidak suka. Ia hal biasa setiap kali tiba musim pilihanraya.

Friday, 29 March 2013
Apa itu Stockholm Syndrom?
Sibuk. Tidak sempat update.
Baca ini sahaja.
Sunday, 24 March 2013
Apa aku kata?
Ditemuduga wartawan NST.
Apa aku kata.
Baca di sini
Wednesday, 20 March 2013
Warna hidup
Hidup ini berwarna warni bukan?
Ada masanya kita ketawa walau terluka. Pada hari yang lain kita menangis walau gembira. Sesekali kita sukakan seseoran yang membenci kita. Ada pula saatnya kita bencikan seseorang yang menyukai kita.
Ada hari yang kita harapkan hujan, tetapi panas mencengkam. Ada hari kita harapkan panas, tetapi hujan pula menghalang. Itulah hidup. Kita memiliki sesuatu, kita juga kehilangan sesuatu. Kita merasa perit sesudah menikmati keindahan. Kita menghirup nyaman sesdah berhempas pulas dengan derita.
Akhirnya, itulah keindahan. Itulah warna cerita kita.
Kalau kita mampu menikmati apa yang kita idamkan, apakah lagi yang boleh kita maknakan sebagai keindahan.
Ia menjadi ruang yang serba bosan.
Bersyukurlah dengan apa yang telah terjadi. Berharaplah dengan apa yang bakal terjadi.
Moga-moga ia menjadikan hidup kita lebih berwarna warni.

Wednesday, 13 March 2013
Maaf
Di kampung. Beberapa hari yang sesak.
Ahad dan Isnin lalu, aku memberi bengkel di Kolej Komuniti Sungai Petani. Terima kasih kepada penganjur dan peserta. Orangnya peramah dan baik-baik belaka. Banyak daripada mereka ini kaki rokok seperti aku juga.
Petang Isnin, aku bertolak ke Pulau Pinang. Agendanya untuk memberi bengkel di USM.
Check in di sebuah hotel yang aku terlupa namanya. Jam 2 pagi, telefon berdering. Kakak aku yang sudah lama mengidap barah hati kembali ke rahmatullah. Hati tidak berbelah bagi. Nak kena balik juga pagi itu. Tetapi, sukarnya siapa pula yang hendak memberi bengkel besok hari.
Jam 5 pagi aku kejutkan pelajar aku Yulita dan Fiza. Aku katakan mereka perlu ganti aku memberi bengkel. Pesertanya pula tidak semua pelajar, termasuk pula pensyarah yang ada PhD. Membatalkan bengkel bukan jalan terbaik. Ia menyusahkan orang lain.
Jam 5.30 pagi aku memecut balik ke kampung.
Aku tidak tahu sejauh mana orang boleh menangkap apa yang Yulita dan Fiza ajarkan. Tetapi, akhirnya itulah pengalaman terbaik dalam hidup mereka. Hidup aku juga. Bukan semua pelajar boleh mengajar pensyarah. Hidup ini banyak perkara tak terduga.
Perkara terbaik ialah keberanian mereka mengajar. Ia ilmu yang tidak dimiliki semua manusia.
Bengkel yang lain pada Sabtu minggu ini juga terbatal. Tidak sempat.
Beberapa kuliah aku yang lain juga terbatal.
Hidup ini padang dugaan. Hidup ini tidak pernah terduga.
Maaf untuk mereka yang terlibat.
Kalaulah kita boleh mengulangnya semula.

Wednesday, 6 March 2013
Beginilah caranya
Sudah berhari-hari aku menunggu dengan penuh gelisah, cemas dan marah.
Aku bertanya-tanya apa kesudahannya. Aku jadi tidak keruan memikirkannya.
Aku manusia biasa, tidak tahu bermain senjata. Apatah bertempur di padang perang.
Hari ini, sesudah fajar itu -walau apa sahaja yang mungkin terjadi pada fajar yang lain, aku patut berkata "BEGINILAH CARANYA'.
Inilah caranya kita patut menjaga negeri dan tanahair ini. Jangan membiarkan rakyat gelisah. Jangan biarkan ada lagi darah yang tumpah, dan air mata yang jatuh.
Banyak berkata-kata tidak mengubah apa-apa.

Tuesday, 5 March 2013
Kunak dari mata hati saya
Nama Kunak sudah lama hilang tenggelam di hati saya. Ia sesekali sahaja datang. Pertama kali saya mendengar nama Kunak ialah ketika saya masuk universiti. Seorang teman baik saya, seorang jejaka Bugis sama-sama mengambil kursus psikologi di UKM sekitar tahun 1992-1996 dulu berasal dari Kunak. Selepas keluar universiti, hanya beberapa tahun sekali saya akan menghubungi teman saya ini. Saya jarang menghubunginya kerana dia pulang ke negerinya, dan saya pula berkelana di merata tempat.
Bagaimana pun, teman baik saya ini tetaplah menjadi teman saya. Dahulu, ketika di universiti saya selalu melepaskan penat di biliknya. Sesekali saya membawanya melakukan kutipan data, kerana dia tidak tahu memandu motosikal.
Terakhir kali saya bertemu teman saya ketika saya ke Kota Kinabalu tahun 2009. Dia kini seorang pensyarah universiti.
Sekarang pun, saya tidaklah begitu kerap menghubunginya. Hanya sesekali. Beberapa hari dulu, saya menghubunginya lagi melalui sms melihat kepada berita keganasan yang berlaku di negeri bawah bayu itu. Saya kembali mengingatinya kerana Kunak antara kawasan yang selalu disebut di media massa sekarang ini. Saya tidak tahu apa yang berlaku di sana. Saya harap semuanya baik.
Walaupun saya tidak begitu tahu dengan jelas di mana letaknya Kunak dulu, kini saya kian tahu lokasinya. Ia ada di hujung sebelah bawah di negeri Sabah. Dulu, saya membayangkan Kunak sebuah bandar kecil yang menghijau, sejuk dan berbukit bukau. Saya merasakan begitu kerana saya tidak pernah ambil tahu lokasinya. Sekarang, baru saya tahu lokasinya tidak jauh dari laut.
Cuma saya berasa agak ralat saya cuma menerokai bandar Kunak beberapa hari ini sahaja. Itupun melalui internet. Saya sepatutnya pergi bercuti ke sana dahulu. Sekarang ini, ia menjadi lokasi yang entah bagaimana perasaannya. Saya harap teman saya bersabar. Walaupun dia tidak menetap di sana, tetapi tentulah ahli keluarganya ada di sana.
Kunak - saya harap ia tetap bandar yang menghijau, berbukit bukau dan dingin seperti yang digambarkan dalam mata hati saya. Saya harap ia kekal sepi dari cemas dan gelisah.

Monday, 4 March 2013
Ini bukan sandiwara
Banyak pemain politik menyatakan apa yang sedang berlaku di Lahad Datu dan beberapa kawasan lain di Sabah sekarang ialah sandiwara.
Inilah masalahnya apabila kuasa sudah mengelabui mata. Masing-masing tuduh menuduh. Ia ibarat kapal yang sedang karam. Setiap orang sedang bertekak mencari siapa yang membocorkan kapal. Akhirnya, dalam keghairahan untuk mendapat untung dan populariti, kapal yang sedang karam terdampar di dasar laut.
Waktu itu tidak ada gunanya lagi.
Berhentilah. Tugas utama sekarang ialah menampung lubang yang bocor.
Tugas ahli politik ialah berkerjasama dengan rakyat meredakan keadaan. Kita mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan apa yang telah terjadi, dan apa yang bakal terjadi.Tidak kisahlah dari parti mana sekalipun. Ia sama sahaja. Tugas menjaga negara milik kita semua.
Tidak ada gunanya kuasa kalau kita sudah tidak ada apa-apa lagi. Tidak ada gunanya menang pilihanraya kampung tergadai. Tidak ada gunanya berpilihanraya kalau setiap hari ada sahaja kisah luka untuk diceritakan.
Ia bukan sandiwara. Ia juga bukan masanya mencari populariti.
Bila semuanya selesai, nanti kita bergaduh lagi. Tetapi bukan sekarang.

Friday, 1 March 2013
Terima kasih
Tengahari tadi, tamatlah Siri 1 Young Talents aka Program Melatih Pelajar Mengajar.
Terima kasih kepada yang datang, termasuk dari jauh. Terima kasih juga kepada Yulita, yang mengajar statistik AMOS. Harap semua mendapat manfaat.
Tunggu Siri 2. Aku pun tidak tahu apa jenis statistik yang akan diajar pula.
Inilah sepatutnya PhD. Ia bukan sekadar mengkaji dan menulis. Anda patut berupaya memiliki semua kemahiran intelektual yang diperlukan.
Kami semua sedang menjadi tua. Mustahil kami boleh mengajar lagi kalau sudah berjalan bongkok dan memegang tongkat. Anak-anak muda inilah yang bakal melaksanakan tugas itu nanti.
Terima kasih.

Monday, 25 February 2013
FakirFikir tour dates
Aku akan berada di beberapa tempat Mac 2013 ini.
Ia program 'talk' research dan statistik.
Sesiapa yang tidak ada kerja, boleh datang minum kopi dengan aku selepas pukul 5 petang. Aku tidak boleh menjemput pembaca hadir ke dalam program berkaitan kerana aku juga dijemput.
10 & 11 Mac di Kolej Komuniti, Sungai Petani.
12 Mac di USM.
16 Mac di Fakulti Pendidikan, UM.
21 Mac di KUIM, Melaka.
9 April di UiTM, Shah Alam.
Sesiapa yang ada di kawasan berdekatan, yang sekadar untuk bertanya hal penyelidikan, kita boleh cari kedai kopi terbaik untuk bersembang-sembang.

PhD: Metodologi atau topik?
Mana yang patut diketahui terlebih dahulu, topik atau metodologi? Tanya seorang pelajar.
Ia soalan yang saling berkait. Ia seperti bertanya apa yang patut kita miliki terlebih dahulu, buah tembikai atau pisau. Kalau buah tembikai ialah topiknya, metodologi itulah pisaunya. Buah tembikai tanpa pisau untuk memotong menjadikan buah tadi mungkin hancur terburai. Pisau tanpa ada benda hendak dipotong mungkin tidak berguna juga.
Bagaimana pun, dengan pisau yang baik, kita boleh memotong banyak perkara. Tidak hanya buah tembikai, tetapi juga daging dan ikan. Semakin tajam pisau yang kita ada, banyak perkara yang boleh kita lakukan. Semakin banyak pisau yang kita ada, semakin banyak buah yang boleh kita kupas.
Sebagai pengkaji, tidak hanya buah sahaja yang patut menjadi topik tumpuan kita. Kita sesekali mungkin cuba mencari jalan lain yang lebih baik. Kita mungkin berkata bahawa pisau yang sedia ada, yang banyak diguna orang mungkin tidak relevan. Kita boleh mencadangkan agar pisau jenis lain pula yang patut digunakan untuk memotong buah tembikai.
Dalam konteks seperti ini, topik kajian kita tidak lagi tertumpu kepada buah, tetapi pisau. Ini hal yang jarang diambil kira dalam banyak kajian kita. Misalnya, kalau kita katakan kajian mengenai pelajar sekolah selama ini hanya berkisar kepada soal selidik, adakah tidak mungkin kalau kita gunakan kaedah experimen. Kita boleh berhujah bahawa sekalipun keputusan yang ditemui dalam banyak kajian selama ini sebenarnya hanya menggunakan kaedah survey. Dapatan berbeza mungkin diperolehi kalau menggunakan experimen.
Trend penyelidikan sains sosial sekarang sebenarnya tidak lagi berkisar hal topik atau responden. Tetapi banyak daripadanya telah berubah kepada penghujahan berkaitan metodologi. Kaedah diari misalnya, antara kaedah yang klasik dan telah hampir dilupakan. Mutakhir ini, ia nampaknya muncul kembali dalam banyak jurnal besar.
Kenapa? Sebab kelihatanya ia mampu mengulas isu 'dyad' dan menapis isu 'common-methods variance".
Begitu juga dengan cara mengutip data pada peringkat individu. Banyak pengkaji terkenal sudah mempertikaikan masalah data tahap individu. Mereka ini mempopularkan kaedah multi-level pula.
Jadi, isu topik sebenarnya sudah tidak menjadi perdebatan yang hangat. Metodologi itu sendiri sudah boleh menjadi satu 'kelompangan' kajian yang boleh diterokai.
Itulah juga memungkinkan seseorang boleh dianggap sarjana atau tidak.

Saturday, 23 February 2013
Macam mana nak tulis?
Siapa yang berminat untuk workshop 'Macammana nak menulis?', boleh join.
TERBUKA UNTUK PELAJAR SAHAJA.
Dianjurkan Persatuan Postgrads Fakulti Pendidikan, UM.
Tarikh:16 Mac, Sabtu, 9 am-12pm.
Fasilitator: FakirFikir.
Bayaran: Sedikit token mungkin diminta oleh Persatuan pelajar terbabit.
Mode: Informal/hands-on.
Nota: Ia spesifik untuk menulis akademik.
Hubungi email untuk keterangan lanjut. Kekosongan tempat bergantung kepada kouta penganjur.

Friday, 22 February 2013
Dera kanak-kanak: bagaimana kita?
Penderaan kana-kanak menjadi isu global.
Kita mungkin merasa benci melihat ada orang yang mendera anak-anak. Kita merasa mereka sangat kejam. Ada yang diseterika. Ada yang dicucuh puntung rokok. Ada yang dilambung. Pelik dan ajaib. Dalam dunia ketika orang sedang bercakap ketamadunan, masih ada lagi orang berhati binatang.
Hakikat yang mungkin kita tidak tahu, kita mungkin salah seorang daripada mereka.
Baca di SINI.

Subscribe to:
Posts (Atom)