Seorang teman merungut bertanya mengapa pelajar pasca-siswazah sekarang sepertinya tiada 'aura'? Dalam erti kata yang lain, kurang kualiti kesarjanaannya.
Aku diam. Aku tidak pasti apakah yang harus aku jawab. Yang bertanya itu bukanlah lulusan universiti juga pun. Bagaimana dia mendefinisikan kesarjanaan juga tidak pula diberitahunya.
Tetapi, bukanlah bermakna untuk menjadi sarjana harus masuk universiti. Banyak ilmuan silam yang menulis kitab yang tinggi ilmunya, dibahas manusia hingga ke akhir zaman bukanlah lulusan universiti. Tetapi mereka mungkin mendapatkan ilmu dengan cara yang lain. Mereka ada puluhan guru.
Dunia hari ini, kita dikeceramukkan dengan teknologi dan 'online'. Jari kita boleh mendapatkan sejuta maklumat dalam masa beberapa minit sahaja.
Tetapi maklumat tanpa pemikiran bukanlah kesarjanaan. Tauke kedai runcit ada jutaan maklumat mengenai harga barang, dan turun naik harga barang. Belum tentu dia seorang sarjana juga.
Seorang teman aku di kampung - hanyalah tauke bengkel perabut. Tetapi dia boleh membahaskan banyak ilmu. Dia membaca begitu banyak. Dia tahu banyak perkara, tetapi yang lebih utama dia mampu berfikir di luar kotak daripada apa yang diperolehinya daripada satu-satu maklumat.
Mungkin itulah sifat kesarjanaan.
Mengapa pelajar kita ada yang tidak sampai ke tahap itu? Mereka tidak sampai ke tahap pembahasan ilmu bagi bidang mereka.
Jawapannya mudah. Mereka kurang membaca, menaakul dan berfikir. Mereka mungkin diasak oleh penaja atau organisasi untuk mendapatkan sekeping PhD atau ijazah sarjana. Semuanya mesti cepat. Jadi, mereka melakukan jalan pintas. Cara paling mudah balik apa yang dikatakan orang lain.
Kalau mereka berbahas hal teori, katakanlah - cuba kita bertanya mereka mengapa mereka patut percaya dengan teori yang mereka pakai? Mengapa tidak menggunakan teori lain?
Ada yang tidak boleh menjawabnya. Ini bermakna tidak berlaku proses penaakulan.
Mereka tidak menggelintar maklumat lain yang setara ddalam bidang atau topik mereka. Ini menjadikan mereka tidak boleh menjadi sarjana yang besar.
Adakah aku seorang sarjana?
Tidak juga. Aku juga seperti orang lain.
Aku juga bukan seorang yang ada kesarjanaan. Tetapi aku cuba membaca apa sahaja yang boleh digapai. Dan berfikir sedikit mendalam. Sesekali aku gagal. Sesekali aku berjaya. Adakalanya aku pernah jatuh sakit.
Banyaklah membaca. Bacalah dengan banyak.
Yang Ikut
Tuesday, 19 February 2013
Monday, 18 February 2013
Program Khidmat Komuniti
UPDATE: DAH PENUH! TUNGGU SIRI SELANJUTNYA.
Salam,
Salam,
Sebagai sebahagian daripada khidmat komuniti, saya akan menganjurkan program seperti berikut.
Program: Structural Equation Modelling using AMOS
Tarikh: 1 Mac 2013/ 9-30am -12.00 pm (Jumaat)
Maksimum peserta: 10 orang sahaja (Cuma ada 4 kekosongan sahaja lagi).
Trainer: Yulita (PhD candidate in Work Psychology, UM)
Mode: Hands-on
TERBUKA UNTUK PELAJAR SAHAJA
Ia juga merupakan sebahagian daripada cara saya membantu pelajar pasca-ijazah meningkatkan kemahiran mengajar mereka kepada ahli masyarakat. Bagaimana pun, saya akan membimbing pelajar/peserta berkenaan ketika kelas berjalan.
Secara dasarnya, bengkel ini diberikan secara PERCUMA. Bagaimana pun kami mengalu-alukan sekiranya pihak Tuan/Puan untuk menyumbangkan RM30 sebagai bantuan untuk pelajar ini mendapatkan dana bagi tujuan penyelidikan mereka.
Keperluan:
Sila bawa notebook yang telah diinstall SPSS dan AMOS bersama.
Sekiranya anda tidak mempunyai notebook, kami akan menyediakan komputer, bagaimana pun jumlahnya sangat terbatas.
TERBUKA KEPADA SIAPA YANG CEPAT SAHAJA, DAN BERGANTUNG KEPADA KEKOSONGAN
Saturday, 16 February 2013
Menulis seperti memasak
Menulis sebenarnya bukanlah hal yang sukar. Ia seperti memasak.
Setiap yang bernama penulis, biasanya sudah menyusun alir penulisannya di dalam otak mereka. Ini bagi mereka yang menulis buku atau novel. Mereka sudah tahu apa yang hendak dimula, dan apa yang akan berakhir. Mereka tahu apa yang akan ditulis di bab 1, dan apa yang akan ada di bab terakhir. Ia mungkin hanya sekadar bayangan sahaja.
Dalam psikologi, ia dinamakan 'schema', atau skema. Ia disusun dalam bentuk 'chunking' atau 'cluster'.
Masalah bagi kebanyakan orang ialah masa. Inilah yang sebabkan seseorang itu tidak boleh menulis.
Bagaimana pula dengan penulisan akademik?
Ia lebih mudah. Ia bukan imaginasi. Ia bukan hayalan. Aliurnya sudah ditentukan.
Apa yang menjadi masalahnya. Masalahnya ialah kebanyakan penulis tidak tahu 'flow' yang sepatutnya.
Seperti seorang tukang masak, penulis sudah tahu langkahnya. Mereka sudah tahu bila masa akan diletakkan minyak, bawang, ikan dan beberapa kali ikan perlu dialihkan. Tidak boleh dimasukkan ikan dahulu, kemudiannya baru diletakkan minyak. Ia akan menjadi hal yang pelik.
Dalam tulisan akademik, sebenarnya pada setiap perenggan sudah ditetapkan apa yang patut ditulis dahulu. Cuba anda membuka jurnal, dan lihat flownya. Lihat persamaan flow dan rentaknya. Apa yang sama? Nota: Jangan membuka jurnal kelas bawahan, ia tidak mempunyai flow yang sewajarnya. Mereka meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.
Inilah asas yang patut dipelajari.
Keduanya, ialah ilmu berhujah. Ia memerlukan penulis tahu di sisi mana mereka berada. Dengan ini barulah mereka tahu bagaimana menulis secara analitikal. Kalau penulis tidak ada 'stand', kita akan menulis balik apa yang ditulis orang. Banyak penulis hanya mengulang balik apa yang telah ditulis, tanpa tahu bila saatnya harus dipuji atau dikritik, atau bersikap neutral. Sebab itu, tulisan seperti ini ialah tulisan yang kaku. Tulisan seperti ini ialah tulisan yang tiada roh.
Bagaimana untuk menjadikan sesebuah tulisan ada 'roh'?
Datanglah kelas.

Friday, 15 February 2013
I want to be a writer
'I want to be a writer'
Anda yang membacanya mungkin tidak akan berbuat apa-apa. Anda akan terus menangis berhari-hari. Pasaraya Mydin akan kosong ketiadaan pelanggan.
Ia bakal diterjemahkan ke dalam semua bahasa utama dunia. Malah, penduduk orang asli di Australia pun melakukan demontrasi di depan Kedutaan Malaysia di Canberra agar novel ini diterjemahkan ke bahasa Pitjantjara, bahasa yang hampir pupus.
Ia sepatutnya bertajuk Novel tak sudah!
-----------------------
Itulah karya novel yang diberikan oleh seorang pelajar setelah selesai aku mengajar mereka menulis. Aku belum membacanya lagi. Tidak juga pasti sama ada aku mampu membacanya. Sudah lama aku tidak membaca novel. Mataku sudah tua untuk membaca novel. Aku juga tidak membaca apa pun lagi.
Apa istimewanya novel ini?
Istimewanya, novel ini diberikan sendiri oleh penulis buku ini.
Selama ini aku sangka akulah yang paling pandai menulis. Rupanya tidak. Rupanya yang duduk dalam kelas aku, dalam kelas mengajar hal tulis menulis itu pula ialah seorang penulis yang bernama Ummu Hani.
Di kulit buku itu, tercatat bahawa penulis telah menulis 9 buku, 10 skrip drama dan 40 buah cerpen. Hebat bukan penulis muda ini. Beliau bukan sebarangan orang. Aku bimbang, nanti dia menulis cerita tentang aku pula. Aku sudah berangan-angan untuk mendapatkan seorang peguam dan akauntan untuk membincangkan hal royalti.
Antara novelnya yang lain ialah Baromkeh: Matamu di Mataku dan Catatan Hati Nik Nur Madihah. Ada yang beberapa kali diulang cetak. Anda patut mencari dan membacanya.
Kecuali aku, sebahagian daripada pembaca blog ini yang merajinkan diri membaca novel mungkin tahu mengenai novel-novel ini. Aku memang tidak mampu bersekang mata dan hati membaca novel. Aku menjadi sangat malas.
------------------------------------------
Tunggulah. Nanti aku juga akan menulis seperti ibu muda ini. Aku akan menulis novel yang lebih hebat daripada novel The Stranger tulisan Albert Camus. Ia antara novel yang aku suka membacanya. Itupun ketika aku masih muda dulu.
Tunggulah. "Cinta tak sudah" - Novel cinta yang akan membuatkan tanahair kita ditenggelami air mata. Burung yang terbang jatuh ke tanah. Bintang bertaburan kehilangan galaksi. Pasangan bercinta tidak lalu makan beratus hari. Ia novel cinta paling masyur abad ini. Ia bakal mengalahkan cerita Sangam yang masyur itu.
Hebatnya novel aku nanti, melihat kulitnya sahaja orang sudah menangis, belum lagi kalau membacanya. Malah, orang yang buta pun akan membelinya untuk menghidu halamannya sahaja.
Hebat dan agung sekali karya aku nanti.
Ia akan membuatkan peniaga yang menjual tisu pening kepala.
Hebatnya novel aku nanti, melihat kulitnya sahaja orang sudah menangis, belum lagi kalau membacanya. Malah, orang yang buta pun akan membelinya untuk menghidu halamannya sahaja.
Hebat dan agung sekali karya aku nanti.
Ia akan membuatkan peniaga yang menjual tisu pening kepala.
Anda yang membacanya mungkin tidak akan berbuat apa-apa. Anda akan terus menangis berhari-hari. Pasaraya Mydin akan kosong ketiadaan pelanggan.
Ia bakal diterjemahkan ke dalam semua bahasa utama dunia. Malah, penduduk orang asli di Australia pun melakukan demontrasi di depan Kedutaan Malaysia di Canberra agar novel ini diterjemahkan ke bahasa Pitjantjara, bahasa yang hampir pupus.
Sebagaimana tajuknya, teruslah menunggu. Ia hanya anganku yang tak sudah. Ia akan hanya menjadi novel yang tak akan tersudahkan.
Aku mungkin mati dahulu sebelum novel ini disiapkan. Malah, anda juga mungkin sudah terlalu tua untuk membaca novel cinta ini. Sehingga saat ini, aku belum pun menulisnya lagi.
Ia hanya angan aku sahaja - I dream to be a writer! Aku tak akan mampu menjadi penulis novel.
Aku mungkin mati dahulu sebelum novel ini disiapkan. Malah, anda juga mungkin sudah terlalu tua untuk membaca novel cinta ini. Sehingga saat ini, aku belum pun menulisnya lagi.
Ia hanya angan aku sahaja - I dream to be a writer! Aku tak akan mampu menjadi penulis novel.
Ia sepatutnya bertajuk Novel tak sudah!
Saturday, 9 February 2013
Kepuasan ahli akademik
Satu hari aku bertanya kepada pelajar aku, "Apakah yang yang paling menyeronokkan hidup sebagai pensyarah?". Mereka memberikan beberapa jawapan. Semuanya tidak betul.
Aku katakan: "Aku sangat merasa puas kalau pelajar aku menjadi pandai, dan lebih baik dari kebanyakan orang'.
Ia kepuasan yang sangat indah.
Sekarang ini, beberapa orang pelajar aku sudah boleh menjadi mentor kepada orang lain, bahkan kepada pelajar ijazah tinggi juga. Mereka ini boleh mengajarkan orang lain hal statistik.
Setiap kali kalau aku terserempak dengan mereka yang sedang mengajarkan pelajar lain tentang statistik, aku merasa itulah antara keindahan seorang ahli akademik. Sekurang-kurangnya kita tahu, kita sudah memberikan manfaat kepada pelajar kita. Pelajar kita pula memberikan manfaat kepada orang lain.
Bayangkanlah guru yang mengajar kita di sekolah rendah? Mereka ini antara manusia terhebat yang sering kita lupakan.
Sekarang ini, selain melakukan pekerjaan rutin sebagai pengajar, aku sedang merangka program melatih pelajar menjadi pengajar. Mereka akan memberikan latihan statistik kepada pelajar yang memerlukan. Aku masih akan berada di dalam kelas, kerana aku perlu mengajar mereka bagaimana untuk mengajar.
Untuk Siri 1 ini, kami akan mengadakan Bengkel AMOS. Kemungkinannya di hujung Februari nanti. Ia bakal dikendalikan oleh pelajar PhD aku, Yulita. Siri berikutnya ialah HLM. Tarikhnya belum dipastikan. Pengajarnya juga belum dipastikan.
Anda yang berminat boleh datang. Seperti biasa, hubungi aku dulu. Anda berkemungkinan diminta untuk membayar sedikit 'token' bagi membolehkan mereka membiayai penyelidikan mereka.

Thursday, 7 February 2013
PhD: Siapakah yang bakal membantu anda?
Sejak balik ke Malaysia, aku rasa kehidupan aku tetap juga sibuk. Sepanjang tempoh ini juga, kecuali dua kali, tidak pernah aku memakai tali leher. Kali pertamanya ketika aku menang anugerah di Australia. Kali kedua ketika aku menghadiri konvokesyen. Selebihnya aku seperti ini juga.
Banyak yang aku belajar sejak balik ke Malaysia.
Antara isu utamanya ialah bagaimana mendidik anak muda kita di universiti menjadi 'real scholar'. Ia hal yang tidak susah, tetapi tidak mudah.
Pelajar pasca sarjana muda sekarang dipaksa untuk menerbitkan jurnal yang tersenarai di ISI. Ada universiti yang memberikan wang imbuhan bagi setiap penerbitan. Ada pula jabatan khusus untuk mengedit bahasa Inggeris kepada mereka yang lemah bahasa. Ada juga program lonjakan, seperti Bright Sparks yang menawarkan pelajar dalam kategori ini dengan biasiswa yang banyak. Mungkin lebih mahal dari gaji sebulan seorang pegawai tadbir yang baru lulus ijazah.
Bagaimana pun, aku terkesan satu isu besar. Ia hal yang perlu ditangani.
Sekalipun banyak ganjaran, dan sekalipun banyak paksaan, siapa pula yang boleh menjadi mentor untuk mereka menulis dan membiasakan diri dengan penyelidikan berkualiti? Ini hal yang sangat merunsingkan. Sekiranya penyelia mereka sendiri tidak menerbitkan makalah di jurnal ISI, tidak terbiasa dengan tipu helah penerbitan antarabangsa berstatus ISI, bagaimana mereka boleh tahu bahawa sesuatu penyelidikan itu akan mampu diterbitkan?
Pelajar dalam kategori ini biasanya akan tertekan. Siapa yang bakal menjadi pembimbing mereka.
Memang, aku sendiri ada beberapa siri program untuk membantu pelajar ini. Walaupun tidak semestinya kajian mereka akan diterbitkan, sekurang-kurangnya aku mengajar mereka jalannya. Bagaimana pun, aku tidak mampu mengajar semua orang dan mengajar setiap hari.
Saranan-saranan pensyarah agar pelajar menggunakan 'convienience sampling' dan jangan menggunakan kajian longitudinal adalah antara suara yang selalu aku dengar. Ini semua adalah saranan yang menjadikan sesuatu kajian itu tidak akan diterbitkan.
Belum lagi termasuk dengan budaya tidak menggalakkan tradisi berfikir. Semua orang diasuh untuk akur dengan telunjuk. Biasanya mereka ini juga sebenarnya tidaklah memiliki reputasi sebagai sarjana besar.
Jadi apa kesudahannya.
Ada seorang dua yang pandai, tidak pula mahu membantu. Kami berkerja dalam dunia yang sibuk.
Jadi alasan sibuk menjadikan pelajar tidak dibantu dengan baik. Kata orang, dunia penyelidikan sarjana dan PhD ini ialah dunia 'berdikari'. Benarlah dongeng keramat itu. Isunya berdikari sahaja tidak cukup kalau budaya penyelidikan kita masih lemah. Berdikari ini pun ada caranya. Syaratnya pelajar pelu ada semua kemahiran asas sebagai penyelidik yang baik. Waktu itu, barulah kita boleh membenarkan mereka berdikari. Di Barat, kalau mereka kehilangan punca, mereka ada banyak cara untuk mendapatkan lampu suluh.
Di tempat kita, di manakah mereka boleh dapatkan cahaya itu?
Untuk tahun pertama dan kedua, pelajar ini perlu dibimbing. Mereka hanyalah manusia biasa seperti orang lain. Bahkan ada yang tidak tahu apa-apa pun.
Siapa yang bakal membantu mereka?
Kitalah. Kitalah semua. Kitalah yang ada kesedaran untuk semua ini.

Wednesday, 6 February 2013
Pilihanraya 2 - Berita-berita
Setiap hari kita membaca suratkahabar. Banyak berita politik. Ada yang kita suka, ada yang hanya sempat kita melihat tajuknya, kita sudah merasa meluat untuk membacanya.
Apatah lagi banyak berita yang tersiar di media arus perdana yang kelihatannya tidak seimbang. Kononnya begitulah. Katanya begitulah.
Lalu, kita membuka media online. Kita rasa ia menyiarkan berita yang seimbang. Ia menyiarkan berita yang betul.
Bila balik ke kampung, kita jadi pelik mengapa orang tua kita boleh percaya dengan berita yang tersiar di kaca televisyen. Sedangkan kita tahu banyak yang disiarkan itu hanya berita yang telah di'twist' menjadi berita baru.
Kita jadi pelik mengapa ada orang yang boleh begitu mudah terpedaya. Kita gelarkan mereka fanatik, tetapi tidak mahu membaca realiti.
-----------------------
Yang kita mungkin jarang ambil tahu ialah diri kita. Kita juga sebenarnya sama sahaja. Bezanya kita mengambil sisi yang lain. Kita terpedaya dengan berita yang disiarkan di portal, tetapi kita tidak percaya dengan berita arus perdana. Orang tua kita percaya dengan berita di media arus perdana, tetapi mencemuh apa yang ada di Malaysiakini atau MalaysiaInsider.
Kita katakan berita yang kita baca itu adil, tetapi apa yang dibaca orang tua kita tidak. Orang tua kita mengatakan apa yang mereka baca itu benar, tetapi apa yang kita dengar itu fitnah.
----------------------
Apa semua ini?
Inilah simptom psikologi. Kita membaca apa yang kita ingin baca.
Kita melihat apa yang kita ingin lihat. Kita suka apa yang kita mahu suka.
Salah atau tidak?
Tidak.
Ia hal psikologi biasa. Kita perlu menghadapinya.
Sebab itulah ujudnya pilihanraya.
Kalau semua orang hanya ada pada satu sisi dan satu suara, tidak perlulah pilihanraya.

Saturday, 2 February 2013
Pilihanraya 1
Saya tidak perlu menunggu Perdana Menteri mengumumkan tarikh pilihanraya untuk mengetahu bila pilihanraya. Saya tahu pilihanraya sudah kian dekat apabila tiba-tiba Amanat Haji Hadi menjadi isu utama perdebatan negara. Saya tahu apabila tiba-tiba isu agama menjadi sangat terbakar, disebut berulang kali di suratkhabar. Walaupun saya tahu, di luarnya orang tidak mengambil kisah sedikitpun akan kisah hangat ini. Saya tahu pilihanraya kian mendekat apabila orang politik mula sibuk bersalam di sana sini.
Saya tahu. Saya sudah beberapa kali mengundi, dan beberapa kali tidak mengundi. Saya tahu. Saya cuma tidak berkempen atau menampal bendera. Ia bukan kerja saya. Saya mengundi siapa yang saya rasa betul. Saya tidak ambil peduli parti mereka. Saya bukan orang 'atas pagar', seperti yang selalu disebut oleh pengkaji politik mutakhir ini. Saya berada di dalam pagar saya sendiri.
Beberapa minggu dulu, saya berada di hospital menjaga kakak saya yang sakit. Kerana saya tidak ada banyak aktiviti, saya berbual dengan sesiapa sahaja yang saya rasa boleh berbual dan sesuai dengan selera kerongkong saya. Seorangnya ialah jaga lelaki. Anaknya ada banyak juga. Seorangnya belajar di universiti tempat saya berkerja. Katanya, dia hanya memberi wang poket tidak sampai RM 100 sebulan untuk anaknya itu. Saya tidak mahu menyebut jumlah sebenar, kerana jumlah itu sedikit lagi dari belanja saya membeli rokok.
Saya juga berbual dengan seorang makcik di pintu surau. Apabila saya berbual dengan emak saya yang bertudung dalam bahasa Siam, makcik itu bertanya saya, bahasa apa? Saya kata, Siam. Dia meneruskan pertanyaannya, 'Agama apa?" Saya kebingungan, soalan ini ditanya ketika saya keluar dari surau. Saya tidaklah kisah sangat dengan soalan itu, tetapi saya kasihan dengan makcik berumur 50-an itu dengan darjah pengetahuannya. Saya terpaksa memberitahunya, dalam dunia ini ada beratus bahasa. Ada orang putih yang bercakap Inggeris, tetapi mereka orang Islam. Ada yang bercakap India, tetapi mereka juga Islam. Tidak ada apa kaitan pun antara bahasa dengan agama.
Dia diam.
Oh. Apa yang sedang saya cuba perkatakan?
Saya berkata, dalam dunia tatkala ada banyak isu yang patut kita tingkatkan - janganlah kita ambil hal-hal remeh untuk tujuan perdebatan negara. Kita patut berdebat hal ekonomi orang kita. Sejauh mana kita mampu menjaga masyarakat untuk berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi dunia. Kita patut berdebat bagaimana patutnya kita berkerja untuk meningkatkan celik pengetahuan orang kita.
Isu Amanat Haji Hadi ini tidak akan membawa kita ke mana pun. Isu membakar Bible ini tidak akan menjadikan kita lebih alim. Yang utama ialah pengetahuan kita mengenai sesuatu. Bukan membakar emosi manusia dengan hal yang boleh melembabkan lagi pengetahuan kita yang tidaklah begitu cerdas ini.

Friday, 1 February 2013
Anda mengundi siapa?
Tiada apa hendak ditulis.
Baca sahaja tulisan aku di Kosmo.
Tuesday, 29 January 2013
Tulisan tanpa tajuk
Lama tidak menulis. Sesak, sibuk dan sakit.
Besok kumulai lagi. Entah apa cerita.
Beberapa hari bermalam di hospital.
Bukan aku yang sakit.
Teman baik aku, Dr Intan aka Mulan juga khabarnya tidak sihat. Semoga tabah mengharungi payah.
Hidup ini beginilah. Satu demi satu cerita. Kita hanya manusia. Kalau kita boleh memilih, kita akan memilih kaya, senang dan umur panjang.
Tetapi kita manusia hanya layak memilih ikan di pasar. Itupun setelah yang paling molek dipilih orang. Tabah dalam gundah. Bersyukur tatkala bahagia. Adat manusia hidup meneruskan hidup.
Kalau hidup ini bukan padang ujian, apa lagi yang lebih membahagiakan?

Friday, 4 January 2013
Wednesday, 2 January 2013
Selamat tahun baru 2013
Selamat tahun baru 2013.
Apa kejayaan terbesar tahun 2012?
Tidak banyak. Kecuali terus kekal bernafas dan usia bertambah.
Selainnya tidak ada apa yang berubah.
Apa pula kegagalan tahun 2012?
Tidak begitu pasti. Kegagalan besar manusia ialah tidak mampu mengenal kegagalan diri sendiri.
Apa azam tahun 2013?
Ingin berhijrah.

Friday, 21 December 2012
Bertarunglah untuk hidup
Dalam dunia ini, adakalanya kita sangat kecewa. Kekecewaan yang datang itu melupakan semua kegembiraan yang kita ada. Kelukaan hati itu menutup pintu hati kita dengan masa depan.
Tidak tahan dilanda musibah, tidak mampu menahan dukalara, apa pilihan terbaik?
Kecewa, resah, buntu dan merasa tidak berguna. Apa pilihan lain yang ada?
Mati.
Itulah jalan terbaik yang cuba diambil oleh mereka yang merasakan tidak ada jalan lain lagi.
Itulah cara paling mudah. Tetapi itulah cara yang paling bodoh yang pernah manusia lakukan.
Orang sangka, mati menyelesaikan masalah. Hakikatnya, ia hanya menyelesaikan masalah di dunia ini sahaja. Belum tentu di dunia yang satu lagi. Di dunia, masalah sebesar mana sekalipun, kita masih boleh berlari. Kita masih ada jalan. Di akhirat tidak ada lagi. Kita tidak ada upaya untuk berdalih sedikit pun. Roh kitalah yang menjawab semuanya.
Kita tidak perlu pun berusaha untuk mati. Tidaklah perlu berfikir pun untuk tidak mahu meneruskan kehidupan. Setiap hari ada sahaja orang mati. Ada yang mati dilanggar lori, ada yang mati diserang penyakit. Ada yang mati terjatuh longkang, ada yang mati disantau orang.
Tidak perlu pun berusaha untuk mati. Mati akan datang sendiri, sama ada kita suka atau tidak. Jadi, tidaklah perlu memilih untuk mati. Ia akan datang tanpa dijemput.
Jadi, berjuanglah untuk hidup. Berjuanglah untuk kehidupan walau sebesar mana sekalipun derita yang kita tanggung. Kehidupan ini besar ertinya. Kehidupan inilah yang akan memberikan kita nyawa untuk hidup di dunia yang satu lagi.
Kalau begitu, lupakanlah berusaha untuk mati.
Marilah kita teruskan hidup ini sebesar mana gelisah dan payah sekalipun.
Untung-untung, kita akan bertemu jalannya nanti.

Thursday, 20 December 2012
Apa indahnya menjadi ahli psikologi?
Apa indahnya menjadi ahli psikologi?
Kelihatannya macam indah bukan?
Ada masanya mungkin begitu. Tetapi tidak pada setiap waktunya.
Melibatkan dengan pekerjaan ini, kita terlibat dengan masalah manusia. Masalah orang lain. Masalah orang lain ini bermacam-macam. Ada yang biasa sahaja, ada yang sangat peribadi.
Setiap kali orang lain mengajukan masalah, kita perlu mendengarnya. Kita perlu mencadangkan caranya.
Orang yang dilanda masalah psikologi ini pula tidak sama dengan mereka yang demam atau sakit fizikal. Fikiran mereka bercelaru. Setiap hari, otak mereka berdebat dengan hal tidak rasional. Mereka berperang di antara hal yang nyata dan tidak. Mereka berperang untuk terus berlawan, atau merasa kecewa dan putus asa.
Biasanya, tahap mereka yang diserang isu psikologikal ini berbagai. Ada tahap pasang dan tahap surut. Pertama sekali apabila dilanda musibah, mereka akan cuba menafikannya. Mereka akan bertanya, 'mengapa aku, dan kenapa bukan orang lain'. Mereka bertanya 'mengapa aku dilahirkan menjadi manusia, dan bukan burung'. 'Mengapa aku dipilih dengan beban ini". Syurga, neraka, dosa dan pahala semua ada di sini.
Itu soalan putus asa dan kecewa. Ia pertikaian yang sangat teruk.
Inilah masa yang paling kritikal. Tidak banyak yang kami boleh lakukan waktu ini. Hanya bercakap dan mendegar. Itu pun kalau mampu. Sebabnya, mereka yang dilanda masalah akan menolak apa juga yang kita sarankan. Mereka berperang dengan diri mereka sendiri. Banyak daripada mereka yang mengambil jalan singkat mencederakan diri, atau melakukan tindakan yang tidak terduga akal berlaku di tahap ini.
Tahap kedua ialah penerimaan. Ketika ini, mereka sudah mampu menerima hakikat. Inilah kenyataan yang perlu mereka lalui. Mereka tidak boleh mengalah. Bagaimana pun, sesekali akan datang isu yang sulit ketika tahap pertama tadi. Ia datang menerawang.
Lama atau pendek bergantung sejauh mana pesakit bertahan dan berlawan.
Lama kelamaan, kalau pesakit mengambil jalan yang betul, masalah akan selesai dan hilang. Ia keluar dari kotak minda yang kacau. Mereka akan rasional kembali.
Apa yang ahli psikologi lakukan?
Tidak. Kami hanya mendengar dan memberikan pandangan. Itupun kalau mereka mendengar. Masalah diselesaikan oleh mereka yang sakit.
Ia tidak sama dengan sakit fizikal. Masalah psikologikal berada di minda.
Hanya pesakitlah yang tahu apa yang ada di minda mereka.
Tetapi, kami yang mendengar ini pun sebenarnya terdorong untuk menyerap dan berfikir hal yang difikirkan pesakit. Kita berfikir untuk mematahkan hujah tidak rasional pesakit. Ia membuatkan kita menyerap masalah pesakit. Kami, adakalanya tidak tidur malam juga. Menjadi manusia resah. Menjadi manusia tidak normal.
Sebab itu - dari segi profesionalismenya, kami dididik untuk tidak terlalu 'get involved'. Maksudnya, kami tidak boleh meletakkan diri sebagai pesakit juga. Kami tidak boleh memikul semua beban pesakit.
Bagaimana pun, kami pun manusia juga. Hujah mengatakan bahawa emosi manusia berpindah kepada manusia lain mungkin selalu benar kepada mereka yang terlibat dalam bidang seperti ini.
Ia menyakitkan. Ia memeritkan. Ia tidak indah. Ia adalah kehidupan ahli psikologi.
Kami juga berperang dengan diri kami sendiri.

Siapakah yang tidak tertikam duri?
Duri, paku, kaca dan kerikil tajam ada di mana-mana. Kita mungkin selalu terselamat kerana memakai kasut. Kita mungkin jarang tertusuk kerana kita berjalan perlahan-lahan. Tajam mata kita memandang dengan penuh teliti.
Sejauh mana baik kita mencuba pun, akan ada masanya kaki kita tertusuk juga. Ia apabila waktu kita terlupa atau terleka. Ada ketikanya kita memakai kasut, tetapi kelihatannya paku begitu tajam dan menembus juga tapak kasut.
Kaki kita terluka.
Begitulah metaphora kehidupan ini. Sejauh mana pun kita mengelak dosa, kita menjadi manusia sempurna, berlari sedaya upaya, sesekali kita tertikam juga. Adakalanya memang salah kita. Tetapi manusia ini memang dikurniakan dengan sifat alpa. Adakalanya memang bukan salah kita, tetapi ia mengena diri kita juga. Ia ujian untuk kita.
Tentulah sangat indah kalau kita sejak dilahirkan sampai ke usia mati kita tidak melakukan dosa. Tetapi, tentulah itu bukan manusia. Ia hanya milik para Nabi dan Rasul. Selainnya, manusia kebanyakan seperti kita, akan dilanda dengan pelbagai ujian.
Ada orang yang diuji dengan amal, ada orang bergelumang dengan maksiat. Ada orang yang banyak amal tetapi hatinya diseliputi rasa angkuh dan riak. Ada orang yang selalu membuat dosa, tetapi cepat sedar dan pulang ke pangkal jalan.
Bercakap memang mudah kan? Pulang ke pangkal jalan tidak semudah pulang ke rumah. Tetapi mencuba pulang ke pangkal jalan itulah perjalanan terindah hidup manusia. Ada orang berkali-kali mencubanya. Ada orang sesekali mencubanya.
Tidak mengapalah. Kita cubalah apa yang terdaya.
Kita hanya manusia. Kita hanya orang biasa.
Setiap daripada kita ada ceritanya. Cerita tertikam duri, paku, kaca dan kerikil adalah cerita kita semua. Ada yang boleh kita jadikan sempadan. Ada yang boleh dijadikan tauladan.
Kenapa harus begitu kecewa?

Tuesday, 18 December 2012
Kalau terjatuh, bangunlah lagi.
Saya terjatuh pakcik. Luka. Sakit.
Berapa umur anak sekarang? Tanyaku.
8 tahun pakcik...
Kalau begitu baiklah. Kalau anak seusia pakcik, kalau pakcik terjatuh dan terluka mungkin tak akan sembuh lagi.
--------------------------
Begitulah hakikat hidup. Kita selalu terjatuh dan terluka. Tidak kiralah apa pun punca dan sebabnya. Adakala kita terjatuh kerana tersalah jalan. Ada yang terjatuh kerana dosa. Ada ketikanya, kita tidak mampu menanggung malu. Adakalanya kita diperdaya.
Hidup ini padang ujian. Hidup ini kota yang meresahkan. Sesekali kita ketawa, sesekali kita menangis, sesekali kita tiada rasa.
Jangan menangis anak. Tidak mengapalah kalau kita terjatuh, walau kita selalu mengharapkan agar tidak terjatuh. Tidak mengapalah kalau tersalah melakukan silap yang besar sekalipun. Adakalanya kita alpa. Alpa itu milik manusia.
Tetapi jangan diulang salah yang sama di masa depan. Ia lebih baik. Jangan juga dihukum diri dengan rasa yang bukan-bukan. Mungkin, ia adalah titik tolak untuk kita menjadi manusia baru yang lebih baik. Ia mungkin membantu kita mengenal siapakah guru agama yang terbaik untuk membawa kita mengenal Tuhan. Ia mungkin membantu kita mengenal siapa teman siapa lawan.
Paling penting, ia membantu kita menjadi manusia lebih kuat.
Katakan, siapakah manusia yang tiada berdosa? Tetapi, mengaku salah dan bertaubat dari dosa itu penawar segala duka.
Usiamu masih muda. Lebih baik tersalah membuat dosa di usia muda, daripada terlanjur di usia tua. Masih ada banyak ruang untuk memperbetulkan kesilapan. Orang berdosa yang sempat pulang, lebih baik dari manusia mulia yang tersungkur di usia senja.
Pada akhirnya begitulah kehidupan anakku.
Kalau kita mampu memilih, kita tidak akan memilih untuk terpilih.
Tetapi siapakah yang mampu melawan catatan takdir?

Monday, 17 December 2012
Siapakah ustaz?
Saya sebenarnya sudah lama ingin menulis tajuk ini.
Setiap kali berbual baik di kedai kopi atau di mana sahaja, akan ada individu yang dirujuk sebagai 'ustaz'. Saya tidak tahu atas alasan apakah seseorang itu patut dinamakan sebagai 'ustaz'. Adakah kerana mereka alim hal agama, atau kerana mereka berpakaian seperti ustaz, misalnya memakai serban, kopiah dan sebagainya.
Saya bertanya dalam diri saya sendiri. Adakalanya, saya bertemu dengan orang yang bukanlah dalam kategori mereka yang mengajar agama, atau mendalami hal agama. Mereka ini mungkin berpakaian seperti ustaz, tetapi kerjanya ialah merawat orang. Tidak kisahlah apa metod perubatan sekalipun.
Malah, banyak orang yang saya ketahui alim dalam agama di kampung saya, bahkan ada yang diketahui sebagai sangat alim, tidak pun dipanggil dengan ustaz.
Adakah dengan hanya keluar mengiku jemaah tertentu misalnya, membolehkan seseorang itu dipanggil ustaz. Begitu jugalah mereka yang dahinya lebam kerana banyak bersembahyang patut dipanggil ustaz?
Saya tidak tahu. Mungkin gelar ustaz ini membawa sedikit penghormatan.
Bagaimana pun, ada yang telah tersalah tafsir, bahkan ada yang menggunakan gelar ini untuk memanipulasi orang lain.
Banyak bomoh yang adakalanya menggunakan mentera yang aneh, dan metod yang pelik juga menggunakan gelar 'ustaz' di depannya. Ada pula yang mengeluarkan fatwa yang adakalanya meragukan.
Tetapi kerana ada gelar ustaz, orang percaya juga.
Jadi siapakah sebenarnya ustaz?
Tidaklah kita mengharapkan mereka ini patut ada lulusan Al-Azhar atau belajar puluhan tahu di pondok bagi membolehkan kita memanggil mereka ustaz.
Cuma yang tidak kita harapkan ialah tidaklah patut semua orang yang memakai kopiah atau berserban itu juga patut digelar ustaz.
Dulu-dulu semasa saya masih kecil, selalu saya bertanya mengapa ada ustaz meniaga makan di bulan puasa. Pembelinya bukan wanita yang mungkin tidak berpuasa kerana darurat. Pembelinya ialah anak muda lelaki yang beragama Islam yang kita tahu tentu tidak berpuasa.
Lama-lama saya tahu, belum tentu mereka yang bersorban itu ustaz. Belum tentu orang yang membahasakan dirinya ustaz itu juga 'ustaz' dalam makna yang difahami oleh otak kita.

Sunday, 16 December 2012
Penyelidikan psikologi
Semalam, saya dijemput untuk memberikan pandangan saya berkaitan isu berkaitan pekerjaan mengikut perspektif psikologi. Ia acara yang dianjurkan oleh Society of Occupational & Environmental Medicine. Kecuali saya, semua pembentang yang terlibat ialah doktor perubatan. Pesertanya juga ialah doktor perubatan yang bertugas sama ada di agensi kerajaan atau sektor swasta.
Bidang yang saya ceburi sekarang kebanyakannya didominasi oleh ahli perubatan. Tidak banyak ahli psikologi yang melibatkan diri dalam bidang ini.
Walaupun fokus kajian kami hampir sama, tetapi pendekatan kami berbeza. Model atau teori yang digunakan juga mungkin berasas dari sumber yang sama, kebanyakannya berkisar dengan pandangan Robert Karasek, dahulunya seorang jurutera yang tiba-tiba bertukar bidang menjadi ahli psikologi.
Kerana kemiripan bidang, saya kini banyak melakukan kajian dengan mereka dari bidang perubatan. Mereka yang datang dari bidang perubatan mungkin tidak begitu terbiasa dengan statistik sains sosial. Kami pula tidak berupaya mengukur simptom klinikal - misalnya mengukur tahap kolestrol dalam darah dan cuba mengaitkannya dengan tekanan kerja.
Saya juga mempunyai pelajar sarjana dari Fakulti Sains Kesihatan, di UPM.
Jadi kerjasama dengan doktor perubatan mungkin akan saling membantu kami melakukan kerja masing-masing.
Begitulah penyelidikan. Ia saling memerlukan di antara satu sama lain.

Saturday, 15 December 2012
Ayat pertama dengan bakal penyelia?
"Saya sangat berminat dengan bidang ini. Saya berharap dapat berjumpa Tuan untuk membincangkan hasrat saya menyambung pelajaran peringkat Sarjana".
"Psikologi, saya rasa bidang yang sangat relevan dengan kerja saya. Saya ingin sekali menceburi bidang psikologi. Kalau boleh, saya ingin bertemu dengan pihak Tuan".
Inilah adalah bentuk-bentuk email yang selalu aku terima. Bagaimana pun, ada hal yang patut diketahui oleh para pelajar yang berhasrat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Surat, atau hasrat seperti ini tidak memberikan apa-apa.
Anda perlu tahu dengan siapa anda berhubung. Daripada situ, anda perlu tahu apa minat dan bidang mereka. Sekalipun anda berminat dengan bidang kejuruteraan misalnya, anda tidak boleh merasakan tajuk yang berkaitan kimia organik sesuai untuk dikemukakan kepada mereka yang pakar dalam bidang kejuruteraan sivil.
Anda juga sepatutnya tahu bidang spesifik orang yang anda hubungi. Kalau seseorang menghubungi aku untuk melakukan kajian dalam bidang psikologi kanak-kanak misalnya, aku tidak berhasrat melayannya. Ia bukan bidang yang aku ketahui.
Berbincang hal secara umum juga adakalanya tidak membantu. Sebaiknya bacalah beberapa artikel berkaitan dengan bidang yang bakal anda terokai. Jadi, ia akan menjadi mukadimah yang baik untuk anda menghubungi bakal penyelia anda. Misalnya, "Saya ada membaca beberapa kajian oleh Bakker & Demerouti berkaitan burnout. Saya dapati kajian mereka masih tidak memadai. Ini kalau diasaskan kepada kajian Zapf & Dormann, misalnya, ditunjukkan bahawa burnout akan hanya menyebabkan kemurungan hanya setelah beberapa tahun seseorang mengalami burnout. Jadi, saya ingin ...."
Membaca email seperti ini menjadikan bakal penyelia akan 'teruja' dengan anda. Begitulah cara yang sepatutnya anda memperkenalkan diri dengan orang yang tidak mengenali anda.
Ia seolah-olah menunjukkan anda telah mula menyelongkar bidang yang ingin dikaji, dan bukan hanya sekadar menunjukkan minat sahaja. Ia juga memudahkan orang seperti kami mencadangkan apa yang sepatutnya dibaca lagi, atau apa topik kajian yang boleh dilakukan.
Minat sahaja tidak memberikan apa-apa makna. Mesti ada bukti bahawa anda seorang yang berminat. Bukti itu mestilah datang dari pembacaan, dan bukannya angan-angan.

Subscribe to:
Posts (Atom)