Aku diminta menulis sesuatu oleh group Lingkaran Sahabat Sastera bagi tujuan penyediaan majalah mereka. Jadi sesuai dengan khalayak pembaca, aku menulis dari sudut yang lain. Agar anak-anak muda yang membacanya tidak patah semangat dan putus asa. Aku tidak menggunakan 'aku' dalam tulisan ini. Minggu ini, blog ini akan berkempen - "MINGGU TANPA STRES'.
Stres atau tekanan selalu dilihat sebagai negatif. Kajian-kajian yang dilakukan juga cenderung untuk menukilkan tekanan sebagai sesuatu yang tidak diinginkan. Realitinya, stres tidak hanya menjelma sebagai satu konotasi buruk yang merosakkan. Pandangan ini mula dijelmakan dengan munculnya aliran psikologi positif (misalnya, Seligman & Csikszentmihalyi, 2000, Schaufeli, 2004).
Bagi kebanyakan pelajar universiti, mereka menanggapi bahawa tekanan belajar adalah pengalaman buruk yang perlu dilalui setiap hari. Ia bermula sejak hari pertama lagi apabila pensyarah mula mendedahkan mereka dengan konsep baru yang tidak difahami. Dalam keadaan kebanyakan perkara masih lagi kabur, mereka kemudiannya ditimbunkan pula dengan tugasan yang bermacam-macam.
Ada tugasan yang bersifat individu, ada yang bersifat berkumpulan. Kedua-dua tugasan ini ada bentuk tekanannya juga apabila tidak semua ahli kumpulan berkerjasama, dan ada yang hanya sekadar curi tulang. Tugasan individu mungkin mampu menangani masalah ini. Bagaimana pun, ia ada kelemahannya. Tidak semua perkara mampu kita fikirkan seorang diri. Kita juga perlukan orang lain bagi membantu menghasilkan laporan yang baik.
Peperiksaan - adalah kosa kata yang sangat digeruni. Ia dianggap sebagai kayu sula yang menentukan hidup mati para pelajar universiti. Tidak ramai yang cuba menafsirkan bahawa peperiksaan adalah peluang untuk mereka membuktikan kepada orang lain - bahawa inilah padang sebenar untuk mereka menguji diri dan menunjukkan keupayaan.
Tidak ramai yang cuba melihat peperiksaan dari sudut positif. Hakikatnya, tanpa peperiksaan pun mereka akan diuji juga dengan cara lain. Jadi - pelajar tidak ada pilihan. Universiti itu sendiri adalah padang ujian. Setiap hari, setiap masa. Itulah yang membezakan manusia yang memasuki universiti dengan yang tidak. Itulah yang menjadikan lulusan universiti dihormati. Semakin besar ujian yang ada dalam sistem universiti, semakin kagumlah orang dengan graduan. Sebab itu, graduan Harvard, Cambridge atau Oxford ditanggap dengan pandangan lain oleh masyarakat - sekalipun orang yang menanggap itu tidak pernah pun belajar di universiti.
Tekanan belajar - sebenarnya diperlukan. Manusia tidak boleh hidup tanpa tekanan. Tekanan itulah yang memotivasikan seseorang untuk bergerak lebih baik. Istilah-istilah baru yang muncul seiring dengan konsep tekanan seperti engagement, flow, vigour atau thrive adalah bukti bahawa manusia sebenarnya memerlukan tekanan.
Tekanan inilah yang membolehkan seseorang terus duduk mengulangkaji buku tanpa menghiraukan rakan sekelilingnya. Tekanan inilah yang memaksa manusia berfikir secara inovatif bagi mendapatkan keputusan yang paling baik. Tekanan inilah yang menyebabkan manusia menemui teknologi baru yang tidak pernah difikirkan sebelumnya.
Tanpa tekanan - ia mungkin akan menjadikan dunia ini serba kosong.
Bayangkan - kita ke bilik kuliah tanpa tekanan. Tugasan yang diberikan juga tidak dianggap sebagai tekanan. Peperiksaan dianggap sebagai majlis tidak formal untuk menulis dan mengira sahaja.
Jadi - apa yang kita dapatkan? Kita mungkin tidak melakukan apa-apa pun. Ini hanya bakal menjadikan universiti seperti taman bunga untuk kita berehat dan berhibur. Hakikatnya tidak. Universiti adalah makmal kehidupan sebelum kita melangkah ke alam pekerjaan dan realiti hidup yang lebih keras dan menakutkan.
Sebab itu - apabila anda berasa tertekan - anggaplah ia sebagai satu cabaran. Jangan melihat tekanan dari sudut yang negatif. Manusia pada setiap masa telah membelanjakan wang yang banyak bagi mendapat cabaran. Ada yang melakukan pelayaran solo di tengah lautan, ada yang melakukan payung terjun beribu kaki dari udara, atau ada yang berani merentas dingin cuaca Kutub Selatan. Semuanya hanya kerana bagi memuaskan naluri kepuasan mendapatkan cabaran.
Jadi - tatkala orang lain membayar harga yang mahal - para pelajar juga semestinya melihat proses pengajian mereka sebagai satu bentuk cabaran - yang boleh didapatkan setiap hari. Tidak semua orang berpeluang mendapatnya.
Menjadi masalah - ialah kerana tekanan yang dihadapi itu dilihat sebagai beban yang sangat besar. Mereka melihatnya sebagai tidak ada jalan penyelesaiannya lagi. Inilah yang menjadikan tekanan itu tidak berguna lagi. Inilah yang menjadikan tekanan sebagai merosakkan. Ada orang yang pada akhirnya mengalami gejala penyakit psikologi - seperti kemurungan, kebimbangan, dan ada juga yang membunuh diri.
Penyakit fizikal seperti lemah jantung, kencing manis dan darah tinggi juga adalah simptom yang dihadapi oleh mereka yang tidak mampu menangani tekanan dengan baik.
Paling utama - ialah bagaimana minda kita mampu melakukan proses penyaringan dan penafsiran secara positif. Itulah yang bakal menjadikan tekanan itu sama ada membantu manusia untuk mencapai cita-citanya, atau bakal menyebabkan mereka tersadung di tengah jalan. Ingat - tidak akan ada seorang pun pemandu Formula One yang akan menjadi juara jika mereka tidak melihat pesaingnya sebagai tekanan. Kalau bukan kerana kesanggupan menghadapi tekanan pengurusan kelab, penaja dan peminat, tidak ada pemain bolasepak yang akan dibayar gaji jutaan ringgit seminggu.
Tekanan -bukan sekadar racun negatif. Tekanan - juga adalah tonik kejayaan manusia.
Yang Ikut
Showing posts with label burnout vs engagement. Show all posts
Showing posts with label burnout vs engagement. Show all posts
Tuesday, 27 October 2009
Wednesday, 16 September 2009
Mari kita alihkan kelesuan ini
Hari ini kita berkongsi cerita psikologi lagi. Anda boleh membacanya, atau tidak membacanya.
Kita bercerita tentang simptom burnout dan engagement. Ia dua hal yang sama, tapi duduk pada tempat berbeza.
Semalaman aku tidak tidur selepas simptom depression. Fikiran terganggu. Jiwa kacau. Akhirnya, aku ambil keputusan membaca beberapa keping jurnal, menulis dan mengarang. Dari petang sampai malam. Dari malam sampai pagi berikutnya. Jam bergerak cepat. Hari ini depression sudah hilang. Datang pula burnout.
Apa itu burnout? Burnout ialah satu simptom kelesuan emosi yang melampau. Simptomnya sama seperti orang kepenatan memandu dari Kuala Lumpur ke Gua Musang, berhenti 30 minit memandu dari Gua Musang ke Bukit Kayu Hitam.Tapi itu kelesuan fizikal. Kelesuan burnout juga dalam bentuk seperti itu.
Itu hal yang negatif. Ia tidak bagus. Ia merosakkan.
Namun, ada pula simptom positifnya. Engagement. Ini jarang kita dengar. Engagement juga kelesuan mental. Tapi kita teruja dan asyik. Kita bersungguh-sungguh. Teruja. Walaupun penat, kita rasa hendak siapkan juga. Kita rasa patut capai matlamat. Kalau tanya Aini, yang penat melayan tikus-tikusnya, dari satu hari ke satu hari - dari satu malam ke satu malam - mungkin dia sebenarnya diserang penyakit burnout positif ini. Dia sedang engagement. Teruja dan asyik.
Jadi, untuk semua orang - mari kita alihkan kepenatan mental dalam bentuk yang positif.

Subscribe to:
Posts (Atom)