Beberapa hari lepas, aku menerima e-mel. Ia bukan emel misteri. Ia e-mel betul.
Your Travel Arranger is pleased to deliver your complete itinerary through Abacus Virtually There.
Ia e-mel meminta aku pulang ke Malaysia. Ia memberitahu bahawa masaku di Adelaide sudah di penghujung. Jangan berfoya-foya lagi. Tiada lagi berita dari Adelaide selepas ini. Tiada lagi update cerita berjalan-jalan makan angin di atas Mt Buller. Tiada juga berita bagaimana rasanya membuat PhD. Jangan juga merasa diri sebagai remaja mahasiswa universiti. Anda sudah tua.
Selepas ini, blog ini akan merakamkan catatan lain. Ia akan dimulakan dengan cerita yang baru. Cerita anak-anak muda di bangku universiti. Aku juga tidak lagi boleh memakai seluar jean. Rambut juga perlu dipendekkan. Perlukah aku memakai tali leher. Oh tidak! Kawan aku, Nizam bekas kelasi yang telah menjelajah seluruh dunia tentu ketawa besar kalau terserempak aku memakai tali leher.
Tapi, semua cerita baru akan hanya bermula 5 September nanti. Buat sementara waktu ini, aku masih ada peluang untuk merakamkan cerita perantau.
Sementara itu, berikan aku waktu menghirup secawan cuppucino.
Sesiapa yang berminat dengan penyelidikan psikologi - khususnya contagion effect on burnout - nanti boleh datang cari aku. Jangan takut, kita boleh berbincang di kedai kopi sahaja. Tanpa formaliti. Paling utama ialah hasil kerja.
3 comments:
pulang... marilah pulang... marilah pulang... bersame-sameeeee...
(maksud mendalam tu)
memang betul aku jelajah dunuia....tapi aku tak pernah pakai tali leher pun...tak palah dr awang pakailah tali leher tu....cuma aku rasa janggal nak jumpa kau di malaysia nanti.nak jumpa aku jangan pakai tali leher.
aku org pertama memasukan hang bertali leher di FB
Post a Comment