Yang Ikut

Sunday, 1 May 2011

Aku kembali

Reactions: 
Aku kembali.

Setelah sebulan 10 hari aku menutup blog ini, tiada sesiapa yang dibenarkan menjenguk blog ini. Hari ini aku kembali.

Hari pertama aku menutup blog, Abang Ben dari Krenmaut mengirimkan email mengapa aku tutup blog? Beberapa teman lain juga bertanya hal yang sama. Berjalan-jalan di dalam universiti di sini, terserempak dengan anak muda - mereka bertanya - "Mengapa abang tutup blog?"

Saudara Sayuti - kawan aku di sini, semalam menyatakan aku tidak patut menutup blog. Kerana aku telah membukanya, maka aku patut meneruskannya. Lainlah kalau aku mati.

Mengapa aku tutup blog? Sebahagiannya telah aku jawab di blog Kamirara.

Sebenarnya, bukan sahaja blog - aku juga telah menutup telefon juga - sekali sekala. Aku mahu menghabiskan urusan pengajian aku di peringkat paling akhir ini, peringkat paling kritikal. Sebulan lebih, akhirnya aku berjaya melakukannya, lebih cepat dari apa yang dijangka. Cuma ada beberapa bahagian kecil sahaja.

Aku sepatutnya balik pertengahan bulan 10. Tiba-tiba, pihak universiti meminta aku menghantar tesis di penghujung bulan 8. Ini menyebabkan semua perancangan aku berubah. Salah satu perkara yang boleh aku lakukan ialah mengurangkan beban fikir - dengan menutup seketika blog.

Kini aku kembali.

2 comments:

ismadiyusuf said...

selamat latang loo..

ajaq said...

semalam aku balik datang melaka, isteri memberitahu fakirfikir telah kembali.......terus aku mencari bronadband celcomku....ada semangatlah sikit utnuk sambung blog aku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails