Tiada banyak hal untuk ditulis.
Kita tulis hal psikologi mudah. Sebab sekarang musim orang kahwin, kita tulis hal psikologi rumahtangga.
Pepatah Peranchis ada menyebut : 'Love
makes the time pass and time make love pass’.
Semasa bercinta, semua perkara adalah indah. Semua perkara yang dilalui sangat menyenangkan, walaupun makan nasi berlaukkan telur goreng.
Setelah berkahwin, semuanya nampak berubah. Ada suami yang mula menjeling wanita lain. Ada wanita yang tertangkap khalwat dengan duda atau suami orang. Banyak perkara yang dibuat orang pasangan mula menjadi perkara yang tidak kena. Dulu korek hidung di depan orang pun tidak mengapa. Sekarang menguap di bilik tidur pun boleh jadi hal yang salah.
Masa berlalu cinta berubah. Itulah hakikatnya. Masa berlalu penampilan pun berubah. Itu pun hakikat juga. Sebab itu banyak hal menjadi serba tidak kena.
Khabarnya, setiap 15 minit, akan ada kes perceraian di Malaysia. Aku tidak pasti sama ada ada kajian atau tidak. Anggaran kasarnya, 20,000 pasangan Islam bercerai setiap tahun di negara kita.
Tidaklah pasti sama ada mereka yang bercerai ini kerana faktor masa berlalu cinta berubah. Atau masa berlalu cinta yang baru perlu dicari.
Kajian psikologi menunjukkan 5 tahun pertama tempoh yang sangat genting. Biasanya, orang yang tenggelam timbul rumahtangganya pada tempoh ini, ada risiko untuk bercerai kemudiannya.
Apa lagi?
Kenapa orang berkahwin?
Biasanya orang berkahwin kerana kononnya pasangan mereka mesra, hebat dan memahami perasaan. Sebaliknya, apabila bercerai orang biasanya memberi komen yang berlainan pula, walaupun komen itu hanya kepada orang yang sama juga.
Tahun 1986, sebaik sahaja Sarah Ferguson berkahwin dengan Putera Andrew, dia memberi komennya: 'I love his wit, his charm, his looks. I worship him'. Komen Andrew pula: 'She is the best thin in my life'.
Enam tahun kemudian mereka bercerai.
Komen Sarah -- Andrew seorang yang 'philistines' atau dalam bahasa kita, kolot. Sarah pula dikatakan sebagai seorang yang membosankan.
Cinta berubah, atau manusia berubah?
Atau masa yang berubah?
Selamat pengantin baru untuk yang baru berkahwin.
Untuk yang berkahwin baru pula, kita ucapkan semoga panjang usia.
Yang Ikut
Showing posts with label psikologi rumahtangga. Show all posts

Tuesday, 20 November 2012
Wednesday, 4 November 2009
Nasihat untuk seorang kawan
**Untuk seorang sahabat, yang hanya dia yang tahu. Sahabat ini, yang aku pun tak tahu siapa dia**
Dalam hidup - kita selalu berangan-angan untuk mendapatkan apa yang tidak kita miliki. Kita selalu membandingkan diri kita dengan orang lain. Kita selalu melihat sisi baik teman-teman lain. Ini menjadikan kita merasa sangat tertekan. Kita berasa kerdil kerana kita tidak menikmati kehidupan yang indah seperti mereka. Kita berasa putus asa. Berasa sepi dan sesekali begitu hampa.
Hakikatnya, kita hanya melihat sisi indah orang lain. Kita tidak tahu sisi buruk mereka. Kita tidak tahu keperitan yang dialami orang lain. Kerana, orang jarang bercerita hal yang buruk. Menceritakan hal buruk akan memadamkan reputasi mereka. Jadi mereka terus bercerita sisi indah sahaja.
Kita juga jarang melihat kelebihan diri kita, dibandingkan orang lain. Tatkala orang lain mungkin hanya lulus PMR, kita pula sedang berada pada tahap paling tinggi dunia akademik. Tatkala orang lain sedang berhempas pulas mendapatkan pekerjaan, kita sudah mempunyai kerjaya yang baik. Kita juga mempunyai ramai teman-teman yang baik, yang sanggup berkongsi cerita kita. Orang lain mungkin hanya mempunyai teman-teman yang sedang cuba memanipulasi diri mereka.
Kita juga mungkin tidak pernah berfikir pun, yang ada juga orang lain yang sedang memerhatikan kita. Mereka menjadikan kita idola. Mereka melihat kehidupan orang seperti kita sebagai sangat mengagumkan. Belajar di luar negara, setiap hari berbincang tentang hal keilmuan, menjadikan mereka merasakan kita sebagai manusia yang patut dicontohi. Orang yang sedang memerhatikan kita ini merasakan mereka tidak akan menikmati pengalaman seindah kita, bahkan mungkin hingga ke akhir usianya.
Sebab itu - apabila kita pulang ke kampung, ada orang yang sanggup mendengar cerita kita berjam-jam lamanya. Bagi mereka hidup di luar negara satu keajaiban, sedangkan mereka tidak pernah menaiki pesawat pun, apatah memijak bumi asing. Semua ini adalah kelebihan diri kita yang tidak semua manusia mampu mencapainya.
Mendengar cerita teman aku itu - yang merasa begitu gelisah, kerana kononnya masih hidup membujang, sebenarnya tidaklah merupakan satu petaka pun. Yang dia tidak tahu, dalam dunia ini, jutaan orang sebenarnya sedang mengharapkan agar sesekali mereka akan kembali menikmati zaman bujang. Mereka berasa gembira kalau ada pasangan yang balik kampung, kerana inilah antara waktunya mereka cuba menghirup kembali usia bujang untuk beberapa detik. Melupakan resah dan gusar rumahtangga yang banyak ceritanya.
Itulah hakikat hidup. Ketika bujang, kita merasa sangat derita tanpa pasangan. Ketika berkahwin, kita merasa sangat bahagia menjadi orang bujang. Kerana hidup ini - makna kebahagiaan - itu hanyalah penafsiran minda kita semata-mata.
Seperti mana ketika anak-anak kita mengimpikan alam dewasa, bila dewasa kita berasa alangkah baiknya untuk kembali ke alam kita bermain layang-layang.
Realitnya, bila sampai waktunya, bila sampai saatnya - sama ada kita mengimpikan atau tidak - waktu itu akan datang juga. Hidup ini bukan hanya sekadar usaha manusia. Hidup ini hakikatnya adalah pekerjaan Tuhan. Dia yang tahu proses kehidupan sejak sebelum kita hadir ke dunia ini lagi.
Jadi untuk sahabat aku - lupakanlah keresahan itu. Sampai waktunya, mimpi itu akan datang jua. Ia adalah proses cerita manusia. Cepat atau lambat, bukanlah pekerjaan kita. Cepat atau lambat, tentu ada rahmat di sebaliknya. Ia adalah rahsia Tuhan yang tidak ada siapa pun mampu menekanya.
Usah dibimbangkan pertanyaan orang. Ia tidak akan ada akhirnya. Ketika bujang, mereka akan bertanya bila akan berumahtangga. Bila berumahtangga, mereka akan bertanya bila akan mempunyai anak. Setelah anak kita dewasa, mereka bertanya bila akan mendapat cucu. Kemudian soalan yang sama akan ditanya lagi kepada anak-anak kita. Soalan yang sama, puluhan tahun kemudiannya akan ditanya pula kepada cucu kita.
Ini - adalah kitar hidup manusia. Manusia akan terus bertanya. Mereka terus bertanya dengan soalan yang kita tidak mampu menjawabnya.
Untuk dia - teruskanlah dengan apa yang ditakdirkan. Teruskanlah meneroka dunia akademiknya. Lupakanlah kegelisahan yang tidak sewajarnya itu. Bukan pekerjaan kita untuk merancang ketentuan Tuhan. Kita hanya perlu berdoa. Itu sahaja.
Kalaulah kita boleh menentukan takdir hidup, semua orang pastinya akan memilih untuk menjadi putera raja!

Thursday, 15 October 2009
Jangan menangis!
Sepanjang usia aku 37 tahun ini, aku telah mendengar banyak cerita mengenai rumahtangga. Ada cerita ada isteri diterajang suami hingga meninggalkan trauma. Ada pula yang tatkala mengunjungi suami yang sakit di hospital, tiba-tiba terserempak dengan 'orang lain' yang juga mengunjungi suami yang sama. Cerita-cerita suami bermain kayu tiga bukan lagi asing dalam banyak cerita rumahtangga.
Beberapa tahun lalu, aku sendiri pernah diminta untuk memberikan pandangan untuk beberapa orang isteri yang menanggapi mereka sedang dihadapkan dengan masalah. Bagi aku, dalam banyak cerita ini - tentulah ia sesuatu yang tidak menyeronokkan. Ia cerita yang merumitkan masalah rumahtangga.
Bagaimana pun, aku akan selalu berpandangan, tatkala kita dilanda masalah, tentu ada sejuta orang lagi yang sedang dibebani dengan masalah lain yang lebih besar. Ketika kita sedang menangis kesedihan, tentu lebih banyak air mata orang lain yang tumpah sebelum kita.
Jadi untuk semua pasangan yang sedang kesedihan - jangan menangis!
Rumahtangga sebenarnya bukanlah cerita dalam drama. Ia cerita betul. Ia kisah benar. Ia kisah hidup kita.
Banyak berlaku masalah dalam rumahtangga ialah kerana berlaku terlalu tinggi jangkaan terhadap pasangan. Ada isteri yang mengharapkan suami menjadi sempurna seperti Superman. Suami boleh menjadikan apa sahaja dan menyediakan apa sahaja. Ini kadang-kadang menyebabkan suami juga tertekan.
Akhirnya, dengan andaian mereka akan mendapatkan baju baru yang lebih baik - mereka menjalinkan hubungan di luar. Mereka terlupa sesuatu. Adakalanya baju baru mungkin lebih teruk berbanding baju lama yang sedia ada di dalam rumah. Ia mungkin compang camping di sana sini.
Biasanya juga, masalah konflik rumahtangga berlaku pada tahun-tahun awal rumahtangga. Ini kerana, semasa bercinta atau bertunang, semuanya baik belaka. Mereka boleh menjanjikan bulan bintang, dan berenang di lautan api. Hakikatnya, perkahwinan lebih besar cabarannya. Perkahwinan bukanlah dongeng berenang di lautan api - tetapi realiti bernafas dalam sesak asap dapur kehidupan.
Tahun-tahun awal perkahwinan ini jugalah pasangan akan bertemu ada yang tidak kena. Ada isteri yang tidak melaksanakan tanggungjawab sepertinya, dan suami pula kelihatannya tidaklah sebaik seperti semasa percintaan. Tentulah ini boleh berlaku. Ketika bertunang, kita boleh bercakap apa sahaja.
Waktu itu belum ada tanggungjawab. Setiap hari boleh berdating di kedai makan, tidak perlu masak di rumah. Tidak perlu membasuh kain baju. Tidak perlu memikirkan hutang bank atau sewa rumah. Jadi semuanya boleh kelihatan baik.
Apabila berkahwin, semuanya berubah. Suami atau isteri tiba-tiba melihat ada banyak beban baru yang perlu dihadapi. Berhadapan dengan cerewet mertua, rengek anak-anak, konflik keluarga kedua-dua belah pihak dan sebagainya. Semua ini adalah cerita baru yang tidak ada ketika alam percintaan. Semua ini adalah bau baru yang tidak seharum seperti ketika mengalunkan lagu cinta sebelum perkahwinan.
Ada pula suami yang berasa tertipu apabila mengetahui isterinya pernah menjalinkan hubungan dengan orang lain sebelum perkahwinan. Semua ini menyebabkan rumahtangga terus dilanda bayang-bayang silam.
Seharusnya, setelah memulakan perkahwinan, buku lama ditutup. Ia wajar dilupakan. Seperti satu pesan kepada seorang gadis yang dirogol dalam Keluarga Gerilya, 'dara itu hanya sesaat'. Maksudnya, yang membezakan hal itu hanyalah sesaat, jadi tidaklah perlu ia diperbesarkan lagi. Anggaplah ia satu sejarah. Kerana setiap orang tentu ada sejarah silam. Setiap orang tidak boleh mengandaikan mereka adalah makhluk suci yang tidak pernah melakukan dosa.
Akibatnya, kerana konflik yang berpanjangan, baik suami, baik isteri - mereka berfikir untuk mencari pasangan baru. Dengan harapan ia akan mendapatkan yang terbaik. Mereka tentu tidak pernah menjangka, mereka akan sekali lagi dilanda masalah yang sama nantinya. Bahkan, mungkin lebih teruk dan menakutkan.
Kerana cerita rumahtangga itu tetap begitu jalan ceritanya. Ia sama sahaja di mana-mana sekalipun.

Subscribe to:
Posts (Atom)