Yang Ikut

Part III - Kenapa kita suka orang lain yang menyukai kita?


Manusia juga sukakan dengan seseorang yang dirasakan menyukai mereka. Ini adalah sebahagian dari simptom 'balas budi'. Maksudnya, apabila orang menyukai kita, tidak dapat tidak, kita perlu menyukai mereka. Sebab itu kajian mendapati, orang yang jatuh cinta biasanya bermula dengan sebab ingin membalas kesukaan orang lain.

Sebab itulah, kita perlu memuji orang lain atau memberikan mereka senyuman kalau berjumpa. Ia adalah isyarat kita sukakan mereka. Berwajah masam akan menyebabkan kita tidak disukai. Orang menyangka kita tidak mesra, walaupun hakikatnya mungkin tidak. Sebab itu banyak orang gagal dalam hubungan dengan orang lain. Semuanya kerana orang tidak tahu bagaimana untuk menunjukkan kesukaan kepada orang.

Banyak lagi faktor lain yang menyebabkan orang disukai. Misalnya persamaan, unik dan sebagainya. Ia tidak dibincangkan dalam topik ini.

Jadi sekiranya anda tidak memiliki daya tarik fizikal, rancanglah agar anda dapat menggunakan salah satu dari penyebab lain. Menjadi sangat malang, sekiranya anda tidak memiliki ketiga-tiga faktor tadi.

Banyak ahli politik yang berjaya yang menggunakan ketiga-tiga saluran ini. Mereka sering masuk televisyen (kedekatan), mereka juga mempunyai sosok yang menarik (tarikan fizikal) dan mereka juga membuatkan seolah-olah mereka sukakan kita (menghantar kad ucapan). Ini menjadikan mereka begitu mudah mendapat perhatian dan disukai.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails