Yang Ikut

Part II - Tarikan fizikal

Tarikan fizikal

Ini tema yang selalu digunapakai. Orang selalu melihat yang menarik sebagai baik, dan yang tidak sebagai buruk. Ini hakikat hidup. Kita tidak boleh lari daripadanya.

Ungkapan ahli falsafah Bertrand Russel - 'On the whole women tend to love men for their character while men tend to love women for their appearance' selalu diguna bagi menggambarkan bagaimana manusia tertarik dengan orang lain yang berbeza jantina. Dibandingkan lelaki, kajian-kajian mendapati bahawa wanita sangat bimbang sekiranya mereka dilihat tidak cantik atau menarik.

Kajian-kajian yang dilakukan terhadap pelajar yang baru mengenali di antara satu sama lain, yang digandingkan bagi menari bersama, menunjukkan mereka tidak ambil peduli pun hal personaliti atau sifat lain (misalnya perasaan rendah diri atau kembimbangan pasangan mereka) bagi membolehkan mereka merancang untuk sekali lagi dipadankan dalam sesi pertemuan lain. Yang utama pasangan itu mesti cantik dan menarik.

Didapati juga manusia cenderung untuk terus menjalinkan hubungan panjang dengan mereka yang sepadan daya tariknya (e.g. wanita cantik dan lelaki tampan). Hubungan ini kita katakan sebagai 'matching phenomenon - fenomena sepadan". Sebab itulah mungkin selalu terjadi keretakan rumahtangga apabila kita tidak bertemu dengan pasangan yang sepadan. Yang beristeri cantik mungkin merasa rendah diri, yang bersuami bergaya bimbang suami memasang lagi satu.

Kerana orang cenderung dengan yang cantik, yang tampan, yang menarik - dunia telah berlaku tidak adil. Orang yang cantik dan tampan mempunyai peluang yang baik dalam pekerjaan, mendapat gaji yang tinggi dan dinilai sebagai mereka yang bahagia. Kajian-kajian di Kanada misalnya menunjukkan orang yang menarik ini biasanya mendapat purata gaji yang lebih tinggi dari orang lain. Begitu juga dapatan kajian di Amerika.

Jadi - apa yang boleh anda lakukan?

Tidak dapat tidak anda perlu melakukan sesuatu untuk dilihat lebih cantik dan menarik untuk lebih disukai. Orang lelaki dikatakan lebih menyukai wanita yang mempunyai 'baby face', sebaliknya wanita menyukai lelaki yang matang dan berpengaruh. Bagaimana pun, penampilan fizikal ini pula haruslah baik sedikit dari purata sahaja. Kajian mendapati manusia sukakan seseorang yang mempunyai hidung, kaki atau tubuh badan yang lain yang tidak terlalu besar, atau terlalu kecil. Sebaliknya, jika tarikan fizikal ini keterlaluan, orang mungkin bimbang untuk mendekati anda.

Bagi mereka yang memohon pekerjaan, menulis resume yang baik dengan gambar yang menarik memberi peluang besar untuk dipanggil temuduga dibandingkan dengan meletakkan gambar yang tidak menarik.

Kebanyakan artis mempunyai kedua-dua peluang ini - menjadi mereka disukai. Mereka sering mendapat liputan media (kedekatan), dan mereka juga mempunyai wajah yang menarik. Inilah kekuatan mereka yang tidak dimiliki banyak orang biasa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails