Yang Ikut

Friday, 3 December 2010

Update PhD: Apa kata mereka?

Reactions: 
Beberapa hari dulu, aku menulis hal proses penulisan jurnal akademik.

Pagi tadi, sebaik bangun tidur, aku membuka emel. Aku tahu beberapa hari ini aku sepatutnya mendapat maklumbalas memandangkan ia sudah menghampiri 3 bulan sejak aku menghantar artikel ini semasa hari raya Aidilfitri lalu.

Salah seorang penilai berkata - "This is a wonderful and rare paper" - mungkin menjadikan artikel aku ini tidak ditolak pada peringkat ini. Salah seorang lain berkata: "It has been very interesting, informative, challenging, and fun". Entah apa yang 'fun' aku tak tahulah.

Kesimpulannya, kertas ini
'There was consensus among the reviewers to invite this manuscript for resubmission after revision'.

Apa maknanya? Ia tidak ditolak, tetapi belum diterima. Masih ada pembetulan dan keterangan lain yang patut dimasukkan. Biasanya proses ini akan berlaku sekali atau dua kali lagi sebelum diterima. Ia akan mengambil masa 45 hari untuk pembetulan, dan 3 bulan lagi untuk keputusan selanjutnya.

Adakah aku bergembira? Sekurang-kurangnya aku tidak kecewa. Kertas yang tidak ditolak sudah boleh dijadikan sebahagian dari bab PhD aku. Peluang untuk kertas ini diterima lebih banyak dari ditolak - walaupun berlaku juga beberapa kali pembetulan dilakukan, akhirnya ditolak juga!

3 comments:

ihsan_huhu said...

ah aku benci EBP argh!

ainishamsi said...

saya rasa saya perlu ucapkan tahniah! sekurang2nya, sudah sampai ke peringkat ini.

didoakan jalan yg seterusnya dipermudahkan oleh Allah.

^^

(yg kat malaysia, dok gado2 suh hantar isi paper. lepas tu suruh siapkan dlm masa sebulan...

tatau la yg menyuruh tu mmg extra pandai ke mmg tak pandai langsung!)

FakirFikir said...

Ihsan...hang patut dah kahwin..ha ha. Sebab tu jiwa hang kacau lately.

Aini - itu extra suruh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails