Yang Ikut

Friday, 18 November 2011

Apakah 'safety climate'?

Reactions: 
Dr Ben bertanya apakah yang aku maksudkan dengan safety climate?

Agak sukar untuk kebanyakan orang luar memahami makna patah kata ini, kerana climate itu sendiri merujuk kepada hal-hal yang berkaitan cuaca. Tetapi itulah gaya bahasa Inggeris.

Safety climate dalam bidang kami tidak ada kena mengena dengan cuaca. Ia merujuk kepada iklim organisasi yang mengutamakan keselamatan pekerja.

Di Barat, safety climate dianggap hal yang utama, sekalipun di sektor yang tidak terdedah dengan risiko bahaya. Di Universiti Adelaide atau Universiti South Australia, kami sudah terbiasa dengan bunyi siren yang menyebabkan semua orang perlu keluar dari tempat masing-masing dan berkumpul di tempat yang disediakan. Walaupun tidak ada pun sebarang kejadian yang tidak diingini, seperti kebakaran - tetapi semua orang bergerak keluar seolah-olah ada sesuatu yang berlaku.

Ia memang bersifat ujian, tetapi ia sangat kerap.

Ia cuma bagi menyedarkan pelajar dan pekerja, kalau ada sesuatu yang berlaku, siren akan berbunyi - maka semua orang perlu mengambil langkah berjaga-jaga.

Sebab itu, tanda keselamatan ada di mana-mana. Untuk memanjat tangga membaiki bangunan misalnya, telah tertulis arahan 'hanya mereka yang berkelayakan sahaja'. Tidak semua orang dibenarkan naik. Ini semua adalah bentuk safety climate.

Di setiap simpang jalan, kalau ada sedikit sahaja pun lubang untuk dibaiki, akan ada papan tanda atau kun yang dipasang. Ia dipagar pula. Semua pekerja perlu memakai kasut dan pakaian keselamatan. Semua ini adalah safety climate.

Safety climate ini akan lebih teruk lagi di industri yang berisiko. Di Australia, pelanggan tidak dibenarkan masuk ke dalam kedai membaiki kereta. Kita hanya berurusan di kaunter sahaja. Jangan dipersoalkan lagi kalau kita berkerja di kilang atau di syarikat minyak. Semua ini ialah safety climate.

Kanak-kanak berumur 7 tahun ke bawah tidak dibenarkan duduk di kerusi hadapan dalam kereta. Sebabnya kalau berlaku kemalangan, mereka akan ditimpa kecelakaan yang teruk. Mereka juga ada kerusi mereka sendiri dan hanya boleh duduk di belakang.

Semua ini adalah pembudayaan safety climate.

Sebab itu, kalau berlaku malapetaka - kita selalu mendengar angka kematian yang tinggi di negara sedang membangun, berbanding di negara maju.

Bagaimana di negara kita?

Anda tidak perlu membuka buku. Anda hanya perlu membuka mata dan lihat di sekeliling anda.

7 comments:

Dr. Ben said...

dalam konteks ini,

climate = suasana?

FakirFikir said...

Dalam konteks kami, climate = iklim. Iklim ini diwujudkan through polisi dari atas.

jedi said...

Budaya safety di negara kita masih kurang....dalam kehidupan seharian atau di tapak bina...

Walhal, tujuan utama safety adalah kesematan diri didahulukan baru, keselamatan orang lain.

Faizal Rahman said...

Byk beza, di NZ, kanak2 bawah 5 tahun dlm kenderaan mesti on child seat.

Budaya berawas ni mungkin kurang di praktik kerana kurang bencana alam, segala2 hanya atas keuntungan dan rakyat berjimat untuk safety.

Yg biasa di oversea bila balik Malaysia kembali ikut budaya tempatan walhal byk dipelajari di luar sana ttg ketamadunan manusia.

p/s: Saya pembaca baru blog ini.

FakirFikir said...

Faizal - selamat datang!

sahromnasrudin said...

assalamualaikum

salam perkenalan..

kenal blog ini dr blog dr ben..terus folo blog ini

semoga tuan belog senantiasa dirahmati Allah SWT

rockmysoul said...

safety climate ini, sayangnya tidak diamalkan dari peringkat akar umbi di Malaysia. Contohnya, di sekolah. Guru dipertanggungjawabkan untuk membetulkan bumbung, periksa kabel penebat, perbetul wiring, dan lain-lain. Apa sangatlah cikgu tu tau...sekolah, belum lagi di tempat lain rasanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails