Ada seseorang bertanya. Emailnya panjang .Kalau anda ingin membahasnya, kirimkan email. Ia topik yang penting. Kalau semua orang ingin mengejar ISI, apa pula akan jadi dengan pendikan agama kita? Nanti aku menjawabnya.
*********************
Satu persoalan telah muncul dan persoalan
ini turut diakui oleh pensyarah saya yang mengajar subjek kaedah penyelidikan, tetapi beliau tidak pula memberikan penyelesaian dan saya
pula yang sememangya sangat berminat dengan bidang penyelidikan agak
bersedih hati.
Bidang
pengajian Islam dilihat tidak dapat menyaingi bidang-bidang lain dari
segi penyelidikan. Bidang kami hanya banyak dalam kajian berunsurkan
kajian deskriptif dan jarang sekali membuahkan hasil yang praktikal.
Begitu juga dalam menentukan
mutu jurnal lebih banyak memihak kepada bidang Sains dan Teknologi untuk
memperoleh ranking jurnal. Bidang
pengajian Islam sangatlah terpencil dan sukar untuk mendapatkan
'kejayaan' penyelidikan seperti bidang Sains dan Teknologi.
Jadi saya ingin tahu apakah sebenarnya keperluan mendapatkan ISI, ranking yang baik dalam satu-satu penyelidikan?
Jika ianya satu
pengiktirafan kepada kualiti kajian, oleh itu dalam bidang pengajian
Islam kualiti yang bagaimanakah dilihat sebagai penyelidikan yang
melayakkan mendapat Q1? Apakah nilai empirikal dan numerical itu
pendokong kuat kepada status sesebuah jurnal yang berkualiti? Sedangkan pengajian Islam membincangkan tentang hal-hal
metafizik, jadi bagaimanakah pembuktian empirikal boleh dilakukan?
Misalnya, kesan pembelajaran dengan menggunakan hati dan pemikiran
rasional. Dalam ayat-ayat al-Quran banyak disebutkan supaya berfikir itu
dikaitkan dengan hati tetapi bagaimanakah ianya dapat dibuktikan dengan
penyelidikan?
Sejujurnya realiti masyarakat sekarang lebih melihat nilai empirikal bagi menambah keyakinan dan membuka minda mereka tanpa pengecualian dalam hal-hal keagamaan (contoh: jika dapat dibuktikan dengan nilai empirikal orang yang solat dalam mencegah kemungkaran, kemungkinannya ramai yang akan berlumba-lumba solat) tetapi solat mempunyai nilai spiritual yang tak dapat dibuktikan dengan angka. Ibaratnya sistem penyelidikan kita juga berperang dengan nilai-nilai spiritual walaupun dilihat sebagai sesuatu yang akademik/ilmiah.
Jadi Islam dilihat tidak mampu menyumbang dan merubah
masyarakat dalam kehidupan yang dilihat sebagai serba moden ini.
Mohon pencerahan dan apakah kelemahan-kelemahan/cadangan/ kritikan
yang perlu dperbaiki oleh penyelidik dalam bidang pengajian Islam
supaya mempunyai kemampuan bersaing dengan penyelidikan Barat (yang
tidak berasaskan kepada Islam) supaya boleh ia dikatakan bertemu buku
dengan ruas dan bukannya seperti langit dengan bumi.
Mohon pencerahan dan apakah kelemahan-kelemahan/cadangan/
Semoga dengan
pencerahan dapat menguatkan lagi usaha kami, mengeluarkan
kami dari takuk yang lama dan saya sangat-sangat menghargainya.
1 comment:
Saya tidak la fasih dalam hal - hal agama, cuma saya ingin kongsikan sesuatu yang terlintas di fikiran saya bila tuan bincangkan soal agama.
ada satu buku (autobiography) yang saya baca membincangkan kaitan antara genetic, brain and behaviour. dalam buku tersebut, penulis membincangkan ketiga - tiga aspek tanpa mengaitkan dengan agama. sepanjang saya membaca buku tersebut, saya terfikir, apa yang dikaji oleh saintis - saintis yang disebutkan kajian mereka dalam buku itu sebenarnya ada dalam Al - Quran. saya tak pasti jika ada saintis Islam sedar akan kewujudan hasil - hasil kajian tersebut, atau terlibat secara langsung dalam kajian tersebut (tidak dinyatakan dalam buku tersebut).
Pada pendapat saya, buku itu mungkin boleh dijadikan basic untuk lebih memahami kajian tentang genetik manusia (sekadar rujukan awal kerana bahasanya santai dan boleh difahami umum)
Buku tersebut bertajuk My Beautiful Genome oleh Lone Frank. Semoga membantu =)
Post a Comment