Esok sekolah di Selangor mula ditutup. Jika ditanya banyak orang, mereka gembira atau tidak? Mungkin ada yang tidak gembira. Tapi dalam situasi yang tak keruan sejak dua tahun ini, tutup dan buka sudah menjadi biasa.
Bagi yang gembira, ada juga banyak sebab. Jawapan yang paling skema mungkin untuk menghindar Covid-19. Tapi jawapan lain yang lebih jujur, ibu bapa tak perlu bersesak di waktu pagi menghantar anak ke sekolah. Jadi belum tentu ada yang suka sekolah ditutup ini kerana mengelak penyakit sahaja. Manusia ini banyak sebab peribadi yang disembunyikan di balik sebab umum.
Anda semua marah kerana tak boleh beraya dan melintas negeri? Ya, ramai yang marah.
Tapi dalam diam-diam ada sukanya juga. Berapa ramai daripada kita yang gelisah tak sempat menukar wang raya di bank? Berapa ramai juga yang tak lena tidurnya kerana tak sempat membeli baju raya? Dan kita juga tak begitu banyak bercakap tentang wang tak cukup untuk beraya tahun ini.
Jadi kita sebenarnya marah atau tidak?
Kita perlu tunjuk rasa marah. Agar orang tak nampak sangat kita sedang bergembira.
Tak begitu?
Selamat berbuka.
No comments:
Post a Comment