Saya agak sibuk dan tidak sempat menulis. Tiga minggu saya di luar negara. Pertamanya di Australia. Keduanya di New Zealand.
Dari Adelaide, saya melangkah pula ke New Zealand beberapa hari. Ia negara yang cantik dan berbukit bukau. Penduduknya seramai 4.47 juta orang sahaja. Jumlah penduduk Kuala Lumpur sahaja sudah menghampiri 2 juta orang.
Saya terus memandu menerokai sebahagian besar South Island dari satu tempat ke satu tempat setiap hari. Kami akan singgah makan dan memasak apabila lapar. Makanannya mudah sahaja. Sesekali Maggie. Sesekali memanaskan lauk.
Saya sempat singgah di banyak tasik. Antara yang terkenal ialah Lake Wakatipu dan banyak lagi. Saya tidak sempat mencatat semua nama tasik yang saya singgah.
Ini fenomena yang saya sempat lihat. Saya gunakan kamera smartphone saya merakamkannya.
Inilah Milford Sound yang ternama itu. Kena ada duit sedikit mengelilingi pergunungan ini kerana anda perlu menaiki feri.
Nota. Minyak agak mahal di New Zealand. 2.40 Dollar seliter. Jadi perlu ada dalam 100 dollar sehari untuk memandu kereta dan menerokai New Zealand.
Paling unik, lapangan terbang Christchurch menyediakan ruang untuk mereka yang ada penerbangan di antara jam 8 malam ke 6 pagi untuk menginap dengan bayaran 5 dollar. Awalnya, ejen memberitahu isteri saya bahawa jangan bermalam di airport. Kononnya nanti ditahan polis.






1 comment:
Cantek Bumi Allah
Smoga Lebih Kenal Allah
Lebih Taat Pada Allah
Post a Comment