Hujung bulan ini, aku akan kembali ke Adelaide. Berjumpa kawan-kawan lama. Menaiki bas. Minum kopi di Aroma cafe. Berjumpa dengan penyelia di Magill Campus. Makan-makan di rumah kawan. Boleh kembali serabut. Tak payah pakai baju bergosok. Rambut tak perlu bersikat.
Semua ini adalah hal indah yang telah tidak ada sejak balik Malaysia. Cuma yang aku mampu, memakai baju dengan lengan berlipat. Itu sahaja. Selebihnya tidak boleh lagi aku buat. Ini dunia formaliti. Ini dunia protokol.
Tidak tahu berapa hari aku akan ke sana. Tidak sangat penting. Dunia ini dunia sibuk. Dunia yang masa lebih mahal dari nyawa.
Tunggulah aku Adelaide!
Dulu aku selalu memesan rokok sebaik sahaja ada orang Malaysia datang. Kali ini, akulah posmen itu!
4 comments:
congrats abang awang! alhamdulillah. :)
kehidupan sempoi yang akak sendiri sayang nak tinggalkan...
Pi tu jgn lupa nk blk!
chah....awang tak balik pun tak pa..ramai orang yang sudi jaga dia.
Post a Comment