Yang Ikut

Friday, 3 August 2012

Selamat datang ke dunia PhD yang menyeronokkan!

Reactions: 
Petang tadi, saya berpeluang bertemu dengan beberapa pelajar yang sedang mengikuti pengajian Ph.D di IPTA. Saya mendengar cerita-cerita mereka. Banyak yang tidak menarik, menjadikan PhD ini jalan yang tidak indah.

Bayangkan mereka menyediakan proposal setebal lebih 100 halaman. Bagi saya, ini bukan proposal. Proposal sepatutnya pendek sahaja. Yang patut diutamakan ialah beberapa siri kajian, atau berapa banyak 'kelompangan (gap)' yang sepatutnya ada dalam kajian.

Bayangkan, kalau proposal sudah setebal ini, maka berapa lama masa yang telah digunakan? Lama bukan.

PhD bukanlah proposal. PhD ialah kajian bagi menemukan sesuatu. Kalau terlalu banyak masa dihabiskan untuk proposal, sangat sukar untuk menjalankan kajian yang mantap. Dengan masa yang tinggal sekitar 2 atau 3 tahun, bilakah pula waktunya mereka akan menjalankan kajian?

Saya tidak setuju dengan aliran yang berpandangan bahawa proposal yang tebal itulah menjadikan sesuatu kajian itu mantap. Sebagai pelajar PhD, mereka harus diberikan peluang meneroka dan banyak kepercayaan. tugas penyelia ialah menunjukkan jalan yang betul. Bukan menyiksa pelajar dengan hal yang bukan-bukan.

Saya datang dari persekitaran kerja swasta. Saya mempunyai personaliti A. Maknanya, setiap pelajar saya perlu berkerja dengan cepat dan berfikir dengan pantas. Sekiranya mereka mampu menyediakan proposal setebal 15 halaman, itu pun sudah memadai. Yang utama, mereka tahu di mana kelemahan kajian lalu, dan ada sedikit sebanyak pengetahuan mengenai teori yang digunakan.

Setelah data dikutip, barulah perjalanan PhD sebenar akan bermula. Saya akan 'menyiksa' pelajar saya dengan pertanyaan tak kunjung henti. Saya tidaklah mahukan mereka merasakan siksaan itu. Saya mahu mereka menyelesaikan kutipan data secepat mungkin, kerana kalau nanti ada kesalahan di sana sini, dengan baki masa 3 tahun mereka boleh menutupnya dengan kajian yang lain. Jadi, lebih baik berkerja keras dahulu, dan senang kemudian.

Saya tidak sedikit pun teruja dengan proposal yang tebal. Itu adalah buku. Saya teruja dengan siri kajian beberapa kali, atau statistik yang agak kompleks, dan menulis dengan cara yang betul.

Bagaimana kalau mereka tidak mampu. Saya akan mengajarnya. Lebih baik menjadi Yuna yang menyanyikan banyak lagu, daripada seniman agung yang mengambil masa 3 tahun menuliskan lirik, tetapi tidak pernah sempat dinyanyikan. Orang lain sudah menghasilkan banyak album, sedang anda masih mencari apakah lirik terbaik. Ia pekerjaan bodoh.

Selamat datang ke dunia PhD yang menyeronokkan!

2 comments:

Amira Ameruddin said...

Saya setuju dengan pendapat di atas.. sebelum saya sambung dulu, saya juga harus sediakan proposal bagi kelulusan cuti belajar dari IPTA yang saya kerja sekarang. Harus lalui presentation dan dah terasa seperti viva la pula.. walhal banyak lagi belum tahu... kalau dah tahu, dah pas la phd.. jadi, saya setuju setakat proposal itu kita tahu apa yang kita rasakan boleh dijadikan satu ptojek dan mampu dilaksanakan di sekian tempat yang kita belajar nanti.. thanks for sharing here.

Anonymous said...

Saya sedang melalui PhD. Begitu memeritkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails