Yang Ikut

Thursday, 1 September 2011

Aku terlupa anak aku bersekolah di Barat

Reactions: 
Tinggal 4 hari sahaja lagi aku di bumi Adelaide. Isteri dan anak aku akan pulang ke Malaysia, lambat 10 hari daripada aku.

Beberapa hari lalu, aku memberitahu anak aku yang hari Jumaat esok ialah hari terakhir sekolahnya. Ini kerana, sebaik sahaja aku balik ke Malaysia, tentulah susah untuk isteri aku menghantar anak aku ke sekolah. Lagi pula, sekarang ini kami sudah berpindah rumah dan menumpang di rumah seorang kawan (terima kasih).

Aku memberitahu anak aku ketika dalam perjalanan ke sekolah. Aku memandu kereta, dan anak aku duduk di belakang. Hanya kami berdua.

Perbualannya lebih kurang begini.

Aku: "Man, hari Jumaat ni ialah last day Man school tau. Ayah dah nak balik Malaysia. Nanti Umi tak sempat nak hantar Man ke sekolah lagi".

Tiba-tiba, jawapannya mengejutkan aku dari mimpi.

"Awah (ayah), you never asked my opinion pun". (Nota: Anak aku pelat untuk menyebut ayah ketika kecil. Jadi dia menyebutnya awah. Sampai sekarang pun, walaupun dia boleh menyebut ayah, dengan aku dia hanya memanggil awah).

Aku sebenarnya tak sangka yang anak berusia 6 tahun itu sudah boleh menjawab begitu. Dalam budaya kita, kita menentukan segalanya untuk anak kita. Malah, ketika anak sudah berusia dewasa dan mahu berkahwin pun, kita masih lagi memberikan kata putus.

Tetapi, ia berbeza dalam budaya Barat. Anak-anak mempunyai pandangannya sendiri. Anak-anak diasuh di sekolah untuk berani menyuarakan pandangan dan membuat keputusan.

Apa yang dipersoalkan anak aku ialah sesuatu yang benar. Kita patut berbincang dengan mereka dahulu. Itulah caranya mereka dididik. Kita tidak boleh berkata apa yang kita lakukan semuanya betul. Mereka juga patut ada hak dalam menentukan hala tuju mereka.

Tersentak dari pertanyaan anak aku tadi - aku bertanya balik - sampai bila dia mahu bersekolah. Dia menjawab - dia mahu bersekolah lagi.

Aku tidak ada pilihan lagi. Isteri aku perlu menghantarnya ke sekolah untuk seminggu lagi.

Kita patut memberikan sedikit kuasa untuk anak-anak kita menentukan jalan terbaik untuk mereka.

Aku juga tidak patut terlupa bahawa anak aku diasuh dalam sistem pendidikan Barat.


3 comments:

Dr. Ben said...

nanti dia kat malaysia.. tak nak pergi sekolah heheh... sekolah kat malaysia tak best.

Salmi said...

Tuan, anak saya sudah mula meminta untuk pulang ke 'rumah' dia. Terkedu saya bila anak 5 tahun cakap dia miss her 'home', her neighbour...frens over there. Kesian..mak nya rasa nak nangis. The transition is not that easy.

Irwan said...

Salam tuan,

Izinkan saya mengongsi entry ini di blog saya, ye...

http://aderberani.blogspot.com/2011/09/fakirfikir.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails