Sepanjang tahun 2022 tidak ada sepatah ayat pun aku tulis di blog ini. Aku tidak sibuk. Tidak juga tak sibuk. Tak juga apa-apa. Cuma aku tidak ada apa-apa juga pun.
Aku mengharungi banyak cerita juga di tahun 2022. Entah ia berguna atau tidak, aku lalui sahaja mengikut angin.
Kini sudah tahun 2023. Sudah di bulan Mac.
Blog ini mungkin akan mati atau terus hidup aku tak tahu. Tapi ramai kawan-kawan baik yang dulu membaca blog ini juga sudah mati.
Kata orang, selagi kita bertanya bila kita akan mati, itu tandanya kita masih hidup.
Teruslah hidup blog ini. Jangan mati lagi.
1 comment:
Tak mengapa. Blog masih ada, entry masih ada. Tanda tuan punya masih bernafas, jemari boleh berketik. Cuma, semangat berlalu di angin lalu.
Post a Comment