Yang Ikut

Thursday, 23 June 2011

Keakuran dan ketaatan

Reactions: 
Dalam disiplin psikologi sosial - ada dua hal yang selalu dibincangkan bagi menunjukkan bagaimana prilaku manusia ini cenderung disebabkan oleh orang lain. Ini dibincangkan dalam topik keakuran (conformity) dan ketaatan (obedience).

Apakah conformity?

Selalu dalam mesyuarat, kita sesekalinya bersetuju dengan orang lain. Apabila kita lihat banyak orang mengangkat tangan tanda setuju, kita jadi serba salah kalau tidak bersetuju. Kita pun tumpang mengangkat tangan juga sebagai tanda setuju, walaupun hati kecil kita berkata tidak. Dalam proses pengundian secara terbuka - misalnya dalam perlantikan ahli jawatankuasa kelab, hal ini selalu berlaku.

Sebab itu, dalam banyak hal - kita selalu dengar orang bising-bising apabila selesai mesyuarat. Ada banyak hal yang dirungutkan, walaupun tadinya mereka yang merungut ini bersetuju juga.

Obedience pula - taat yang mebuta tuli. Dalam politik, atau gerakan agama - hal ini banyak terjadi. Ahli taat dengan apa sahaja kata pemimpin, tanpa berfikir hal itu salah atau tidak. Tiada sebarang penggunaan mekanisme berfikir.

Sebab itu, apabila membaca suratkhabar - kita adakalanya berasa jelek dan pelik apabila ada ahli yang berkobar-kobar menyatakan pandangan atau arahan ketuanya sebagai betul dan benar. Sedangkan, kita semua tahu apa yang disebutkan ketua mereka itu adalah hal yang salah.

Anda tidak perlu menggogle hal ini. Cukuplah kalau anda membaca suratkhabar atau melihat berita televisyen.

Apakah keakuran dan ketaatan ini satu hal yang bermasalah. Adakalanya tidak, tetapi selalunya mencetuskan sesuatu yang buruk.

Ia menjadi buruk - apabila dalam hal tertentu kita tidak dapat membincangkan hal secara rasional. Di Parlimen, wakil rakyat tidak dapat membincangkan banyak masalah rakyat dengan lebih rasional kerana mereka terdorong untuk akur dan taat dengan ahli dan organisasi. Apabila dikatakan nuklear sesuatu yang baik - walaupun semuanya tahu, ada juga kesan tidak baik, tetapi orang bersetuju juga.

Begitu juga dalam hal agama. Ada hal-hal yang hanya sekadar perkara cabang. Tetapi kerana gurunya menyebut bahawa itu adalah hal yang tidak boleh, atau kerana falsafah ajarannya menyatakan ia hal yang salah, maka orang selalu membuat hukuman terhadap orang lain tanpa berfikir panjang.

Bagaimana untuk menghindar dua hal ini?

Belajarlah agar lebih terbuka dan menjadi sedikit cerdik.

3 comments:

Anonymous said...

"Apabila dikatakan nuklear sesuatu yang baik - walaupun semuanya tahu, ada juga kesan tidak baik, tetapi orang bersetuju juga."

Kenyataan ni macam tunjukkan penulis pun agak kurang setuju dengan nuklear kan. Hehehe...

Dr. Ben said...

say no to nuclear power!

Anak Pendang Sekeluarga said...

Salam,tuan,kalau tuan ada pengalaman yang menarik di india,sila berkongsi dengan saya di blog saya...semoga Allah melimpahi keberkatan pada tuan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails