Yang Ikut

Tuesday, 11 October 2011

Budaya penyelidikan kita

Reactions: 
Menyorot tulisan Dr Ben di lamannya.

Aku selalu tidak puas hati apabila orang akademik kurang bercakap hal research, tetapi rancak bercakap hal yang dibincangkan orang awam di kedai kopi. Aku juga selalu gelisah apabila membaca cara anak-anak muda di universiti berfikir - cara mereka berfikir sama seperti orang lain juga. Ia sama seperti anak-anak muda yang memburuh di tepi jalan atau di bawah bumbung kilang.

Aku juga tidak suka apabila penyelidikan sarjana atau PhD, kelihatannya sama seperti penyelidikan pelajar ijazah sarjana muda sahaja. Yang berubahnya hanya jumlah halaman, dan bukannya jumlah idea baru dan hasil yang memberahikan.

Aku gelisah bukan kerana aku pandai, atau orang lain itu tidak pandai.

Aku tidak merasa gembira kerana bagi aku - universiti patut memainkan fungsinya. Universiti tidak patut menelurkan kaki bodek yang menghasilkan pandangan mengelirukan, tetapi universiti menghasilkan orang bijak yang boleh memberikan manfaat kepada manusia di luar.

Kalau orang di dalam universiti - baik kakitangan atau pelajar menghasilkan sesuatu yang sama seperti orang lain - kita tidak perlu tubuhkan universiti. Lebih baik bangunkan banyak kilang. Kita akan dapat menyediakan lebih banyak pekerjaan. Kita boleh juga bangunkan banyak kedai. Kita boleh bercakap hal makan, minum dan perut. Kita bangunkan banyak panggung wayang. Kita akan menghasilkan lebih banyak pelakon dan artis yang muda, cantik pula.

Sebab itulah - universiti patut berbeza dengan institusi lain. Kalau tidak berbeza, ia bukan universiti. Kalau semata-mata mengajar, itu sekolah. Kalau sekadar untuk mendapatkan sijil, itu kilang cetak. Kalau hanya datang dan bergossip, itu pejabat. Kalau hanya menghasilkan anak muda yang tahu berkerja, kita sudah ada banyak pusat kemahiran.

Apa yang akan membezakan universiti dengan 'benda' lain?

Universiti patut ada banyak research. Reserach itu pula bermula dengan 'Re' - maksudnya kajian itu mestilah baru dan bukan hanya mengulang-ulang apa yang dibuat orang sahaja. Dalam erti kata yang lain, mengulang tanpa tahu punca. Melakukan kajian yang memberikan manfaat. Membuat sesuatu yang tidak diketahui orang.

Aku selalu menjadi manusia yang gelisah.

Buat permulaan - aku terpaksa melakukan sesuatu. Aku perlu adakan 'bengkel penulisan dan penyelidikan'. Kali ini untuk pelajar tahun akhir universiti. Ia akan diadakan setiap Jumaat jam 10-12 tengahari.

Kalau anda pelajar universiti, anda juga boleh datang kalau mahu. Aku tidak kisah.

5 comments:

Dr. Ben said...

kegelisahan yang diperlukan.

ainishamsi said...

ok, mahu turut serta.:)

Cik Siti said...

Nak buat kat mana bengkel tu? Kalau free boleh join.

Irwan said...

Kat Malaysia ni, potensi pemikir tu memang banyak.

Tapi kita juga banyak stigma. Dan kurang sistem sokongan. Lebih2 lagi kerajaan. Dan juga sang pembentang prposal yang kurang presentation skill (maklumlah, orang akademik ni memang tipikali nerdish)...

Anyway, yang lebih menyedihkan ialah menyedari bahawa kebanyakan anak bangsa yang risau atau gelisah tentang Malaysia ni, berada DI LUAR negara...

sedangkan yang kat dalam, low-balling...qanaah jer...


hehehe...

FakirFikir said...

Siti, contact me via email

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails