Yang Ikut

Tuesday, 1 March 2011

Dunia menulis

Reactions: 
Tidak banyak perkara yang dapat aku update hari ini.

Aku sedang sibuk menulis kertas terakhir untuk pengajian PhD aku. Ia kertas yang perlu aku siapkan bagi menutup cerita PhD aku yang kian lama kian membosankan.

Berapa lama masa perlu digunakan bagi menulis satu-satu kertas yang panjangnya 10,000 patah perkataan?

Jawapannya bergantung kepada sebanyak mana kita tahu jalan cerita kertas kita. Ia seperti menulis di blog juga. Semakin banyak kita tahu, semakin banyak yang kita tulis, dan semakin mudah kita menulisnya.

Biasanya aku menetapkan 10 hari bagi menyiapkan satu kertas jurnal, dengan andaian 1,000 patah perkataan sehari - walaupun ada masanya aku boleh menulis lebih cepat dari itu. Masa terbaik aku menulis kertas ialah 3 hari.

Aku perlu menulis di rumah bagi tulisan yang terlalu memfokus. Aku tidak tahu mengapa. Mungkin sebab ia memudahkan aku berlegar-legar di dalam rumah, dan merokok beberapa kali. Aku tidak boleh menulis di pejabat. Ia tidak menjadi tempat yang selesa untuk aku - walaupun ada semua kemudahan. Dulu aku menulis di garage belakang rumah. Selalu juga aku menulis di dapur. Ini semua lokasi terbaik aku di rumah.

Supervisor aku juga tahu cara aku. Kalau aku tidak ke universiti, itu tandanya aku sedang menulis. Aku biasanya mengirimkan email - memberitahunya yang aku sedang menulis. Jadi, dia tidak akan menggangu aku untuk beberapa hari.

Anda sedang menulis?

Oh, hari ini ada satu lagi kertas aku diterima dengan sedikit pembetulan. Alhamdulillah.

3 comments:

Ibnu Mutalib said...

hah?terbaeeekkk

aisyasadan said...

Kini saya sedang mencari "mood" untuk menulis proposal dissertation Master saya. Idea sudah clear, tapi tangan untuk menaip masih tidak bergerak-gerak. Bak kata one of my lecturer saya, ayat untuk paper kita seharusnya yang mantap. Kadang-kadang saya terfikir, sejauh manakah sesuatu yang mantap itu dikatakan mantap. Hehe.

3 hari? Wah! Kagum-kagum. Tahniah.. :)

ajaq said...

hang tidur keee 3 hari aku selak x de pe pun....atau kedai dah tutup

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails