Yang Ikut

Friday, 11 December 2015

CacaMerba

Reactions: 
Melayu

 Menjadi Melayu ini
Segalanya serba tak kena
 Kasar dikata biadab
Marah dikata derhaka
Menegur dikata mengata
 Semuanya tak boleh belaka
Sedang kepala diinjak setiap masa

 Menjadi Melayu ini
Segalanya serba tak kena
Yang salah dikata benar
Yang benar dikata celaka
Benar dan salah tak mampu dibeza
 Jadilah kita bangsa yang hina

 Menjadi Melayu ini
Segalanya serba tak kena
 Tak cukup bersalam bercium pula
 Tak cukup bercium mengampu juga
Hidup selamanya ibarat hamba
Ibarat jasad yang tiada jiwa

 Menjadi Melayu ini
Segalanya serba tak kena
Yang cerdik tak boleh bersuara
Yang bodoh bersorak suka
Yang jahat diampu sepanjang masa
 Yang baik tempatnya mungkin di penjara

 Satu hari orang bertanya
Malayu ini apa harganya
Serba tak kena kita menjawabnya
Mencari di mana nilainya kita

 FF

3 comments:

mulan said...

Menjadi Melayu ini
Segalanya serba tak kena
Takutnya pada salib
Redhonya pada rasuah
Tarikat dikata Syiah
Sunni pula entah ke mana arah


Salam Bro....apa khabar semua....

FakirFikir said...

Ingin tahu khabarku..tanyalah pada angin yg lalu

mulan said...

angin berhembus lembut...ku harap bahagia di sana...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails