Yang Ikut

Saturday, 25 October 2014

Apa hebatnya memegang anjing?

Reactions: 
Entah apa istimewanya anjing sehingga perlu ada kempen untuk memegangnya pula. Jika hendak menunjukkan jaguh, kempen memegang singa atau harimau mungkin lebih berbaloi. Kalau ingin menunjukkan kasih terhadap binatang, beribu-ribu ekor kucing jalanan yang dibuang ke pasar atau kedai makan yang belum bertuan.

Banyak juga kera yang bergayut di pokok. Mereka mungkin mengharapkan ada yang ingin menganjur kempen mencium mereka juga. Ia lebih istimewa. Satunya, belum kedengaran orang Barat mencium mereka lagi. Kalau tidak kera jantan, kera betina mungkin boleh juga.

Saya tinggal di Australia. Saya biasa sahaja kalau ada anjing mendekati saya. Sekiranya ia menjilat sekalipun, saya tidak merasa apa-apa yang istimewa. Saya juga tidak merasakan yang orang putih yang sayangkan anjing merasa kagum kalau kita menyentuh anjing mereka.

Tetapi hal pelik ini berlaku kepada orang Melayu beragama Islam.

Memang hukum memegang anjing ini bermacam-macam. Ada banyak pandangan.

Tidak mengapalah kalau ada yang berkata memegang anjing dibolehkan. Tetapi mengapa sampai hendak berkempen.

Alangkah eloknya kalau mereka berkempen sembahyang lima waktu sehari. Banyak orang Islam yang kita tahu tidak begitu tahu hendak bersolat. Di Kelantan, mereka mahu ada undang-undang mewajibkan solat Jumaat. Tetapi peguam hak asasi marah pula.

Seteruk-teruk kempen yang boleh dibuat ialah kempen menyentuh tikar sembahyang. Untuk menyuruh orang sembahyang, ia mesti bermula dengan mendekati sejadah dahulu. Ia dilihat remeh. Tetapi kesannya mungkin lebih baik daripada berkempen memegang anjing.

Mungkin penganjur ini hendak tunjukkan mereka ini alim. Mereka ingin tunjukkan mereka tahu banyak perspektif hukum. Baguslah begitu. Tetapi mengapa tidak mahu berkempen tolak zina dan tolak rasuah. Ia hukum yang pasti. Tiada khilafiah lagi.

Jadi mungkin pencinta anjing ini ingin beritahu dunia ada hal-hal agama yang masih diperhujahkan. Imam Syafie mungkin tidak sehebat mereka dalam bab mengeluarkan hukum.

Tetapi harus diingat, dalam bidang sains pun ada hal yang tidak boleh diperdebatkan juga. Hukum atom oleh Albert Einstein misalnya, mengapa tidak ada yang menafikannya? Cubalah berkempen dan tunjukkan teori yang baru yang dibuat sendiri lebih betul.

Tidak boleh sebab jahil. Tetapi dalam bab agama hendak memandai pula.

Sampai masanya nanti, ada kempen makan daging babi pula.

Waktu itu kita boleh berkata, anjing dan babi tetap begitu sifatnya sejak azali. Yang berubahnya ialah sifat manusia yang kian bebal dan sombong.

Jika ada yang terasa tidak tidur lena kerana tidak dapat menyentuh anjing, di kampung saya di Changlun banyak anjing kurap berkeliaran.

Jangan hanya memilih anjing yang comel sahaja!


1 comment:

Hidayu Kamarudin said...

Yes agreed ramai pulak malay Muslim yg hadir itu yg buat kami masyarakat Muslim yang lain rasa sedih dan terhina. Saya hidup dalam komuniti cina dan bersekolah Inggeris yang mana dog keluar masuk sekolah. Sebolehnya saya tak mau kasut sekolah saya terpijak tahi anjing malah sibuk bertanya ustazah bagaimana hendak samak najis anjing jika terpijak tapi melayu hari ini yang join kempen itu sibuk sgt mahu memegang anjing. Inilah fitnah akhir zaman

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails