Yang Ikut

Tuesday, 26 August 2014

Saya tidak boleh berpatah balik

Reactions: 
Saya tahu saya tidak boleh kembali ke masa silam.

Di waktu saya masih kecil, saya dan sepupu selalu ke hutan melastik burung di hutan. Di pinggir hutan tadi ada satu padang yang cantik, tumbuh berbagai-bagai pohon renek. Di situlah burung memakan buah dan madu bunga. Saya tidak pernah berjaya mendapat seekor burung pun seumur hidup saya dengan melastik.

Saya tahu saya tidak boleh kembali ke masa silam. Saya kini di Kuala Lumpur. Sepupu saya juga.

Kami sedang melastik nasib di kota yang payah.

Semakin hari umur saya berubah. Saya semakin remaja. Semasa remaja, saya idamkan kehidupan yang lain. Saya tidak lagi melastik burung walaupun sesekali saya ke hutan menjerat burung mandi.

Saya membesar di sekolah asrama. Saya terdedah dengan beragam watak hidup manusia. Anak orang kaya, dengan cara mereka. Anak orang miskin ada caranya juga.

Sesekali saya cemburu dengan mereka yang dihantar dengan kereta ke asrama oleh keluarga mereka. Saya hanya menaiki bas sahaja. Kalau saya dapat berpatah balik, saya tidak mahu naik bas. Saya juga tidak mahu tinggal di asrama. Saya mahu lebih banyak masa di rumah.

Tetapi saya tidak boleh.

Saya masuk ke universiti tahun 1992. Saya pun tidak tahu mengapa saya memilih psikologi. Mengapa tidak bidang lain? Saya sepatutnya menjadi sejarawan. Tetapi saya tidak boleh berpatah balik lagi.

Tatkala banyak teman saya memilih menjadi guru, saya pula memilih berkelana di sana sini. Saya berkerja kilang. Saya kemudiannya berkerja di beberapa tempat lain. Saya tidak kaya. Saya tidak memiliki apa-apa.

Saya melanjutkan PhD tahun 2007.

Kalau saya boleh memilih, patutkah saya berbuat begitu.

Saya tidak tahu.

Kita hidup dan membuat keputusan mengikut apa yang ada di depan mata.


2 comments:

mulan said...

Akak dulu pun cantik dik..slim...sihat.. ceria sajaa...heeee

akak pun tak bole berpatah balik dik...hu hu hu

No worries...you have potential to climb up the ladder...man man lorrr

Bani Irwin said...

Salam saudara, nak tanya, saudara dalam bidang pendidikan ke ? kalo ya saya nak minta tolong supaya saudara tolong periksakan kajian tindakan saya ni untuk saya buat penambah baikan. Penyelia blom periksa, dah hantar tapi,, dia cakap ok je. tpi sya rasa banyak silap, sebab itulah kalo saudara dari bidang pendidikan, sya nak minta tolong..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails