Yang Ikut

Monday, 9 June 2014

Antara yang zalim dan yang jahil

Reactions: 
Apakah yang lebih berbahaya di antara pemimpin yang zalim dengan yang bodoh?

Saya percaya kedua-duanya tidak terlebih baik. Tetapi pemimpin yang zalim mungkin hanya akan mengurung dan menzalimi orang yang melawannya, tetapi tidak orang yang mengikutnya. Dalam banyak keadaan ia juga baik untuk majoriti orang lain, walaupun peluang bersuara tidak ada. Saddam Hussien, Ghadafi dan Suharto antara contohnya.

Mereka kejam. Tetapi menyatukan rakyatnya daripada berbalah.

Rejim tentera di Thailand sekarang mungkin bukan contoh yang baik untuk demokrasi. Semua saluran televisyen ditukar dengan siaran tentera dan dihidangkan dengan lagu patriotik. Malah saluran kartun pun ditutup juga. Rakyat perlu masuk rumah dan tidak berkeliaran selepas jam 12 malam (sebelumnya jam 10 malam).

Ia hal yang teruk. Di Malaysia kedai mamak 24 jam beroperasi.

Tapi junta tentera berkata itu pilihan terbaik. Ia terlebih baik daripada pemimpin politik berebut kuasa dan tidak berhenti berdemontrasi. Bukan sehari dua. Berbulan-bulan. Demokrasi yang memberikan ruang yang banyak untuk hak asasi pun tidak ada gunanya. Ia menyebabkan siapa yang tidak berpuashati berdemontrasi sahaja.

Jadi pemimpin yang zalim mungkin berguna.

Pemimpin yang bodoh pula ini bersifat bebal, mudah dibeli dan tidak bijak berfikir. Ia menurut sahaja apa yang disuruh orang lain yang dilihat bijak dan berkuasa. Ia tidak tahu dan ambil peduli hal rakyat. Ia mudah dijinakkan.

Hamid Karzai di Afghanistan bukan seorang yang zalim. Tetapi dia tidak ada kuasa. Semua yang dibuatnya mengikut telunjuk Amerika.

Jadi, adakalanya pemimpin seperti ini lebih membahayakan dan mampu merosakkan banyak orang. Bukan sahaja musuhnya, tetapi yang tidak bermusuhan dengannya.

Pemimpin yang zalim tetapi tidak bodoh ini banyak. Tetapi pemimpin yang bodoh tetapi tidak  zalim ini sesekali sahaja muncul.

1 comment:

AnnA NoCah said...

Semasa berbual bersama rakan rakan tentang Saddam Hussien di khabarkan lari meninggalkan istananya...saya nyatakan kepada rakan rakan bahawa jika Saddam Hussien mati samada ditembak atau sebagainya...Iraq tidak akan ada lagi pemimpin yang berupaya untuk menyatukan semua rakyatnya...kerana Iraq terdiri dari berbilang suku kaum...semua menuntut hak yang sama...hanya pemimpin DIKTAKTOR sahaja yang berupaya MENYATUKAN DAN MENYELESAIKAN konflik antara kaum...by hook or by crook MESTI IKUT...tentang isu di Thailand...hanya RAJA yang dapat mengembalikan keamanan kerana rakyat Thailand sangat sangat menghormati RAJA...RAJA hanya perlu buka mulut...keluarkan arahan..kembalikan keamanan...di Msia...pemimpin yang bodoh tetapi tidak zalim bukannya sesekali sahaja muncul...tetapi dan BANYAK yang muncul selepas PRU13

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails