Yang Ikut

Friday, 16 May 2014

Selamat hari guru

Reactions: 
Selamat hari guru kepada semua yang bergelar guru dan layak digelar guru.

Di masa dulu, guru kita digeruni. Mereka membawa rotan dan bermisai tebal. Guru juga dihormati. Kata guru adalah fatwa untuk ibubapa. Di kampung, guru ibarat raja.

Dunia berlalu. Guru masih belum kehilangan fungsinya.

Tetapi google, Youtube dan Facebook telah menjadi guru baru. Guru baru ini mengajar apa sahaja. Anda boleh bertanya mereka siang dan malam, tanpa mengira waktu. Ia dijawab. Ia juga tidak kisahkan sama ada ilmu itu betul atau salah. Ia menjawabnya juga.

Maka terhasil banyaklah lebai-lebai baru yang boleh berfatwa bermacam-macam. Kononnya mereka membacanya dari kitab muktabar yang tidak diketahui guru kita yang hanya membaca kitab lama, dalam tulisan jawi pula. Maka berdebatlah mereka dengan kesombongan. Sebab guru 'baru' ini tidak kisahkan sama ada anak muridnya sombong, kasar atau bengis. Guru baru ini hanya mengajarkan ilmu, bukan nilai adabnya.

Selamat haru guru kepada Google, Youtube dan Facebook.

Ajari kami lagi. Ajari kami lagi.

1 comment:

Cik Pensil said...

selamat hari guru :')

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails