Yang Ikut

Saturday, 12 April 2014

Tunggu aku London

Reactions: 
Ahad ini saya ke London.

Terus terang, saya tidak pernah memijak bumi Barat yang lain selain Australia. Itu pun, saya perlu melanjutkan pengajian PhD. Kalau tidak, saya tidak ke mana-mana pun.

Saya selalu ke luar negara. Tetapi, negara yang saya selalu pergi itu pun ialah Thailand. Thailand hanya 5 km dari kampung saya. Saya pula boleh bertutur bahasa Siam. Jadi, walaupun Thailand itu negara lain, ia tidak saya anggap negara asing. Ia hanya seperti saya pergi ke pekan yang lain sahaja.

Saya pernah menetap lama di Jakarta. Tetapi, orang Indonesia tidak banyak bezanya dengan orang Malaysia. Kita bercakap bahasa yang sama, makanan pun sama. Malah, Indonesia dan Malaysia pun rumpun manusia yang sama sahaja.

Orang memesan saya itu dan ini. Kecuali isteri saya, dia tidak memesan apa-apa. Saya sebenarnya tidak kenal dengan barang berjenama mahal. Saya hanya memakai barangan yang murah sahaja. Kalau barang yang mahal pun, itu isteri saya yang belikan. Jadi, saya tidak tahu sebesar mana atau sejauh mana hebatnya satu-satu barang kalau orang menyebut jenamanya. Saya tidak tahu menilainya. Sama seperti orang kudung diberikan cincin.

Saya tahu kualiti jurnal dengan membacanya. Saya menghargainya. Sayang, saya agak janggal dalam hal mewah dan bergaya. Saya orang kampung sahaja.

London ini sepertinya sangat asing dan sangat jauh untuk saya.

Bagaimana pun, sebab di sana ada satu konferen besar yang semua orang ternama dalam bidang kami cuba mengikutinya, itu sahajalah yang menjadi penguat saya. Selebihnya, saya tidak tahu apa-apa.

2 comments:

Hairulnizam Paiman said...

salam bro.
selamat menulis kembali..

Hairulnizam Paiman said...

salam bro..
buatlah catatan perjalanan ke UK pula

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails