Yang Ikut

Sunday, 30 March 2014

Bomoh dan generasi Youtube

Reactions: 
Lama benar aku tidak menulis.

Ada orang memintakan aku menulis cerita bomoh.

Hakikatnya, cerita bomoh ini tidak pernah berubah. Hakikatnya itulah yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku. Bomoh akan terus dengan mentera dan peralatannya yang janggal dan unik. Itu adalah metodologi yang digunakan.

Seratus tahun dahulu, atau 30 tahun dahulu, orang tidak kisahkan pun sekiranya bomoh mengasapkan sesuatu di dalam mangkuknya, dan kemudiannya menyeru sesuatu untuk datang ke hadapannya. Orang juga tidak kisahkan pun sekiranya bomoh mengeluarkan bahan-bahan pelik seperti tanduk rusa, atau tembikar emas. Sesekali dibawakan kepada kita kain kuning atau ayat-ayat yang tak pernah didengar.

Tapi tahun berubah, masa berlalu.

Sekarang ini, dengan adanya youtube, twitter, facebook dan segala macam teknologi, orang melihat semua itu hal yang aneh. Ia aneh bukan kerana apa yang dilakukan oleh bomoh itu aneh. Ia aneh kerana orang yang melihatnya ialah generasi yang lain. Mereka hidup dalam tradisi yang berbeza. Keanehan itu kerana zaman sekarang kita hanya melihat sesuatu berdasarkan fakta - walaupun banyak kali juga kita diperbodohkan maklumat palsu dalam internet.

Jadi adakah apa yang dilakukan oleh bomoh itu salah?

Kita tidak bercakap dari perspektif agama. Kita bukan manusia yang arif mengenainya. Kita hanya berbicara mengenai tradisinya sahaja.

Dahulu, kalau kita melihat keanehan yang dilakukan oleh bomoh itu, kita percaya itulah kehebatannya. Semakin kita tidak faham mengenainya, semakin besarlah keaijaban bomoh.

Tetapi, dunia hari ini - dunia youtube. Dunia youtube telah mengubah kaca mata kita menafsir peristiwa.

Tatkala bomoh juga mungkin pelik melihat generasi youtube yang sangsi dengan kehebatannya, generasi youtube pula mungkin berkata - Ah mengapa jengkel sekali bomoh ini?

Ia bukan salah sesiapa. Kita sedang hidup dalam dunia yang sama tetapi dimensi yang berbeza.


2 comments:

alfindani said...

Sharpshooter.
Tepat dan mengena.

Sama juga halnya jika generasi kini mentafsir sesuatu peristiwa sejarah. Jika kita memakai kacamata hari ini mentafsir peristiwa sejarah cacamarba lah jadinya.

Namun seandainya kita cuba membawa sebentar diri, perasaan dan pemahaman kepada waktu2 dan lingkungan di mana peristiwa tersebut mengambil tempat tentunya penafsiran dan pemahamannya lebih adil dan tepat serta bererti.

Tetapi, jika pun kita berpeluang kembali ke masa lampau seperti Michael J Fox di dalam Back To The Future namun fikiran kita adalah fikiran hari ini bukan hari itu, nyatanya ia tetap tidak membawa makna yang seharusnya.

Demikian jugalah halnya dengan ehwal barzakh dan hari akhirat. Jika fikir kita adalah fikir hari ini tentunya kita tidak dapat menerobos hijab pemahaman kepada hakikat kewujudannya dan kedahsyatan serta keabadiannya..

~seorang kanak2 pernah bertanya: "Orang yang paling last masuk syurga pun dapat syurga seluas langit dan bumi. Mesti boring kan duduk tempat luas macam tu sorang2.."..

FakirFikir said...

Mungkin sebab itulah ulamak silam meminta dihentikan itjihad baru. Takut nanti tak sudah2 pula debatnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails